⊰✿ Day 13

1.1K 146 14
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Sooyein duduk bersilang di atas katil empuknya sambil tangannya leka mewarnakan kuku. Dia meniup perlahan cecair pekat yang sudah melekat pada kukunya dan mewarnakan pada kuku yang lain pula.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali.

"Who are you?" Sooyein menyoal gerangan yang mengetuk pintu biliknya tadi.

Kim Rhee An, teman rapatnya sejak mereka bersekolah menengah lagi yang juga merupakan anak seorang CEO syarikat yang terkenal di seluruh bumi Korea Selatan masuk ke dalam bilik mewah Sooyein dengan gaya ala-ala model.

"What are you doing, dear?" soal Rhee An sambil mereka berlaga pipi.

Min Sungri, salah seorang teman rapatnya juga yang merupakan anak seorang ahli politik yang berpengaruh di Korea Selatan mula melangkah masuk ke dalam bilik Sooyein.

"So, kau dah dapat ke alamat rumah Jungkook?" soal Sooyein dengan nada sedikit angkuh.

Rhee An memetik jari. Terukir senyuman senget di wajahnya.

"Senang jer nak cari rumah dia. Rupanya dia dah pindah rumah sejak Tuan dan Puan Jeon mati. Kali ni rumah dia besar gila, babe!"

Rhee An terus mengeluarkan handphone dari dalam beg tangan mewahnya dan menunjukkan gambar rumah Jungkook kepada Sooyein.

"Oh my God! Tak sabarnya aku nak hidup mewah dalam rumah tu."

Sooyein sudah mula terbayang hidupnya berada di rumah Jungkook kelak. Hanya menggoyangkan kaki sambil membelek majalah dengan tenang, menyuruh maid menyediakan juice yang paling segar untuknya.

Such a good life!

Sungri tersenyum sinis melihat Sooyein yang tidak sudah berangan.

"Tapi, aku ada terdengar yang Jungkook dah kahwin dua hari lepas."

Mata Sooyein bulat terbuntang. Pewarna kuku yang ada di tangannya digenggam kuat. Mata masih tetap memandang Sungri.

"Mana kau..dapat berita tu?"

Sungri hanya mengangkat bahu.

"Well, aku tak tahu. Aku just terdengar je apa yang kawan-kawan ayah aku cakap. Yeah, maklumlah mendiang Tuan Jeon dulu kan ahli politik jugak."

Sooyein terus bangun dan mencapai beg tangan Louis Vuitton miliknya.

"Bibik! Bibik! Cepatlah! Lembab betul lah orang tua ni!" Sooyein menjerit kuat memanggil orang gaji di rumahnya.

Terkedek-kedek wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an datang ke dalam bilik Sooyein.

"A-Ada apa, Cik Sooyein?"

"Kau tolong simpan balik semua benda tu dalam laci aku. Pastikan benda tu tak tumpah, eh? Kalau tak, kau tahu lah nasib kau!" Jari runcingnya ditunjukkan ke arah botol-botol pewarna kuku di atas katilnya.

Dia menjeling wanita itu sebelum keluar dari bilik dan diikuti oleh Rhee An.

Sungri terus mengemas pewarna kuku tersebut dan meletakkannya di dalam laci yang dimaksudkan Sooyein tadi. Lengan wanita itu diusap perlahan.

"Mak cik pergilah turun. Saya dah susun semua barang dia tu."

Sungri mengukirkan senyuman buat wanita itu. Hatinya dipagut rasa simpati kerana wanita usia itu diberi layanan sebegitu. Sooyein memang tak pernah berubah!

"Terima kasih, nak. Sikap kamu dengan Sooyein jauh bezanya. Kalau lah Sooyein ni macam kamu, sejuk hati mak cik." luah wanita itu. Pipi Sungri dielus lembut.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now