CHAPTER 5 🌺

1.9K 301 155
                                    

。゚•┈୨ 8 votes + 6 comments ୧┈•゚。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

。゚•┈୨ 8 votes + 6 comments ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

"Kalau nak tahu berapa nilai panjang segi tiga ini, kamu perlu menggunakan kaedah Teorem Phytaghoras. Lihat balik untuk yang sebelum ni. Kalau kamu tak gunakan kaedah tu, sampai bila-bila pun kamu takkan dapat jawapan." terang Cikgu Lucas.

Cikgu muda itu melukis beberapa segi tiga untuk dijadikan latihan kepada pelajar-pelajarnya. Mereka semua tekun melukis segi tiga yang sudah dilukis oleh Cikgu Lucas pada papan putih.

Begitu juga Hoseok. Tapi, tidak bagi Seoyun. Gadis itu melukis benda lain selain apa yang Cikgu Lucas lukis di depan.

Hoseok menjenguk kerja yang dilakukan oleh tablematenya itu.

"Yah, Seoyun-ah! Awak buat apa?" bisik Hoseok perlahan di telinga Seoyun.

Seoyun tidak menjawab. Dia masih leka melukis gambar pokok pada buku tulis Matematik. Gambar segi tiga itu habis diubah menjadi gambar kartun.

"Macam mana kalau Cikgu Lucas datang sini? Nanti awak kena marah."

Seoyun menggeleng.

"Saya pasti Cikgu Lucas takkan datang sini. Cikgu malas nak jalan. Tempat kita jauh kot." Seoyun tidak mahu kalah.

Hoseok mengalah. Bahunya diangkat dan dia kembali menyambung semua kerjanya.

"Selamat pagi, cikgu."

Semua pelajar memandang dua orang lelaki yang datang secara tiba-tiba di muka pintu kelas dengan memakai suit seperti CEO dalam drama tu.

Cikgu Lucas terus bangun dan menghampiri dua lelaki tersebut. Mereka bersalam sesama sendiri.

"Selamat pagi. Ada apa ya, encik?" tanya Cikgu Lucas dengan penuh sopan.

"Maaf jika kami mengganggu sesi pengajaran cikgu. Kami berdua adalah bodyguard kepada Tuan Muda Kim Taehyung. Dia meminta kami berdua bawa seorang pelajar bernama Choi Seoyun ke hospital kerana tuan muda mengalami keracunan makanan."

Salah seorang daripada dua lelaki itu menyatakan tujuan mereka datang ke sini. Pelajar 3B-1 mula berbisik dengan tablemate masing-masing. Hoseok tidak dapat mendengar dengan jelas apa yanh dikatakan lelaki tadi. Jadi, dia hanya melihat saja dari tempatnya.

Seoyun pula macam biasa. Tak pernah kisah apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Mulut Cikgu Lucas membulat. Kepalanya dianggukkan perlahan.

"Choi Seoyun!"

Cikgu Lucas memanggil nama Seoyun dengan sedikit kuat agar pemilik nama itu terdengar. Seoyun terus mengangkat kepala sebaik saja namanya dipanggil oleh guru muda itu.

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now