⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Kebingitan suara dari televisyen tidak memberi kesan kepada Yunri untuk terus berangan. Wajah Jungkook sentiasa berlegar-legar di ruangan mindanya sejak kebelakangan ini.
Dua orang sahabat baiknya masih lagi di dapur untuk menyiapkan minuman petang buat mereka bertiga. Hanya dia seorang saja yang goyang kaki di ruang tamu.
Remote control dicapai dan memperlahakan volume televisyen yang agak kuat itu.
Selepas 15 minit, Choi Minho dan Choi Carla datang ke ruang tamu dengan membawa sepinggan cheese toast dan 3 buah cawan kecil.
"Woi! Tak nak makan ke?" panggil Carla serentak mematikan angan-angan indah Yunri. Dia hanya mencebikkan bibirnya dan melangkah lemah ke arah meja makan.
"Siapa buat cheese toast ni?" tanya Yunri.
Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.
"Of course lah aku yang buat. Kalau kau nak suruh si Carla ni memang rentung lah roti ni jawabnya." perli Minho serta merta mendapat cubitan berbisa dari Carla di lengan sasa Minho.
"Tch, sakitlah! Kau ni dasar ketam!" Minho menggosok-gosok perlahan lengannya yang dicubit Carla.
"Tahu pun sakit. Kau belum rasa lagi aku masak macam mana." kata Carla sambil menjeling Minho.
Carla meletakkan sebuah cawan yang berisi coffee di hadapan Yunri, Minho dan dirinya sendiri. Mereka bertiga sudah pun duduk di atas kerusi. Cheese toast diambil dan dinikmati dengan penuh selera.
Minho berdehem kecil.
"Yunri, kau okay ke tak ni? Dari tadi kau tersengih lah, senyum lah. Kenapa ni?"
Melihat reaksi yang dipamerkan Yunri sejak dari tadi membuatkan Minho diselubungi perasaan pelik.
"T-Tak ada apa-apa lah. K-Kenapa? Takkanlah aku nak sengih pun tak boleh?" jawab Yunri dengan bersahaja.
Carla hanya memerhatikan mereka berdua.
"Bukan tak boleh. Cuma, aku pelik dengan kau ni. Asyik senyum je." Minho tetap tidak berpuas hati dengan jawapan Yunri.
"Habis selama ni aku murung ke?" sangkal Yunri.
Minho ketawa.
"Tak. Tapi, tak ada lah sampai kemaruk nak senyum macam hari ni. Tolong siapkan tea time pun kau tak buat. Biasanya kau lah orang yang paling semangat nak buat." kata Minho lagi.
Carla mengangguk menandakan dia bersetuju dengan pandangan Minho.
"Sorry. Aku just penat je. Dah lah. Tak ada apa-apa." malas mahu bersoal jawab dengan Minho lagi, Yunri mengambil keputusan untuk mengalah.
Minho hanya mengangguk tanda memahami Yunri. Dia mencicip coffee di dalam cawan itu.
"Disebabkan Yunri penat, haa marilah kita lepak rumah Yunri sampai malam!" jerit Minho yang tidak terlalu kuat membuatkan Carla turut juga melompat kegembiraan.
"Aku setuju! Dah lama kita tak lepak sama-sama kan?"
Yunri tergelak kecil melihat bestfriend di hadapannya ini. Dari kecil sehinggalah ke besar tak pernah berpisah. Sentiasa bersama.
Bagi Yunri, kegembiraan mereka adalah kegembiraannya juga.
"Okay, deal! Jom kita karaoke malam ni!"
"Jom!!"
Bunyi dari rumah Yunri amatlah bising dek kerana keterujaan mereka yang overdose.
⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Jungkook masih setia menunggu Yunri di hadapan pintu pagar gadis itu. Setelah hampir 30 minit dia berdiri di situ, Yunri masih lagi tidak keluar dari rumahnya.
Park Jimin, yang menemani Jungkook dari tadi sudah berpeluh akibat kepanasan. Rambutnya di bahagian depan sudah basah dibasahi peluh.
"Kook, kau betul ke nak tunggu dia? Aku dah berpeluh ni. Kau tak panas ke?" soal Jimin sambil tangannya mengipas-ngipas bajunya bagi menyejukkan badan.
Jungkook hanya mengangguk.
Jimin pula mengeluh.
'buat apa lah kau nak tunggu lama-lama kat sini, Kook oiii? Kaki aku dah nak tercabut ni asyik ke hulu ke hilir.' Jimin mengomel dalam hati.
"Kalau lagi 30 minit dia tak keluar? Kau still nak tunggu lagi?" soal Jimin membuatkan Jungkook melepaskan keluhan berat.
"Dia buat apa hah? Takkan lah tak dengar bunyi loceng ni?" Mata Jungkook masih memandang pintu dengan harapan Yunri membukanya.
Jimin mendekati Jungkook dan memegang bahu Jungkook.
"Kook, kau kena fikir positif. Maybe dia tengah tidur sekarang ni. Tu yang tak dengar bunyi loceng ni. Kau tahu je lah kan, perempuan kalau tidur tak ingat dunia?"
Wah, sedap mengutuk! Lelaki pun apa kurangnya? Kalau gempa bumi pun belum tentu nak bangun.
Jungkook mengeluh lagi. Hasratnya untuk bertemu dengan Yunri terpaksa dipostponed ke hari lain. Agak kecewa lah juga, hmmm.
"Kita pergi hari lain, eh?" Jimin memujuk Jungkook supaya datang pada hari lain kerana sudah penat menunggu.
Mata Jungkook tidak lepas memandang pintu tersebut. Keluhan berat dilepaskan lagi. Kepalanya diangguk tanda menerima pujukan Jimin.
"Esok aku datang balik." kata Jungkook.
"Ya, okay okay. Tapi, jangan hari ni. Aku penat nak tunggu." Jimin ketawa kecil.
Jungkook dan Jimin beredar dari kawasan perkarangan rumah Yunri. Jungkook pulang dengan membawa sebakul perasaan hampa.
Sayu...hati ini makin sayu...
❥➱TBC
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...