⊰✿ Day 18

1K 134 2
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Yunri's POV

10.20 pagi

Jimin membantu aku mengangkat pinggan kotor dan dibawa ke dapur sementara Jungkook terus bermain dengan Jaemin di ruang tamu setelah selesai bersarapan.

Macam biasa, segala hal di dapur, Jimin dan aku akan menguruskannya. Jungkook pula ditugaskan untuk menjaga Jaemin di depan.

Lagipun, Jungkook memang suka duduk dan bermain bersama Jaemin kerana baginya, bayi itu sungguh membuatkan hatinya rasa tenang dan gembira.

Setelah selesai membasuh pinggan di dapur, kami berdua masuk ke dalam ruang tamu dan duduk bersila di hadapan Jungkook dan Jaemin.

Sesekali bibir Jaemin tersenyum setiap kali Jungkook mendekatkan wajahnya pada wajah Jaemin.

"Haih, anak daddy ni. Sayang betul dengan papa Kook dia sampai senyum-senyum pandang papa Kook."

Jimin menggenggam tangan kecil Jaemin. Jari comel bayi itu pula memegang erat jari Jimin bagaikan tidak mahu melepaskannya.

Sedang kami bergelak ketawa melihat telatah Jaemin yang melucukan itu, bunyi loceng kedengaran menandakan ada orang di luar rumah.

Serentak mata kami bertiga memandang pintu. Aku pantas bangun dan berlari ke arah pintu sebelum sempat Jungkook berdiri.

Setelah pintu dibuka, aku melihat seorang perempuan berbaju lengan panjang serta seluar lenggings yang tidak terlalu ketat berdiri di hadapanku. Rambutnya diikat ponytail dengan kemas.

Dia adalah Sooyein.

"Hai."

Wajah cantik itu memberikan senyuman yang pada pandangan aku nampak ikhlas.

Okay, ni tak tipu tau. Seriously senyuman dia nampak ikhlas. Tak macam sebelum ni. Penuh dengan kejahatan.

Aku masih memandang Sooyein dengan tajam. Tidak mahu terlalu cepat percaya.

Mata aku tak lepas daripada melihat pakaiannya dari atas ke bawah.

Sopan pula kali ni. Aku memandang pula kasut yang tersarung kemas pada kakinya.

Kasutnya pula hanya sneakers berwarna black and white.

Tiada lagi pakaian tak cukup kain, berkilat sampai silau mata orang and kasut yang entah berapa meter tingginya.

"Hm, nak apa?" Aku menyoal Sooyein dengan dingin.

"I nak jumpa Jungkook. Boleh tak?"

Lagi tajam mata aku menikam mata Sooyein.

"Buat apa?"

Nak menggatal dengan laki aku lah tu!

"I nak cakap something dengan dia. Tapi, I datang sini tak ada niat nak cari gaduh dengan you."

Kemudian, Jungkook datang menghampiri kami berdua.

"Kenapa datang sini?" Jungkook menayangkan wajah bersahaja semasa bertanya tujuan Sooyein datang ke rumahnya.

"I nak bercakap dengan you."

"Pasal apa?"

"Can we talk in private? Just you and I?" pinta Sooyein.

"Sure, tapi just kat rumah aku je lah." kata Jungkook.

Sooyein mengangguk. Jungkook menyuruhnya masuk ke dalam rumah dan membuka sliding door yang digunakan untuk pergi ke swimming pool.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now