⊰✿ Day 9

1.2K 187 22
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Saat paling bahagia bagi seorang perempuan, apabila sebentuk cincin yang sangat cantik dan indah tersarung di jari manis mereka menandakan mereka telahpun menjadi hak milik seseorang.

Yunri melihat cincin permata yang tersarung kemas di jari manisnya. Cincin itu seakan-akan padan dengannya.

Bagaimana Jungkook tahu saiz jarinya?

"Tahu lah suka cincin tu. Tak payah lah tenung lama-lama." kata Minho.

Wajah teruja Yunri dijeling lembut.

Carla dan Yunri hanya ketawa kecil apabila melihat Minho seakan cemburu kerana tidak melayani dirinya.

Yunri teringat semula perbualannya dengan Minho dan Carla malam tadi.

Flashback

"What?! Dia lamar kau?!" Minho menutup mulutnya bagi mengurangkan keterujaan. Carla terus memeluk Yunri dengan penuh erat.

"Tahniah, Yunri! Kau...dah nak kahwin. Nanti...aku berdua je dengan Minho." Carla memandang Yunri dengan wajah yang mendung.

Sedih baginya kerana Yunri tidak lama lagi menjadi milik orang lain.

"A-Aku...Aku tak tahu nak terima ke tak lamaran ni. Kau tak rasa ke benda ni macam tiba-tiba?" Yunri masih lagi dengan kebuntuannya.

Minho mengambil cincin itu dari tangan Yunri.

"Kau nak tahu tak? Kalau lelaki betul-betul serious dengan cinta dia, dia akan buat. Dia akan berusaha untuk menjadikan perempuan yang dia sayang tu sebagai ratu dalam hidup dia buat selama-lamanya."

Minho memegang cincin itu di hadapan wajah Yunri.

"Aku tak paksa kau. Aku just cakap sebab aku lelaki. Lelaki ni bila dia dah mula sayangkan seseorang, dia akan cuba dapatkan orang yang dia sayang tu." kata Minho. Nada suaranya agak mendamaikan ketika ini.

Carla mengangguk.

"Aku setuju dengan Minho. Kau ada cakap kat aku dengan Minho tadi yang Jimin kata Jungkook betul-betul tak ada masa? Aku rasa kan, Yunri.....Jungkook memang nak sangat kau jadi isteri dia." ujar Carla.

Dia tahu Yunri tidak tahu untuk membuat keputusan, dia cuma memberi pandangannya sahaja.

Yunri mengeluh kecil. Kemudian, bibir merahnya mula mengukirkan senyuman. Cincin yang dipegang Minho diambil. Cincin itu disarungkan pada jari manisnya.

Flashback end

Ding dong!

Ding dong!

Yunri cepat-cepat bangun dan membuka pintu. Seorang lelaki yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu pagar tersenyum manis.

Park Jimin.

"Ah, Encik Jimin. Masuk lah." Yunri terus berlari membuka kunci pintu pagar.

Jimin menggeleng.

"Tak perlu pun, cik. Saya datang ni....nak minta jawapan daripada cik."

Yunri masuk ke dalam rumahnya sekejap.

"Carla, Minho, aku pergi dulu." Yunri memgambil beg silangnya serta kotak cincin tersebut.

Carla dan Minho pantas menutup televisyen dan berlari keluar mengikut Yunri.

"Encik, boleh saya sendiri yang jumpa Jungkook? Saya nak bagi jawapan tanpa adanya orang perantaraan." Yunri meminta izin Jimin untuk bertemu dengan Jungkook.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now