![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. putera kayangan mana turun kat bumi ni? susah aa macam ni semua nak encem :(
[ 22 votes + 23 comments ]
[ DAY 5 ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Menara Eiffel, satu lambang kemegahan negara Perancis. Tempat yang sentiasa menerima kunjungan orang ramai dari serata dunia.
Kadangkala, menara tersebut menjadi saksi sebuah lambang percintaan bagi pasangan yang bercinta.
Kini, mereka berdua berdiri di sambil melihat menara cantik tersebut. Tapi kedudukan mereka agak jauh daripada menara itu.
"Ah, wae? Kenapa kau nangis?"
Taehyung terkejut kerana ternampak air mata Seoyun mengalir pada pipi mulus gadis itu.
Si jejaka pantas memandang si gadis.
"Nothing. S-Saya cuma tak sangka dapat tengok Menara Eiffel dengan kedua biji mata saya sendiri." kata Seoyun. Tangisannya masih bersisa.
Taehyung menghela nafas lega apabila Seoyun menyatakan sebabnya mengapa gadis itu menangis.
"Now, kau dah sampai kan?"
Seoyun mengangguk.
Taehyung tersengih lalu mendekatkan kameranya pada mata kiri jejaka itu.
"Seoyun! Pandang sini!" panggil Taehyung teruja.
"Yah! Taehyung-ah! Jangan lah ambil gambar saya! Pergilah ambil gambar orang lain!"
Si alien ni memang tau. Asal muka aku tengah huduh, dia sibuk nak ambil.
"Suka hati aku lah nak ambil gambar siapa! Hek eleh!" kata Taehyung.
Seoyun mengeluh perlahan. Taehyung ni memang tak boleh dihalang. Apa yang dia nak, pasti dia akan lakukan.
Akhirnya, mengalah adalah jalan terakhir yang dipilih Seoyun. Gadis itu pasrah jika segala mimik buruknya menjadi koleksi di dalam kamera Taehyung.
Klik!
"Hah, cantik kan? Saja lah tu nak aku puji, baru lah nak ambil gambar." perli Taehyung sambil menunjukkan hasil tangkapannya kepada Seoyun.
Wajah jejaka itu dijengil tajam.
"Mana ada! Siapa entah nak minta kena puji. Awak yang nak ambil gambar tu kan?" balas Seoyun balik.
Rasa nak cubit je Taehyung sekarang ni.
Kemudian, Taehyung mendekati salah seorang lelaki berkulit putih yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua.
"Monsieur, pouvez-vous nous prendre en photo?"
( Encik, boleh ambilkan gambar kami? )Lelaki itu terangguk-angguk sambil tersenyum. Taehyung menghulurkan kameranya kepada lelaki tersebut dan pantas berlari ke arah Seoyun semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...