CHAPTER 31 🌺

1.4K 193 57
                                    

negara yang put paling teringin nak pergi ialah Paris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

negara yang put paling teringin nak pergi ialah Paris. tengok eiffel tower, semua benda kat situ. aih 😪❤

erhhh Tae! nak ikut!

[ 21 votes + 22 comments ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

"Tae, kita terus cari hotel ke?" soal Seoyun, naif.

Dia hanya memegang hujung jaket yang dipakai Taehyung bagi mengelakkan dirinya sesat di lapangan terbang Charles De Gaulle.

Pegang tangan dengan dia? Heh, memang tak lah.

"Ye lah. Dah malam ni, lagipun aku penat." jawab Taehyung.

Mereka berdua berjalan keluar dari kawasan lapangan terbang itu.

Perkara pertama yang Taehyung lakukan ialah bertanya pada pemandu teksi yang ada di situ tentang hotel yang berdekatan di kawasan ini.

"Monsieur, puis-je savoir où est l'hôtel près d'ici? "
( Tuan, bolehkah saya tahu dimanakah hotel berhampiran sini? )

Lelaki yang berdiri di tepi teksinya mengangguk-angguk dan tersenyum.

"Seul l'hôtel Shangri-La le plus proche. D'autres hôtels sont tous loin. Si vous le souhaitez, puis-je vous l'envoyer? "
( Hanya Hotel Shangri-La sahaja yang paling dekat di sini. Hotel-hotel lain semua jauh. Jikalau anda mahu, boleh saya hantarkan anda? )

Seoyun menayangkan reaksi blur ketika Taehyung berbicara bahasa asing dengan pemandu teksi tersebut.

Taehyung berfikir sekejap. Tak lama kemudian, dia mengangguk tanda setuju dengan pelawaan pemandu teksi tersebut.

"Très bien, alors veuillez nous emmener à l'hôtel Shangri-La."
( Baiklah, jadi tolong bawa kami ke Hotel Shangri-La. )

Pemandu teksi itu setuju untuk membawa mereka ke hotel yang dimaksudkan Taehyung.

Mereka berdua masuk ke dalam teksi tersebut sebelum kenderaan itu bergerak meninggalkan Charles De Gaulle Airport.

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

[ Hotel Shangri-La, Paris ]

Masa yang diambil daripada airport menuju ke hotel ini adalah selama 51 minit. Ternyata jauh juga jaraknya.

Badan, kepala, kaki dan punggung Seoyun sudah lenguh dek kerana terlalu lama dia menghabiskan masa dengan duduk.

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now