。゚•┈୨ 7 votes + 4 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Hoseok dan Seoyun berjalan di kawasan kaki lima yang berdekatan dengan bilik guru, pejabat dan kelas bagi pelajar tahun keempat.
Kalau dalam kelas tak mustahil lah kan semua duduk diam, baca buku melainkan ada cikgu yang mengawasi. Semua macam beruk. Menjerit macam kat dalam konsert.
"Hoseok, kenapa awak pindah sini?"
Hoseok memandang Seoyun yang bertanya tentang dirinya. Hoseok berdehem kecil sebelum memulakan bicara.
"Sebab saya tak tahan asyik kena buli. Mereka semua selalu ejek saya buruk, tak handsome macam lelaki lain." beritahu Hoseok dengan senyuman kecil di bibir.
Seoyun membulatkan matanya seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Hoseok tadi. Eew, jijiknya pemikiran manusia nowadays. Face shaming masih berleluasa.
"Even mereka bergurau, tapi entah lah. Saya kecik hati dengan gurauan mereka tu."
sambung Hoseok lagi.Seoyun menggeleng-gelengkan kepalanya. Sumpah, manusia zaman sekarang memang pelik. Kalau muka sendiri perfect macam anak raja tak apa lah, ini setakat kain buruk je heh! Boleh gali kubur sendiri lah!
"Tak apa lah, Hoseok. Kat sini awak dah ada saya. Saya sudi je berkawan dengan awak. Lagipun dari tahun pertama lagi saya tak ada kawan macam orang lain. Semua pulaukan saya." Seoyun berkata perlahan.
"Ah, wae? Awak cantik kot. Takkan lah awak tak ada kawan?"
Hoseok sungguh tidak percaya bila Seoyun berkata sedemikian. Orang cantik macam Seoyun inilah biasanya mempunyai ramai kawan.
"For god sake, saya langsung tak ada kawan sejak dari tahun pertama. Saya masuk sekolah ni pun sebab parents saya. Kalau tak, mesti sekarang ni saya dah boleh berborak dengan kawan-kawan saya kat sekolah biasa. Sekolah ni nama je claster, tapi pelajar semua macam hampeh."
"Aigoo. Nasib kita sama lah ni kan? Tak ada kawan. Tapi sekarang kita dah jadi kawan."
Hoseok melakukan aegyo sehinggakan Seoyun terhibur melihat aksi comel Hoseok itu. Tak sangka lelaki itu pandai beraksi dengan wajah comel.
"Ya!" Seoyun tersenyum lebar.
"Hey! Kalau nak berdating, bukan dekat sini! Tepi lah! Fikir aku nak ambil gambar korang berdua ke?!"
Satu suara kuat menempelak Hoseok dan Seoyun yang sedang berjalan. Mereka berdua terus mencari siapa empunya suara tersebut.
Seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri sambil memegang kamera di tangan kirinya. Wajahnya kelat memandang Hoseok dan Seoyun yang terkulat-kulat.
Pelajar lelaki itu Kim Taehyung, photographer paling hot kat sekolah ni.
"M-Maaf. Kami tak sengaja." Hoseok menundukkan badannya berkali-kali memohon maaf pada Taehyung.
Seoyun berpusing ke belakang untuk melihat apa yang ingin dicapturekan oleh Taehyung. Ada sebuah mural pada dinding yang dilukis cantik bertemakan pemandangan air terjun.
Barulah dia faham. Taehyung mengambil gambar mural tersebut pasti untuk diletakkan di dalam majalah sekolah nanti.
"Tunggu apa lagi? Tepi lah!" tengking Taehyung lagi. Muka yang penuh kerek ditayang.
"Hek eleh! Cakap elok-elok tak boleh ke?! Kena ke maki orang?! Orang tak nampak kan?!" Seoyun menempelak Taehyung.
Kurang ajar betul maki-maki orang. Tak reti nak cakap sopan sikit ke?
Seoyun menjeling Taehyung dengan tajam sebelum membawa Hoseok pergi menjauhi kawasan tersebut. Seoyun berang dengan perbuatan Taehyung tadi.
Hoseok yang terpinga-pinga hanya mengikut Seoyun membawanya ke bahagian rooftop sekolah memandangkan waktu rehat berbaki lagi 10 minit.
Gadis itu melabuhkan punggungnya pada bench dengan wajah yang berkerut menahan marah.
"Seoyun, relax lah. Seram saya tengok awak marah macam ni." Hoseok cuba menenangkan Seoyun yang sedang berapi itu.
Gadis itu mendengus geram. Dia berpeluk tubuh.
"Dia ingat dengan muka handsome dia tu boleh maki orang sesuka hati lembu dia je ke? Dasar tak guna!" hambur Seoyun.
Hoseok mengusap lembut belakang badan Seoyun. Menenangkan gadis itu yang masih marah. Hakikatnya dia juga rasa nak maki balik si Taehyung tu tapi bila Seoyun dah balas terlebih dahulu, dia tak jadi meneruskan niatnya. Takut jadi lagi parah.
"Biasalah tu. Dah lah, biarkan je lah dia."
Macam mana lah Hoseok boleh cool down je dengan mamat kerek tadi tu? Kalau ikutkan hatinya, nak je dia baling pasu bunga yang terletak di situ pada muka Taehyung. Menyampah betul!
Mulai saat itu, musuh pertamanya di sekolah ini adalah Kim Taehyung.
Jangan ingat aku akan maafkan kau!
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Bagi Seoyun, hari ini adalah hari yang paling teruk selama dia hidup di dunia ini setelah 15 tahun.
Dah lah badmood sebab kena maki dengan si photographer bongkak tu belum hilang lagi, inikan pulak tambah lagi badmood lepas dengar Cikgu Mina, guru kelas 3B-1 mengumumkan perkara yang paling dibenci Seoyun.
"Baiklah pelajar! Esok cikgu mahu kamu semua pakai baju kemas-kemas, tacap wajah supaya tak nampak pucat and sikat rambut elok-elok sebab kita akan ambik gambar untuk majalah sekolah. Semua datang tau!" ucap Cikgu Mina sambil tersenyum panjang sebelum keluar dari kelas.
Semua pelajar bersorak riang. Ada yang bertepuk tangan, berjoget, tak kurang juga yang berperangai seperti beruk.
Lek lah, gaya macam dapat ticket free pergi konsert BTS je. Kabut betul. Padahal ambik gambar kelas je. Kecoh masing-masing.
Terus mood Seoyun terbang dibawa angin sekali lagi. Rasa nak bakar je semua orang. Dari keluar kelas sampai lah eomma jemput balik, Seoyun langsung tak bercakap dengan Hoseok. Kesian pulak lelaki itu bila teringatkan balik. Dia cakap sorang-sorang.
Sorry, Hoseok. Saya takut nanti tak boleh kawan badmood and then awak pulak yang kena maki lepas Taehyung tadi.
"Ah, dah lah! Baik aku tidur dari fikirkan hal esok. Buat sakit kepala aku je." Seoyun mendengus.
Selimut tebal yang terletak cantik atas katilnya ditarik sehingga ke paras dada. Mata cuba dipejamkan agar terlena. Tak mahu berfikir terlalu banyak.
Hal esok biarlah esok. Hari ni rest dulu.
------
TBCHAHAHAHAHAHAH 895 words for this chap ♥♥ okay tak okay tak? hmm tak lama lagi Taehyung menjelma. diharapkan para readers mohon bersabar dengan kerenah Taehyung 😂 nanti dia mencabar kesabaran.
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
Fiksi PenggemarPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...