⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
Hari ini Yunri, Jungkook, Jimin dan Jaemin bersiar-siar di Busan, kampung halaman Jungkook dan Jimin. Sooyein juga turut mengikuti mereka kerana dia pernah tinggal di Busan beberapa tahun dahulu sebelum keluarganya berpindah ke Seoul atas urusan kerja.
Mereka tiba di Busan pada waktu tengah hari setelah mengambil masa hampir 5 jam memandu ke salah satu bandar yang terkenal di Korea Selatan itu.
Sooyein menumpang kereta Jimin manakala Yunri menaiki kereta Jungkook. Tempat pertama yang Jungkook bawa mereka ialah rumah yang pernah Jungkook diami sewaktu dia kecil.
Bukan calang-calang. Yunri rasa dalam banyak-banyak rumah kat Busan ni, rumah Jungkook lah antara yang paling mewah. Hm, belum rumah dia kat Seoul lagi kan?
Sebaik saja tiba, Jungkook menyuruh Jimin membawa Jaemin masuk ke dalam rumah memandangkan Jaemin sudah tidur di pangkuan Sooyein.
Jimin akur kerana dia ingin merehatkan segala sendi ototnya kerana telah lama memandu. Sooyein pula turut berbaring bersebelahan Jaemin.
Ye lah, hampir 5 jam kot duduk dalam kereta. Leper punggung dibuatnya.
Manakala Jungkook membawa Yunri ke halaman belakang rumah kerana gadis itu ingin melawati sekeliling rumah bersama Jungkook.
Ada satu khemah lusuh berwarna-warni yang terpacak pada halaman rumput yang menghijau di belakang rumah.
"Khemah siapa pulak tu?"
Yunri menghampiri khemah itu dan membuka zip khemah tersebut bagi melihat apa yang berada di dalamnya.
Ada mainan yang banyak. Semua mainan tu tersusun rapi. Di dinding khemah itu pula ada gambar-gambar seorang budak kecil yang comel tersenyum riang yang digantung dengan penyepit kayu pada tali.
"Siapa ni? Comelnya..."
Jungkook tersenyum melihat Yunri memegang setiap gambar tersebut. Senyuman tidak lekang dari bibir isterinya.
"Awak nak tahu? Budak tu handsome sangat bila dah besar."
Yunri teringin untuk melihat wajah budak lelaki yang berada di dalam gambar itu.
"Dia ada ke kat sini?"
Jungkook mengangguk.
"Dekat je dengan awak."
Kemudian, mata Yunri meliar mencari bayangan seseorang yang dimaksudkan Jungkook. Tiada siapa-siapa. Hanya mereka berdua je.
"Mana? Tak ada pun."
Jungkook menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri sambil tersenyum senget.
"Eh, ye ke?"
Jungkook mengeluh perlahan. Dia menundukkan sedikit badannya untuk masuk ke dalam khemah tersebut bagi mengambil sesuatu. Dia keluar semula dengan memegang satu gambar di mana seorang budak lelaki memeluk teddy bear.
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...