。゚•┈୨ 14 votes + 10 comments ୧┈•゚。
。゚•┈୨ -tepi padang sekolah- ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Cahaya matahari kian memancar terik menyinari seluruh permukaan Bumi. Walaupun cuaca sedikit panas, masih ada angin bertiup lembut bagi menghilangkan sedikit rasa panas yang menghangat.
Peluh yang mula mengalir di dahi Seoyun tepis menggunakan belakang telapak tangannya. Gadis itu melabuhkan punggung di atas rumput yang sudah dibersihkan tadi.
Botol air mineral dicapai lalu meneguknya bagi menghilangkan rasa dahaga. Taehyung yang sedang leka menangkap gambar dijeling sekilas.
"Tuan Lee suruh sapu sampah, bukannya ambil gambar! Dari tadi asyik saya je yang buat, awak takkan tak buat langsung?"
Seoyun tidak berpuas hati dengan Taehyung. Dia diabaikan oleh jejaka itu.
Orang penat sapu sampah sampai berpeluh-peluh, dia boleh pula dengan senang hati ambil gambar sana sini.
"Nanti aku buat lah."
Itu saja yang dibalas lelaki itu.
Seoyun menggulingkan biji matanya ke atas. Daripada tadi Taehyung asyik berikan ayat yang sama. Entah bila dia nak buat pun tak tahu lah.
Punggung diangkat dan pencakar yang ditegakkan di tepi sebuah pokok diambil. Seoyun mula menyapu daun-daun kering yang sudah gugur menyembah Bumi.
Ini tugas terakhirnya sebelum waktu sekolah tamat. Sebelum rehat tadi, tandas dan stor sudah selesai dibersihkan.
Taehyung tu lah, degil! Orang suruh sapu pagi-pagi, bermacam alasan dia bagi. Bila dah panas ni, bukannya nak buat kerja pun. Aku jugak yang kena buat.
Sedang Seoyun leka menyapu sampah, tiba-tiba dia perasan bahawa Taehyung mengambil gambarnya yang sedang cemberut memaki Taehyung dalam hati.
"Sapu-sapu jugak, muka tu cover lah. Dah macam jeruk aku tengok." sindir Taehyung.
Si alien tu sempat lagi mentertawakan Seoyun yang sudah memandang Taehyung dengan pandangan berapi.
"Apa masalah awak hah?! Dah lah tak buat kerja, lepas tu ambil gambar orang suka-suka hati! Tolonglah saya kat sini!" marah Seoyun.
Pencakar yang ada di tangannya di campak ke tanah. Air matanya mula berlinangan. Seoyun terus duduk di tepi tangga padang yang tempatnya agak sedikit redup.
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...