LAST CHAPTER 🌺

1.6K 180 27
                                    

eh eh eh nak jugak cheben put menyelit kat situ HAGAHHAAAHAH ❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

eh eh eh nak jugak cheben put menyelit kat situ HAGAHHAAAHAH ❤

[ 24 votes + 21 comments ]

<

KIM TAEHYUNG'S POV>

Flashback!

Aunty Somi membenarkan aku untuk bercuti di Paris setelah aku selesai menamatkan pengajianku di sekolah menengah.

Entah kenapa hatiku membuak-buak untuk pergi ke negara tersebut.

Banyak tempat yang aku jelajahi di sana. Berkat ajaran menggunakan bahasa perancis melalui Aunty Somi dan belajar secara online, ianya memudahkan urusan aku apabila aku tiba di sana.

Rupanya banyak rakyat Perancis yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sewaktu aku jejak di jambatan Pont Alexandre III, tiada lagi padlock ataupun kunci cinta yang ada di situ.

Ianya diturunkan oleh pihak berkuasa kerana sudah terlalu berat untuk ditampung oleh besi penghadang jambatan tersebut.

Sedang aku leka melihat sekeliling, mataku melekat pada satu padlock yang diletakkan pada besi jeriji tersebut.

Aku memegang padlock yang sudah dikunci itu.

Kim Taehyung

Choi Seoyun

Ini bukan...nama aku ke?

Seoyun?

Aku pernah jejak sini ke sebelum ni?

Kepalaku mula sakit. Kerana tak tahan dengan sakitnya, aku terus pulang semula ke hotel.

Ingatkan mahu kunjungi Menara Eiffel, tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi, esok saja lah sebelum pulang semula ke Australia.

Esoknya.

Apa yang aku mahukan kini jadi kenyataan. Aku berdiri di hadapan Menara Eiffel.

Cantik sungguh monumen ini.

Aku ingin mengambil gambar tapi kamera ku sudah penuh ruangnya. Aku cuba melihat gambar apa yang ada di dalamnya.

Aku terkejut, kerana banyak gambar  yang di simpan oleh aku bersama gadis bernama Seoyun itu.

Gambar di mana tanganku dan tangan Seoyun membentuk menjadi sebuah bentuk love sambil berlatar belakangkan Menara Eiffel.

Kepala aku berdenyut sakit. Mataku terpejam rapat.

Kini, baru aku sedar.

Baru aku ingat kembali, siapa dia dalam hidup aku yang sebenarnya.

Flashback end.

••••

Seoyun memeluk tubuh Taehyung dengan lama. Ombak dan batu besar yang berada di sekeliling mereka ini menjadi saksi pertemuan kembali antara mereka berdua.

Hati yang sudah lama terpisah dan saling merindu kini bersatu semula dengan takdir yang diaturkan Tuhan.

"Awak nak tahu tak, Tae? Banyak benda yang berlaku semasa awak lupakan saya."

"Iya?"

"Ya. Hoseok dah tak ada."

Taehyung terkejut dengan berita yang disampaikan Seoyun. Jejaka itu segera melepaskan pelukan.

"W-Wae? Bila?"

Baru dia ingat, Hoseok itu kawan paling rapat yang Seoyun pernah ada.

"Dah lama, Tae. Lapan tahun dia pergi. Sama macam awak, lapan tahun juga kita berpisah." ucap Seoyun perlahan.

Taehyung melepaskan keluhan lembut. Jarinya mengelus pipi Seoyun sambil tersenyum nipis.

Hoseok, insan yang sentiasa menyebar aura positif kepada semua orang sudah tiada lagi menemani hari Seoyun.

"Maafkan aku. Dah banyak aku lukakan hati kau."

Nak menyesal pun tak guna sebab benda dah berlalu. Tak boleh diputarkan semula.

"Ani. Saya dah lama maafkan awak, Tae. Akhirnya, awak datang balik dalam hidup saya."

Wajah Taehyung dipegang dengan kedua belah tangannya. Di hati tak sudah mengucapkan kata syukur kerana Tuhan telah menjawab semua doa yang dipanjatkan setiap hari.

"Aku tak nak hilang kau buat kali kedua lagi, Seoyun." tutur Taehyung. Wajah jejaka itu bertukar serius.

Mereka berdua berpegangan tangan sambil menatap wajah antara satu sama lain.

"Izinkan aku...jadi hero dalam kisah cinta kita. Hero yang akan selalu jaga, cinta, lindung, sayangkan kau untuk selama-lamanya."

Salah satu pengalaman membahagiakan bagi seorang perempuan ialah apabila dirinya dilamar untuk menjadi suri hati bagi lelaki kesayangannya.

"Can you?"

Kim Taehyung yang masih menunggu jawapan Seoyun dijeling lembut.

"Saya sudi jadi heroin kepada hero dalam kisah cinta ni. Akan saya balas kesemua yang awak berikan dengan sepenuh hati saya buat selamanya."

Tawa kegembiraan meletus dari dua orang manusia yang sedang berbahagia dan akan memulakan pelayaran hidup bersama.

Bak kata pepatah, lepas hujan pasti akan muncul pelangi yang menghiasi langit biru.

Begitu juga kisah cinta Taehyung dan Seoyun.

THE END

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now