⊰✿ Day 27

1K 128 5
                                    

♡•♡

Seperti yang dijanjikan Carla, petang ini dia sudah terpacak di hadapan pintu rumah mewah milik Jungkook. Dia datang bersendirian kerana hari ini Minho dan bakal isterinya pergi menguruskan hal perkahwinan mereka nanti.

Baru saja nak ketuk pintu, tiba-tiba pintu terbuka.

Oh Tuhan!

Terkejut pak hang!

Jimin tersenyum manis.

"Nak jumpa Yunri ke?"

Carla mengangguk. Tak tahu kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Tiba-tiba kan? Oh jantung, sempurna lah anda!

"Tak nak masuk ke?"

Sekali lagi Carla menunduk malu kerana Jimin tergelak kecil melihat dia dari tadi berdiri di situ. Kepalanya dianggukkan sedikit. Kasut dibuka dan kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Jimin membuntuti langkah Carla dari belakang.

"Saya panggilkan Yunri sekejap. Biasanya waktu petang macam ni dia berkepit je dengan kesayangan dia tu."

Carla tersengih. Jimin hanya tersenyum dan menaiki ke tingkat atas bagi memanggil Yunri. Mata Carla tertumpu pada Jaemin yang sedang leka bermain sendirian.

"Eh, anak siapa pulak tu?" bisik Carla perlahan.

Dia mendekati bayi tersebut. Mata bayi itu bulat, hidungnya mancung, bibirnya mongel dan berpipi bulat.

Dah lah Carla tak boleh nampak baby, kalau tak habis lah digomolnya. Dah tu apa lagi, gomol lah kan?

Carla mula mengacah bayi tersebut. Gelak tawa comelnya mula kedengaran. Nampaknya bayi itu tak takut dengan kehadiran Carla ke sini.

"Yunri kata tunggu kejap. Dia on the way."

Jimin datang dan melabuhkan punggungnya di hadapan Carla. Gadis itu hanya mengangguk dan menyambung semula mengacah bayi dihadapannya itu.

"Awak suka baby ke?"

Carla memandang Jimin dan mengangguk.

"Comel kan?"

Sekali lagi Carla mengangguk.

"Hm, ni anak siapa? Jangan cakap Yunri dengan Jungkook dah ada anak?" soal Carla kepada Jimin.

Meletus ketawa lelaki di hadapan Carla itu.

"Mereka tu tak sampai sebulan kahwin. Sejak bila pulak Yunri pregnant?"

Betul jugak kan?

"Habis tu?"

"Ceritanya macam ni.."

Jimin menceritakan semuanya tentang bayi itu kepada Carla dari A sampailah Z. Carla yang mendengar hanya mengangguk-anggukkan kepalanya saja.

"Oh, nama si comel ni Jaemin. Sama dengan nama awak."

Pipi bulat Jaemin terus dikucup Carla. Jaemin tersenyum kerana pipinya dicium.

"Ya lah, saya kan daddy dia."

Carla ketawa kecil. Kenapa kedua-dua manusia di hadapannya ini comel-comel belaka? Baby memang lah comel, tapi ni bapak baby pun comel jugak.

Aduh, habislah kau jantung!

"Jungkook dan Yunri?"

"Mereka tu mama dengan papa. Jaemin cuma tak ada mummy je."

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now