⊱ ━━━━.⋅ ✿ ⋅.━━━━ ⊰
7 bulan berlalu
Aku memandang perutku yang menunggu masa untuk meletup. Dalam beberapa hari je lagi hasil cinta antara aku dan Jungkook akan keluar melihat dunia.
3 bulan lepas, momen indah yang aku kongsikan bersama Jimin dan Carla adalah bila aku mengetahui jantina twin dalam perut aku. Macam yang Jungkook mahukan juga, one boy one girl.
Doktor cakap baby dalam perut aku aktif. Ye lah, mana tak nya, setiap malam aku nak lelap mata je, budak berdua ni mula lah lawan football dalam perut aku. Tak reti nak duduk diam.
Kadang-kadang, bila aku cerita kat budak berdua ni yang aku rindukan Jungkook, mereka tendang lembut perut aku. Mungkin nak pujuk aku bahawa mereka ada menemani aku kat sini.
Lagi berita gembira yang aku lalui selama ni ialah kawan yang paling aku sayangi, Carla sudahpun mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang aku sendiri tak jangka.
Park Jimin.
Aku bahagia bila melihat kawan-kawan aku gembira di samping suami dan isteri masing-masing. Sooyein dan Minho bakal menimang cahaya mata dalam masa 2 bulan je lagi.
Tapi, semua ni uncomplete. Jungkook tak ada. Walaupun mereka semua setia ada membantu aku, tapi aku rasa kekosongan. Alangkah bahagianya kalau Jungkook ada di sisi aku sewaktu kandungan aku membesar.
Jaemin pula dah berlatih berjalan. Dah besar makin comel. Akhirnya, Jaemin mendapat kasih sayang yang sama rata dari Jimin dan Carla. Untung dia kerana mendapat mummy dan daddy yang sangat penyayang.
Aku memandang Jimin dan Minho yang melatih Jaemin berjalan. Kejap jatuh kejap bangun. Sooyein yang sarat mengandung hanya duduk di bangku bersama aku.
Carla sedang menghampiri kami dengan memegang sebuah plastik yang mengandungi air minuman yang dibeli tadi. Belum sempat aku mahu bangun, tiba-tiba aku merasakan ada cecair yang mengalir keluar melalui paha aku.
Serta merta aku merasa sakit.
"Yunri!"
Minho terus memegangku agar aku tidak terjatuh. Carla turut membantu aku. Sumpah, ini adalah kesakitan yang paling sakit pernah aku rasa.
"Bawa dia terus pergi hospital!" arah Sooyein. Dia terkial-kial bangun dibantu oleh Jimin yang mendukung Jaemin.
Minho dan Carla terus memapahku sehingga masuk ke dalam kereta.
Mereka semua terus bergegas ke hospital. Sebaik saja tiba, aku ditolak masuk ke labour room memandangkan budak berdua ni dah tak sabar nak keluar.
"Doktor! Saya kawan dia! Bagi saya masuk!"
Doktor dan jururawat tidak membenarkan Carla menemani aku melahirkan kembar ini. Pintu ditutup.
Rambut aku sudah basah bermandikan peluh. Yang aku tahu sekarang ini, aku nak keluarkan budak-budak ni secepat mungkin sebab aku dah tak tahan menanggung sakit.
"J-Jungkook...."
Aku memerlukan dirinya saat ini. Tanganku memegang kuat penghadang besi pada katil untuk meneran sekuat hati.
Sewaktu aku tengah berperang dengan kesakitan, aku terdengar pintu dibuka. Pandangan aku kabur bagi melihat siapa yang masuk ke dalam labour room.
Seketika kemudian, ada satu tangan hangat mencapai dan memegang erat tanganku. Aku cuba melihat siapa orang itu.
Oh Tuhan!
YOU ARE READING
30 Days | Jungkook
FanfictionYou left me after 30 days. But, my love for you never ends. ❁ཻུ۪۪⸙· Kang Yunri ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are NOT ALLOWED ☡ ❁ཻུ۪۪⸙· Long Story BTS Edition <3 ❁ཻུ۪۪⸙· PUT'S DEBUT FANFIC ♡ 🎯 WARNING! - C...