。゚•┈୨ 17 votes + 16 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Hati-hati ya!" laung Puan Choi sambil melambaikan tangannya.
Taehyung mengangguk dan tersenyum manis. Selepas itu, dia masuk ke dalam kereta BMW i8 berwarna royal blue.
Kemudian, dia terus memandu menuju ke sebuah taman yang dipenuhi dengan tumbuhan dan bunga-bunga yang sangat indah.
Sampai saja di taman tersebut, Seoyun terus terpaku melihat keindahan alam semulajadi itu. Suasana yang amat menenangkan.
"Apa function awak bawa saya kat sini?" soal Seoyun tanpa memandang ke arah Taehyung sebaliknya dia melihat sekuntum bunga daisy yang mekar di tepi laluan pejalan kaki.
"Saja. Aku nak orang teman aku je." itu saja balasan daripada jejaka tersebut.
Seoyun dah tahu, semua alasan yang Taehyung bagi amatlah kebudak-budakan. Asyik nak berteman je.
Taehyung menarik tangan Seoyun dan mereka berlari-lari anak menuju ke satu kawasan yang dipenuhi dengan kuntuman bunga mawar beraneka warna.
"Cantik tak?"
Seoyun mengangguk laju. Matanya bersinar galak tatkala bunga itu menjamah pandangannya.
Taehyung pantas mendekatkan kamera pada matanya dan mula menangkap gambar tersebut beberapa kali.
Kemudian, dia melihat hasil tangkapan foto yang diambilnya tadi. Jika dia tidak berpuas hati, Taehyung akan mengambil semula gambar tersebut.
"Erm, kau nak ice cream tak?"
Kamera yang dipegang kemudian digantung semula pada lehernya. Seoyun hanya mengangguk tanda mahukan aiskrim.
"Flavour?"
"Chocolate mint."
Tiba-tiba Taehyung ketawa.
"Tak sangka, taste kau sama macam aku. Aku beli dulu, kau tunggu sini."
Taehyung menyuruh Seoyun duduk di bangku yang tersedia di situ sementara dia membeli aiskrim buat mereka berdua.
Tanpa pengetahuan Seoyun, Taehyung bersembunyi di sebalik kuntuman bunga yang merimbun tak jauh dari tempat Seoyun berdiri.
Klik!
"Cantik!" puji Taehyung perlahan.
Bunga yang berwarna putih elok tersarung di tubuh genit Seoyun amat sepadan dengan warna bunga yang tumbuh memekar di atas pokok.
Taehyung tersenyum melihat gambar tersebut. Kemudian, dia kembali semula berjalan ke arah gerai yang menjual aiskrim.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Hyera berjalan perlahan di kawasan sekitar taman tersebut. Keadaannya masih sama, tiada apa yang berubah.
Tempat ini membuatkan semua kenangan manis yang terukir antara dirinya dan Taehyung sewaktu menjalin cinta dahulu.
Lelaki itu amat gemar mengambil gambarnya bersama bunga-bunga di situ.
Kini, semua itu telah hilang atas ketamakan diri sendiri. Tiada lagi Taehyung menemani, bergurau senda.
Tiba-tiba, matanya terarah pada dua susuk tubuh yang duduk membelakanginya. Hyera bertindak untuk berselindung di balik pokok yang sederhana besar.
Hyera kenal akan bentuk tubuh jejaka itu.
Taehyung.
Dia bersama seorang perempuan yang sedang nikmat memakan aiskrim perisa yang sama dengan Taehyung.
Sesekali terdengar tawa mereka berdua.
Apa yang dilihatnya sekarang serta merta membuatkan hatinya meraung kesedihan. Sedih sebab orang yang masih dicintai bahagia bersama orang lain.
Air mata mula jatuh setitik pada pipi Hyera. Dia bukan apa, dia hanya rindu dengan semua layanan baik yang pernah Taehyung berikan padanya dulu.
Tapi, ada satu api pada hati yang mula menghidupkan semangatnya yang telah pergi.
Pandangan tajam dan api dendam dihadiahkan buat gadis yang sedang duduk bersebelahan dengan Taehyung itu.
"Kau...kalau aku tak boleh bahagia dengan Taehyung, tak ada sesiapa pun yang boleh bahagia dengan dia. Cuma aku je!"
Hyera berkata perlahan. Kedua tangannya digenggamkan menjadi seperti tumbukan.
Kini, dia harus melakukan dua perkara.
Pertama, memiliki Taehyung,
dan musnahkan perempuan tersebut.
"Heh, tunggu Park Hyera beraksi!"
Hyera pergi dari situ dengan sebuah dendam yang mula menyala marak apinya. Dia akan pastikan, apa yang dirancang mesti menjadi.
------
TBChaii gaes!❤ 559 words for this chapter!
hehe, hari ni mood baik nak update ;)
okay tak for this chapter? put mintak maaf kalau chapter ni kurang best atau lebih dikenali sebagai HAHAHAHAMBAR.
kepada yang baca, thanks sebab sudi baca dari first sampai sini. mana yang sudi vomment pun put ucapkan terima kasih sangat :)❤
mana yang silent readers, thanks sudi jenguk even tak mauu bagi vomments kat ff ni ;)
okay, selamat membaca! 💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...