⊰✿ Special Chapter 1

1.5K 144 8
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

2 bulan berlalu.

Hidup aku terasa sunyi tanpa Jungkook di sisi. Aku rindu semua tentang lelaki itu. Biasanya waktu macam ni dia bermain dengan Jaemin di depan.

Sepanjang dua bulan ini, banyak benda berlaku. Antaranya, Minho telah pun membina rumah tangga bulan lepas dengan seseorang yang tidak aku jangka.

Jung Sooyein.

Sungguh aku tak sangka dia adalah isteri Minho. Tapi, aku bahagia tengok mereka sebab nampak sepadan sangat. Lagipun, Sooyein dah berubah. Tak sexy macam dulu. Sooyein terlalu baik.

Aku dekat rumah macam tu lah. Macam biasa. Masak, mandi, makan, main dengan Jaemin and tidur.

Untuk hari ini, Jimin punya giliran untuk memasak di dapur. Aku pula bermain dengan Jaemin. Makin besar dah budak ni.

Dah pandai meniarap.

Lagipun, aku tak tahu entah kenapa sejak dua menjak ni aku kerap rasa pening bila bangun pagi. Bukan pening je, muntah terus. Tapi, Jimin tak tahu.

And, aku terhidu sesuatu.

Tiba-tiba aku merasakan tekak aku loya. Aku menutup mulut, bangun dan terus berlari ke tandas yang berada di sebelah dapur.

Aku memuntahkan semua isi di dalam perut aku. Nak kata demam, tak demam.

"Yunri! Yunri! Awak kenapa?"

Jimin bertalu-talu mengetuk pintu tandas untuk bertanya aku.

Aku berkumur-kumur sebelum keluar dari bilik air. Pintu dibuka dan bau tadi kemudian menusuk ke dalam hidung. Aku berpaling dan muntah sekali lagi dalam sinki.

Jimin bertindak menepuk-nepuk belakang badanku.

"Awak okay tak ni? Jom pergi klinik."

Aku menggeleng.

"Alaa, sikit je. Tak apa. Okay je ni." aku menafikan yang aku baik-baik saja.

Tapi, bau tu terus-terusan membuatkan aku muntah. Kenapa dengan aku ni haduii?

"Saya tak kira. Jom, pergi klinik jugak. Nanti Jungkook mesti marah saya sebab tak jaga awak elok-elok."

Aku hanya mampu menurut saja apa yang Jimin suruh. Aku lekas bersiap manakala Jimin dan Jaemin sudah menanti di bawah.

Sebelum pergi ke klinik, Jimin meminta Carla untuk menjaga Jaemin sementara. Payah nak bawa budak-budak. Carla bersetuju untuk menjaga Jaemin. Selepas itu, barulah aku dibawa ke klinik.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Aku memandang doktor lelaki yang berada di hadapan ku kini. Handsome jugak doktor nya. Aku membaca nama pada nametag yang dipakai doktor tersebut.

CHA EUNWOO

Sedap nama dia. Aku kembali fokus saat doktor itu berdehem. Dia memberikan senyuman manis kepada kami berdua.

"Berdasarkan hasil pemeriksaan tadi, keputusannya sudah berada di tangan saya. Saya harap encik dan puan bersabar dengan apa yang saya nak bagitahu ni." kata doktor itu.

"Ini suami puan ke?"

Jimin cepat-cepat menggeleng.

"Saya abang dia."

"Ohhh...Boleh saya tahu, kenapa suami pun tak datang sekali?"

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now