⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Swimming pool yang berada di hadapan Jungkook dipandang kosong. Memang air itu tenang bila dilihat, tapi hati dan fikiran Jungkook tak tenang dek kerana mengingati semula apa yang telah berlaku padanya malam tadi.
Semasa Jungkook leka mengingati hal tersebut, Jimin datang dan membawa dua buah cawan yang berisi orange juice. Cawan itu diletakkan di sebelah Jungkook.
"Kau kenapa ni? Stress ke?" Jimin duduk bersila sambil matanya terus memandang wajah Jungkook.
Jungkook mengeluh perlahan. Rambutnya sengaja diserabaikan.
"Aku rimas lah! Dia asyik datang kacau aku! Aku tahu lah hidup aku lagi 22 hari je. Aku tak suka lah!" hambur Jungkook.
Matanya sudah mula merah. Kedua-dua tangannya dikepal dan menumbuk lantai dengan kuat.
Jimin pantas menarik tangan Jungkook. Dia perasan air mata Jungkook sudah mengalir deras. Tubuh lelaki itu didakap erat.
"Aku benci, Jim! Aku benci!" Jungkook terus menghamburkan amarahnya dan melepaskan tangisannya di bahu Jimin.
Jimin juga tidak mampu menahan air matanya dari menangis. Akhirnya, dia turut menyertai Jungkook bersama-sama menangis.
Sungguh, Jimin benci sekali bila melihat Jungkook terseksa sebegini. Sakit Jungkook, sakit baginya juga. Apa yang Jungkook rasa, itulah yang dia rasa.
"J-Jim, k-kalau aku nak k-kahwin, boleh tak?" tersedu-sedan Jungkook bertanya.
Jimin terkedu mendengar jawapan Jungkook. Tak sangka itu yang akan Jungkook minta.
Jimin masih buntu. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.
"Tolonglah, Jim. A-Aku dah tak lama kat dunia ni. Aku nak rasa kebahagiaan tu walau s-sekejap." Jungkook terus merayu.
Jimin yang sudah mula berasa kasihan terhadap Jungkook mula menganggukkan kepalannya perlahan-lahan.
"A-Aku tak kisah, Kook. Mana yang terbaik untuk kau, aku tolong." Jimin memberikan kata putus.
Jungkook tersenyum nipis saat mendengar Jimin berkata begitu.
Kini, Jungkook telah sampai ke dua langkah yang terakhir untuk dia merasa kebahagiaan tersebut.
"K-Kau boleh tolong aku, kan?"
Daripada mata Jungkook, Jimin yakin sangat bahawa Jungkook betul-betul berharap.
"Ya. Aku tolong kau."
"A-Aku nak kau tolong belikan cincin yang paling cantik sekali. Boleh? Nanti aku bagi kau duit."
Cincin? Begitu serious nya Jungkook tentang permintaannya.
"Ah, b-boleh."
Jungkook memeluk Jimin dengan lebih erat. Jimin terus menangis sambil dicampuri perasaan yang bercampur baur.
Biarlah, kalau itu yang Jungkook mahu. Mungkin ini perkara yang terakhir Jimin lakukan untuk Jungkook.
⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Ding dong!
Ding dong!
Ding dong!
Setelah 3 kali Jimin menekan loceng, barulah tuan rumah tersebut membuka pintu.
Seorang perempuan yang sedikit chubby berdiri di muka pintu.
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...