CHAPTER 35 🌺

1.3K 183 65
                                    

si alien yang marvelous!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

si alien yang marvelous!

[ 22 votes + 22 comments ]

[ DAY 4 ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Selepas mereka pergi ke Queen Elizabeth II Flower Market, Taehyung membawa Seoyun ke sebuah jambatan yang dikhaskan untuk pejalan kaki saja.

Sewaktu berada di kedai bunga tersebut, Taehyung membelikan Seoyun sekuntum bunga mawar merah.

Katanya, dia bahagia.

Perempuan mana je yang tak happy bila dapat bunga?

Sejujurnya, banyak bunga beraneka warna yang dijual di kedai tersebut. Semuanya masih segar.

Tapi, sebelum Seoyun dan Taehyung tiba di jambatan Pont Alexandre III, jejaka itu menyinggah ke sebuah kedai.

Dia keluar dari kedai tersebut dengan sebuah padlock key di tangan.

Kemudian, Taehyung terus berjalan ke jambatan tersebut sambil memimpin tangan Seoyun.

"Awak nak buat apa dengan padlock tu?"

Seoyun hanya melihat Taehyung menulis sesuatu pada padlock tersebut.

Hairan lah juga, semua benda ada dalam poket dia sampai marker pen pun ada sekali.

Apabila Seoyun cuba berdiri lebih dekat lagi dengan Taehyung, baru gadis itu tersedar bahawa Taehyung bukan menggunakan marker pen sebaliknya jejaka itu menggunakan liquid paper.

Selesai menulis, dia menunjukkan padlock tersebut kepada Seoyun. Mata gadis itu bergerak kerana membaca apa yang jejaka itu tuliskan.

Kim Taehyung

Choi Seoyun

"Huh?"

Seoyun memandang anak mata Taehyung.

Taehyung mengangguk. Box smilenya mula kelihatan.

"Untuk apa?"

"Je t'aime."
( Aku cintakan kau. )

Taehyung menjawab dengan menggunakan satu perkataan french language.

"Boleh tak jangan guna bahasa tu?"

Cakap macam aku expert je bahasa alien dia tu.

"Aku cakap, ni kenangan kita datang Paris." jawab Taehyung bersahaja.

Padlock itu mula disangkutkan pada pagar besi yang menjadi penghadang jambatan tersebut.

Sebenarnya, Taehyung saja membohongi Seoyun tentang apa yang dikatakannya tadi. Dia mahu Seoyun sendiri yang perasan.

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now