a/n: put nak letak gambar abe Seokjin, tapi data adik put selow namatey. geram je dengan dia :( nanti next chap put letak taww!
;')
[ 20 votes + 21 comments ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Taehyung baru saja melangkah keluar daripada bilik guru setelah membantu guru mata pelajarannya membawa buku-buku latihan.
Seperti biasa, dia antara pelajar yang paling lambat keluar ke sekolah setelah waktu persekolahan tamat.
Jungkook dan Jimin sudah pulang terlebih dahulu. Jadi, hanya dia seorang diri saja masih menunggu untuk pulang.
Dia berjalan seorang diri di kaki lima sebelum tiba di pintu pagar sekolah.
"Taehyung-ah!"
Telinga Taehyung menangkap satu suara yang memanggil namanya. Pantas jejaka itu berpusing ke belakang.
Kelihatan Hyera sedang berlari-lari anak di belakang untuk mendekati Taehyung.
Taehyung hanya mendengus perlahan. Kehadiran perempuan itu amat tidak menyenangkan dirinya.
"Baby nak balik dengan sayang boleh?" tanya Hyera dengan penuh manja.
Tiada sebarang jawapan atau reaksi yang ditunjukkan Taehyung. Jejaka itu terus berjalan tanpa mempedulikan Hyera di sisi.
"Tae! Hish, sayang ni kenapa hah?"
Hyera mula naik geram kerana kehadirannya tidak diendahkan jejaka tersebut.
"Hey! Berapa kali aku nak cakap dengan kau yang aku tak suka kau panggil aku sayang? Ke kau memang tak faham bahasa?!" hambur Taehyung.
Langkahnya terhenti di situ. Sama juga seperti Hyera. Rahangnya diketap kuat sambil matanya memandang tajam ke dalam anak mata Hyera.
"Okay okay, fine! I'm sorry. Tae, tak boleh ke kita kembali macam dulu?"
Perempuan itu merayu. Tangannya mula melingkar pada lengan Taehyung.
"Kau tahu tak kita kat sekolah sekarang ni? Kau behave boleh tak?"
Taehyung sudah cukup rimas dengan perangai kebudak-budakan Hyera. Tangan gadis itu dijauhkan daripada menyentuh lengannya lebih lama lagi.
"Tae, takkan you tak boleh nak maafkan I? I tahu apa yang I buat dulu tu salah. I tak matang time tu. But, kali ni I dah matang. I janji takkan ulang balik semua tu. I nak mula sekali lagi. Boleh?"
Taehyung menggeleng. Keningnya yang tidak gatal digaru perlahan.
"Hyera, stop! Kalau kau dah matang, kau takkan merayu macam ni. Kau dah boleh move on. Aku dah ada life aku sendiri. Kalau aku boleh kenapa kau tak boleh?"
Suara Taehyung mengendur. Mana tahu Hyera akan dengar apa yang dia katakan. Kalau cakap kasar dengan dia ni, lagi dia buat.
"No! I tak boleh sebab I still cintakan you!"
Taehyung mengeluh lagi.
Haih, memang tak faham bahasa betul manusia macam ni.
"Eh dah lah! Buang masa aku je layan kau berdrama kat sini. Aku nak balik."
Taehyung mula mengorak langkah. Semakin rimas dirinya apabila Hyera tak habis-habis dengan kata cinta mainannya.
"Kenapa you boleh layan perempuan sundal tu baik-baik sedangkan you tak pernah layan I baik macam tu? Kenapa, Tae?!"
Hyera ni memang tak tahu ke dia kat mana sekarang? Haih, menyusahkan betul lah!
Taehyung berhenti dan menoleh ke belakang.
"Siapa sundal? Kau tak ada hak nak panggil dia macam tu! Aku tak pernah layan kau baik-baik? Eh, kau memang dah nyanyuk ke apa?!"
Tak boleh simpan lagi kemarahannya, Taehyung meluahkan semuanya di sini. Dia cuba menahan dirinya daripada hilang kawalan dalam mengawal emosi.
"Sebelum ni aku layan kau bagaikan puteri. Tapi apa yang kau buat kat aku? Kau tipu aku! Kau bahagia dengan lelaki lain kat belakang aku sedangkan aku cuba nak bahagiakan kau! Aku penat, Park Hyera! Aku buat baik, kau pijak. Bila aku buat macam ni, tahu kau sibuk tanya macam-macam. So, ini jawapannya."
Taehyung lega. Lega dapat luahkan semuanya yang dipendam sekian lama.
"But, Tae--"
"Lagi satu! Kau jangan babitkan dia dalam hal ni! Dia langsung tak bersalah. Kalau aku tahu kau cuba cari pasal dengan dia, tahu lah kau!"
Semakin berapi dendam Hyera buat Seoyun apabila Taehyung memenangkan gadis itu.
"You cintakan dia kan?!" tebak Hyera. Sekali lagi langkah Taehyung terhenti.
"Aku cintakan dia ataupun tak, itu bukan urusan kau! Jadi, tolong sedar diri, set kat mind kau yang aku takkan pernah terima kau balik."
Kini, Taehyung terus berjalan tanpa memalingkan kepalanya ke belakang. Jejaka itu terus masuk ke dalam kereta peribadi milik keluarganya sebaik saja keluar dari sekolah.
Air mata Hyera jatuh mengalir di pipi.
Dia menyesal, sebab dia juga Taehyung jauh berubah.
Tapi, air matanya yang tumpah ini bukan bermakna dendamnya sudah terpadam buat Seoyun malah ianya semakin membara.
Demi dapatkan Taehyung, aku sanggup buat apa saja.
Air mata dikesat kasar lalu dia berjalan keluar daripada sekolah.
-----
TBC714 words for this chapter!❤
aihh struggle nak update woi HAHAHAH. gigih ni nak habiskan. dah lah ada seminggu lagi before mula sekolah.
aihh kejapnya cuti. rasa macam baru je cuti haritu :(
so......acane? okay ke idok HAHAHA? maaf taw kalau tak best :'(
okay lah gais, selamat membaca!💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanficPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...