⊰✿ Day 20

1.1K 137 12
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Celik saja mata Yunri, bunyi orang sedang mandi menyapa gegendang telinganya. Tangannya meraba sesuatu disebelahnya.

Jungkook tiada, bermakna suaminya itu telah bangun dan sekarang masih mandi. Kepalanya sudah beransur sedikit pulih dari semalam.

Tuala yang disidai elok di penyangkut diambil dan berdiri di hadapan pintu bilik air bagi menunggu giliran.

Tak lama kemudian, Jungkook keluar dengan hanya memakai tuala yang dililit di sekitar pinggangnya sehingga ke paras lututnya.

Maka, terserlah six pack milik Jungkook yang menjadi santapan utama bagi sepasang mata innocent milik Yunri.

Jungkook yang perasan Yunri sedang berdiri tegak di hadapannya sambil mulut yang ternganga luas hanya ketawa kecil.

"Suka lah tu, pagi-pagi dah dapat free show yang limited edition."

Jungkook sengaja flip rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang membuatkan jantung Yunri bagaikan mahu tercabut.

Ingin melenyapkan rasa malu itu, Yunri menolak sedikit tubuh badan Jungkook supaya dia boleh masuk ke dalam bilik air tapi tangan Jungkook bertindak pantas menarik tangan Yunri dan menolak tubuh isterinya pada dinding.

"Y-Yah! Kenapa?" Pucat wajah Yunri dek kerana tubuhnya tiba-tiba dikunci oleh Jungkook.

Wajah tampan yang basah dan segar itu memandangnya sambil tersenyum senget.

"Awak dah sihat?"

Fuh, terperanjat kita!

"Ah, dah. Cuma, pening tu sikit je. Tapi, tak adalah teruk sangat macam semalam."

Jungkook perlahan-lahan mengangguk. Dia masih lagi berdiri di hadapan Yunri.

"Tepilah, Kook. Bagi lah saya mandi." Yunri menolak lagi tubuh Jungkook dengan sedikit kuat membuatkan Jungkook bergerak ke tepi.

Baru saja hendak melangkah masuk, tangannya sekali lagi ditarik oleh Jungkook dan membuatkan tubuhnya berpusing 180°.

Mulutnya belum sempat dibuka untuk memarahi Jungkook kerana mengganggunya hendak mandi, bibir hangat Jungkook mendarat lembut pada bibirnya.

"Sorry."

Jungkook mengenyitkan matanya dan berjalan menuju ke almari.

"Sayang?"

Yunri berhenti dari mengelamun kerana terdengar Jungkook memanggilnya.

"Y-Ya?"

"Masam. Banyak betul air liur basi awak kat bibir."

Wajah Yunri sudah bertukar merah kerana Jungkook berkata begitu. Lagi merah apabila tawa dari Jungkook kedengaran.

"YAH! SIAPA SURUH AWAK CIUM SAYA?!"

Yunri terus masuk ke dalam bilik air. Jungkook itu kalau dilayan, makin menjadi-jadi. Hatinya mendongkol geram kerana Jungkook masih lagi mentertawakannya di luar.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Jungkook's POV

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now