⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
▪12.30 tengah hari
Jimin, Jungkook dan Yunri masuk ke dalam Seoul City Mall untuk membeli barang-barang bayi seperti yang Jungkook janjikan semalam.
Jungkook dan Yunri berjalan sambil berpegangan tangan manakala Jimin sudah berjalan di hadapan sambil menolak stroller yang menempatkan bayi tersebut.
Sesekali apabila Yunri menoleh ke tepi, beberapa pasang mata wanita memandang gatal ke arah Jimin.
Ya lah, Jimin mengenakan jaket kulit berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar berwarna hitam juga. Lagi hot bila dia pakai kaca mata berwarna hitam juga.
Memang mengenyam lah perempuan-perempuan kat sana tu.
Mereka masuk ke dalam butik yang menjual pelbagai barangan untuk bayi.
Banyak baju-baju kecil digantung di dalam butik tersebut. Semua berwarna lembut.
"Boleh saya bantu?"
Seorang pekerja perempuan di butik itu datang ke arah mereka dengan senyuman yang agak ramah.
"Baju untuk baby boy kat mana?"
Jimin bertanya kepada pekerja itu.
"Newborn atau yang dah besar sikit?"
Jimin memandang Jungkook. Keningnya diangkat tanda tidak memahami maksud newborn.
"Oh, newborn." Jungkook memahami pandangan Jimin terus menjawab pertanyaan pekerja tadi.
"Baik, ikut saya."
Mereka bertiga mengikut pekerja itu sehingga tiba di tempat barangan untuk bayi lelaki. Kebanyakan barang berwarna biru lembut.
Jimin melihat aksesori bayi yang tersangkut kemas di penyangkut khas. Beberapa pasang stokin bayi yang berada dalam satu set dibeleknya.
Jimin leka memilih barang bayi. Jungkook dan Yunri pula pergi ke tempat barangan untuk bayi perempuan.
"Comelnya.." sepasang kasut berwarna pink dipegang oleh Yunri. Corak rama-rama kecil yang ada pada kasut itu menarik minatnya.
Jungkook memeluk bahu Yunri.
"Tak nak beli ke?"
"Nak beli apanya? Baby tu kan boy."
Jungkook mengeluh perlahan sambil kepalanya digelengkan. Tangan besarnya menyentuh lembut perut Yunri.
"Bukan untuk baby boy tu. Untuk baby kita lah."
Yunri ketawa perlahan. Ada-ada je Jungkook ni.
"Mana ada baby lagi dalam perut ni." Yunri mencubit lengan suaminya dengan perlahan. Bibirnya masih menguntum senyuman.
"Kita beli awal-awal lah. Nanti tak ada lah susah-susah nak beli lagi."
"Nantilah, sayang. Lama lagi kot."
"Tak lama dah, sayang. Semua yang kita buat ni kenangan tau. Saya yakin, benda ni awak pasti akan ingat sebagai salah satu memori indah awak dengan saya."
Tangan Yunri digenggam erat. Mata isterinya dipandang lama.
Jungkook ni suka betul cakap benda merepek. Banyak sangat makan kerepek ni.
"Kenapa awak selalu cakap macam ni, eh?"
Jungkook hanya menggeleng dan tersenyum nipis.
"Nanti awak tahu lah, sayang. Dah, pilih lah mana yang awak suka. Mana tahu kalau nanti kita ada baby, kan?"
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...