esok birthday Tae. happynya!
[ 22 votes + 22 comments ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Do Yun!"
Sebaik saja perempuan itu memanggil, datanglah seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan akhir 20-an.
Lelaki yang dikenali sebagai Do Yun itu menunduk hormat di hadapan perempuan tersebut.
"Ya, apa yang boleh saya bantu, Cik Muda?"
tanya lelaki itu dengan sopan.Perempuan itu masih memandang Do Yun dengan angkuh.
"Aku nak minta tolong kau." katanya.
Gelas yang berisi jus oren itu diteguknya sehingga habis.
"Tolong apa, Cik Muda?"
Perempuan itu menayang senyuman sinis. Kakinya melangkah ke belakang rumah. Perbincangan yang mereka bincangkan ini mungkin agak privasi.
"Berapa lama kau bekerja kat sini?"
"Err, hampir enam tahun juga. Kenapa, Cik Muda?
Do Yun, adalah pemandu peribadi milik keluarganya yang telah lama berkhidmat.
Perempuan itu menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Aku ada kerja untuk kau. Kau dengar sini baik-baik. Aku nak kau buat kerja ni sampai habis."
Do Yun mula gelisah tatkala anak majikannya menyuruh dirinya melakukan sesuatu.
Suara perempuan itu dapat menggambarkan bahawa kerja yang akan diberikan nanti agak berat untuk dia lakukan.
"K-Kerja apa tu?"
Tawa daripada perempuan itu meletus. Tangannya ditepuk berkali-kali sambil dia berjalan perlahan di hadapan Do Yun.
"Kerja ni tak susah mana. Kalau kau berjaya buat, aku akan suruh daddy naikkan gaji kau untuk bulan ni."
"Kerja ni tak berat kan?"
Do Yun meminta kepastian daripada perempuan tersebut.
"Kalau aku bagi kau kerja tak berat, aku takkan suruh daddy aku naikkan gaji kau. Ada dua kerja yang berat kau kena lakukan untuk aku. Jangan risau, sebab aku akan minta daddy naikkan dua kali ganda gaji kau berdasarkan bilangan kerja yang kau buat." jelas perempuan tersebut.
Do Yun cuba menelan air liur yang tersekat di kerongkongnya. Hatinya mula berlagu risau dengan kerja yang akan diberikan nanti.
"Kalau kerja tu bahaya dan melibatkan pihak berkuasa, saya minta maaf, Cik Muda. Awal-awal lagi saya menolak. Saya tak mahu melibatkan diri." beritahu Do Yun dengan jujur.
"Kalau kau pandai buat strategi, kau takkan tertangkap punya. Janganlah jadi bodoh! Takkan semua tu pun aku nak kena ajar?!" herdik perempuan itu.
Nafasnya turun naik apabila pemandu peribadi keluarganya tidak mahu menolongnya.
"M-Maaf, Cik Muda. Saya--"
"Nope! Kalau kau tak nak buat kerja ni, aku akan pastikan kau dipecat tanpa gaji!"
Do Yun mula dihimpit rasa serba salah. Dia terkepit dalam situasi di mana dia harus memilih perkara yang baik ataupun buruk.
"Oh, it's okay! Kalau kau tak nak, maybe esok kau dah boleh berambus daripada rumah ni. Apa function kau kalau kerja tapi tak nak tolong aku kan?" sindir perempuan itu.
Baru saja dia mahu melangkah pergi, Do Yun menghalang jalan perempuan itu.
"B-Baik, Cik Muda! Saya akan buat. Bagitahu apa kerjanya."
Dia tiada pilihan lain selain menerima saja kerja yang diberikan perempuan itu.
Kalau dia tiada kerja, mana lagi dia mahu mencari duit demi menyara diri?
Perempuan itu tersenyum lebar. Wajah Do Yun dijeling lembut.
"Okay, macam ni."
-----
TBC481 words for this chapter!❤
heyyo! put cuba update secepat mungkin untuk memghabiskan ff ni. doakan put agar diberikan idea dan masa untuk update!
haa maaf tau kalau hambar!😕
okay, selamat membaca!💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...