⊰✿ Day 14

1.1K 141 1
                                    

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Minho menekan butang loceng rumah yang terletak bersebelahan pintu utama rumah Jungkook. Carla yang ada di sebelahnya masih berdiri menunggu pintu itu dibuka.

"Weh, kau rasa Yunri dengan Jungkook ada ke?"

Carla menyoal Minho disebelahnya kerana pintu masih tidak dibuka. Wajah Carla sungguh mengharap agat dapat berjumpa kawan baiknya yang dirindui itu.

Minho mengeluh perlahan. Pintu berwarna coklat itu ditenung lama. Dia turut merindui Yunri setelah beberapa dia tidak berjumpa gadis itu.

"Haih, jom lah. Diorang dating kot."

Minho memusingkan badannya ke belakang. Carla turut mengeluh. Belum sempat saja mereka melangkah, pintu itu terbuka.

"Eh, Minho, Carla!" Jimin menyambut mereka berdua dengan senyuman yang manis sehingga matanya tidak kelihatan.

Minho menyalami Jimin.

"Sorry lah kalau aku dengan Carla ganggu. Kitorang nak jumpa Yunri dengan Jungkook. Carla ni hah, dia rindu sangat."

Carla tersengih malu apabila Jimin tergelak dengan kata-kata Minho tadi.

"Tak ganggu pun lah. Tapi, diorang dah keluar. Lama jugak lah. Tak tahu pulak diorang pergi mana." kata Jimin.

Apa yang Jimin cakap tadi membuatkan Carla ingin saja menangis dan meraung di situ. Dia betul-betul rindukan Yunri.

Jimin menjadi panik apabila melihat Carla sudah mengalirkan air matanya. Minho juga sudah terkaku melihat kawannya menangis.

"Ah, Carla! Janganlah nangis!" Minho terus memeluk bahu gadis itu. Malangnya tangisan Carla semakin lebat.

Sudahlah dia tak reti nak pujuk, makin lebat pulak budak ni nangis! Aduhai!

"Ah, o-okay okay! Stop nangis! Korang berdua masuklah dulu. Nanti aku call Jungkook suruh diorang balik cepat." Jimin menarik bahu Minho dan Carla memasuki rumah Jungkook.

Mereka berdua duduk di ruang tamu. Carla masih lagi tidak berhenti menangis. Minho sudah runsing melihat Carla begitu. Tapi, matanya melekat pada gambar perkahwinan Yunri dan Jungkook.

'aku nampak sinar bahagia dalam mata kau, Yunri.'

"Korang tunggu kejap. Aku nak ambil phone kat atas."

Jimin melangkah menaiki tangga meninggalkan Minho menenangkan Carla di ruang tamu.

⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰

Jungkook dan Yunri berjalan riang sambil berpegangan tangan. Air yang dibeli di gerai tadi disedut rakus.

Mereka menghabiskan masa dengan bergembira di amusement park. Jungkook yang setia memegang kamera miliknya sentiasa merakamkan detik-detik indah mereka.

Dia juga ada mencuri-curi ambil gambar Yunri ketika gadis itu sedang leka. Ada yang comel dan ada juga yang membuatkan Jungkook ketawa.

"Haih, Kook. Saya penatlah. Boleh tak kita duduk sekejap?" Yunri mengelap peluh yang ada di dahinya dengan menggunakan lengan baju Jungkook.

"Yah! Kenapa awak lap peluh awak kat baju saya, sayang?!"

Yunri tersengih. Jungkook mencubit perlahan pipi isterinya itu. Bunny smile dihadiahkan buat isterinya.

30 Days | JungkookWhere stories live. Discover now