CHAPTER 24 🌺

1.4K 213 58
                                    

a/n: put sarankan si cantik-cantik sekalian ni waktu baca chapter ni, tolong dengar muzik di atas. so, mungkin dengan muzik tu dapatlah feeling sikit.


disebabkan put ni peminat fanatik movie Cinderella, so chap kali ni put letak sikit bahagian part menari tu. hehe jemput baca!💜

[ 20 votes + 19 comments ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

"I'm your lovely Jackie. Shall we?"

Tangan lelaki itu masih menunggu sambutan daripada Seoyun.

Bunga mawar yang diberi tadi Seoyun ambil lalu sebelah lagi tangannya perlahan-lahan menyambut huluran lelaki tersebut.

Lelaki itu membawa Seoyun ke hadapan dewan dan beratur bersama senior terkenal yang lain.

"Senior yang terakhir, Prince Jack with his princess!"

Prince Jack?

Lelaki itu memimpin tangan Seoyun dan mereka berdua berdiri di tengah dewan.

Semua pelajar memberi mereka laluan.

Seoyun dan lelaki tersebut berdiri menghadap diri masing-masing.

Seoyun cuba melihat ke kiri. Barisan orkestra yang terdiri daripada beberapa orang senior biasa termasuk Min Yoongi yang bersedia mengalunkan muzik sebentar nanti.

Patutlah dia tak join dalam list senior terkenal ni.

Namjoon mengangguk kecil ke arah Min Yoongi menandakan barisan orkestra sudah boleh mula mengalunkan muzik.

[ muzik bermula ]

Jejaka itu mula merangkul pinggang milik Seoyun.

Mereka bergerak ke kiri dan ke kanan dengan perlahan. Seoyun tak berhenti mencari anak mata lelaki tersebut.

"A-Awak siapa?"

Jejaka itu hanya tersenyum.

"Your Jack." jawabnya perlahan.

ARGH! Siapa lelaki ni?

Cahaya yang malap sedikit membuatkan semua pelajar dapat merasakan suasana yang tenang dan mendamaikan sewaktu menari.

Seoyun mula menari mengikut rentak yang dia pelajari daripada Hoseok beberapa hari lepas bersama Taehyung.

Tangannya diletakkan di atas tangan jejaka tersebut. Selepas itu, tangan mereka dinaikkan ke atas dan Seoyun memusingkan tubuhnya dengan lembut.

Mereka berdua saling bertatapan antara satu sama lain. Tangan jejaka itu merangkul perlahan pinggang Seoyun manakala gadis itu meletakkan tangannya pada dada jejaka itu.

Kemudian, Seoyun berpusing lagi bagi menukar gaya.

Kini, tangannya diletakkan pada bahu jejaka itu manakala sebelah tangan mereka lagi memegang tangan masing-masing. Mereka berdua berpusing mengikut rentak muzik yang dialunkan.

Setiap kali Seoyun berpusing, gaunnya akan menjadi kembang membuatkan pelajar perempuan yang lain ternganga melihatnya.

Dalam leka memusingkan tubuh, mengubah gaya tarian, mata Seoyun ternampak susuk tubuh yang dikenalinya memakai gaun berwarna hijau gelap sedang memandangnya tajam.

Ya, itu 'Sunbae' Hyera.

Gadis itu kelihatan berseorangan di hujung sana.

Mana Taehyung?

HHAHAHA kesiannya.

Seoyun sengaja merangkul leher jejaka yang menari dengannya bagi membuatkan Hyera berasa cemburu bila memandangnya.

Kemudian, Seoyun fokus semula pada tarian.

Jejaka itu meraih tangan Seoyun dan memusingkan gadis itu.

Saat muzik hampir tamat, jejaka itu mengangkat tubuh Seoyun dan membawa ke tengah dan sekali lagi dia mengangkat sebelum berpusing dan berdiri tegak.

Seoyun dan jejaka itu tunduk sedikit. Lampu yang malap tadi kini kembali bercahaya dengan terang.

Seoyun melihat senior-senior kacak di sekelilingnya sudah mula membuka topeng yang tersarung pada bahagian mata. Cuma jejaka di hadapannya saja yang belum membukanya.

Seoyun buka terlebih dahulu topeng matanya.

Jantung Seoyun berdegup laju saat tangan lelaki itu mula mengalihkan topeng tersebut daripada wajahnya.

Jejaka itu tersenyum manis dan membuatkan lagi degupan jantung Seoyun semakin tak teratur.

"You're so beautiful tonight, princess."

-----
TBC

507 words for this chapter!❤

aihh part yang menari tu put taktahu macam mana nak tulis tapi put tengah fangirling sebab put imagine yg put menari dengan prince tu. 😭

maaf andai chapter ini tersangatlah HAMBAR. guwe cuma semangat je nak habiskan ff ni HAHAH padahal banyak lagi jalan ceritanya.

put ketagih sangat dengan Cinderella, so put inspirasikan part menari tu and letak dalam chapter ni.

hope you enjoy it! selamat membaca!💜






I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now