⊰✿ Epilog

2K 187 74
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

1 tahun kemudian

"Ma...ma." Jungyun perlahan-lahan menghampiri aku dengan berjalan terkedek-kedek dan diikuti adik perempuannya, Jungri.

Aku menyambut tangan comel milik mereka berdua.

"Nak apa ni?"

Jungri tersenyum menampakkan dua batang giginya yang berada di bawah.

"WUARGH!"

Jaemin menyergah mereka membuatkan mereka menjerit keriangan sambil memelukku dengan kuat.

Jaemin ketawa melihat Jungyun dan Jungri masih menggenggam baju aku dengan erat kerana terkejut dengan sergahan kanak-kanak lelaki itu.

"Jaemin dah makan?"

"Dah, mama."

"Mummy dengan daddy mana?" aku menyoal Jaemin kerana tidak nampak bayang Jimin dan Carla.

"Mummy mabuk. Daddy kata mummy asyik muntah je. Kesian mummy." kata Jaemin sambil bibirnya dicebikkan. Tangan kecilnya membelai lembut rambut Jungri yang hitam lebat itu.

Carla mengandung hampir 2 bulan. Jimin yang jaga Carla. Kawannya itu selalu nampak lesu. Kalau boleh setiap masa nak melekat atas katil.

Pembawakan budak lah katakan.

Jadi, Jaemin menghabiskan masanya dengan bermain bersama Jungyun dan Jungri. Aku pula melakukan tugas memasak, mengemas rumah dan lain-lain.

Waktu aku pregnant dulu, Carla yang buatkan. Tapi kali ni, aku pulak yang ganti. Lagipun, kembar tu bukannya banyak ragam sangat. Tinggal je berdua tu dengan Jaemin, nanti leka lah bermain.

"Ma..nak..cu.." si kecil mula bersuara.

Jungyun meminta aku memberi botol susu miliknya. Ni kalau dah mintak susu, dah penatlah ni. Jungri dan Jungyun lekas berbaring di atas tilam mereka.

"Abang Jaemin naik atas dulu tau. Nak tengok mummy."

Jaemin mencium pipi Jungyun dan Jungri sebelum berlari naik ke atas.

"Jangan lari, Jaemin sayang." aku menegur namun tak diendahkan oleh Jaemin.

Aku melihat anak-anakku yang sedang leka minum susu. Mata Jungri sudah hampir tertutup. Comel pulak bila tengok mereka berdua ni.

Muka Jungyun memang copy paste macam Jungkook. Memang tak ada langsung muka aku. Mata, hidung, bibir and cara senyum pun sama. Kalau muka Jungri pula, memang ada sikit iras aku tapi bahagian bibir dengan hidung je lah. Yang lain semua ikut Jungkook.

Kalau aku rindu Jungkook, aku tengok muka Jungyun lama-lama. Cakap pasal lelaki itu, dah lama jugak dia tak datang jenguk aku dengan anak-anak kami.

Setiap hari aku tunjukkan gambar Jungkook pada Jungri dan Jungyun. Mereka suka. Dapat je gambar Jungkook, terus gambar itu dicium lama.

"Ni pa..pa.."

Macam tu lah perangai mereka apabila diberi pegang gambar Jungkook.

Biasanya, budak-budak seusia setahun macam si kembar ni kan sukakan rancangan lagu kanak-kanak. Tapi, kalau mereka berdua ni pulak lain. Suka dengar suara Jungkook menyanyi bila aku pasang mixtape kat radio kesayangan Jungkook.

Pantang bila aku tukar atau tutup, uish! Menangis sakan masing-masing. Merajuk dengan aku. Macam faham je Jungkook nyanyi lagu apa kan?

Sama jugak kalau tengok video. Video kenangan aku dengan Jungkook jugak lah jadi favourite movie kembar itu. Kalau dengar Jungkook ketawa, mereka pun ikut ketawa sekali. Macam faham je apa orang cakap.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now