tae with red ❤ aumzszz
[ 23 votes + 23 comments ]
⏭
Aigoo, dah terlambat!
Nasib Seoyun teringat bahawa Taehyung bergerak pada pagi ini. Kalau tak, memang terlepas lah jawabnya.
Tuan dan Puan Choi terus ditinggalkan di belakang. Seoyun berlari sehingga menuju kawasan ruang menunggu yang berdekatan dengan balai pelepasan.
Dia menghela nafas lega saat terpandang susuk tubuh Kim Taehyung dan beberapa kawan rapatnya yang sedang berdiri membelakangkan Seoyun.
"Taehyung-ah! Mianhae sebab saya lambat!"
Jimin, menunduk hormat di hadapan Seoyun dan memberinya laluan untuk Seoyun mendekati Taehyung.
Jejaka itu bangun dan menarik luggagenya.
"Tae! Saya nak c-cakap dengan awak sekejap."
Tangan Taehyung segera dipegang. Namun jejaka itu hanya menurut. Dia membiarkan saja Seoyun memegang tangannya.
"Cakaplah." suara dingin Taehyung menerjah deria pendengaran Seoyun.
Seoyun menarik nafas dalam.
"Hati-hati. Percayalah, selama mana pun awak tak ingat tentang kita, saya masih mencintai awak macam dulu." tutur Seoyun dengan nada suara yang cukup perlahan dan sayu.
Sepasang mata milik Seoyun sudah dipenuhi dengan air mata yang hanya menunggu detik untuk jatuh menyembah bumi.
"Aku teringin nak tahu siapa kau. Tapi kenapa aku tak boleh eh?"
Seoyun mengukirkan senyuman nipis. Kepalanya digeleng lemah.
"T-Tak. Tak perlu tahu. Nanti bila sampai masanya, awak akan tahu. Cuma bukan sekarang."
Dia mahu Taehyung yang ingat sendiri siapakah dia yang sebenarnya.
Biarlah.
PENUMPANG YANG MENGIKUTI PENERBANGAN KE AUSTRALIA, SILA BERGERAK KE BALAI BERLEPAS SEKARANG.
Wanita yang memakai jaket dan seluar jeans berwarna hitam sambil membawa luggage itu memanggil Taehyung.
"Tae dah sudah? Jom, nanti terlepas flight pulak." ajak wanita itu.
Taehyung mengangguk kecil. Wajah Seoyun yang sedikit membuatkan hatinya luluh itu dipandang.
"Tae, izinkan saya..."
Seoyun mula menangis teresak-esak di hadapan jejaka itu. Biarlah semua kawan-kawan Taehyung melihat dirinya menangis. Perasaannya kini sudah tidak mampu dibendung lagi.
"Izinkan apa?"
Seoyun cuba mencari anak mata Taehyung. Air mata yang mengalir di pipi dikesat perlahan.
"Izinkan saya cium pipi awak...buat kali terakhir. Mana tahu umur saya tak panjang, at least saya tak terkilan jika saya pergi nanti."
Tak mahu melihat gadis itu menangis lagi, Taehyung membenarkan saja pipinya dicium Seoyun.
Tubuhnya yang tinggi cuba direndahkan agar Seoyun dapat mengucup pipinya seperti yang dipintanya tadi.
Lama juga gadis itu melepaskan perasaannya.
Jungkook yang ada di belakang sudah menangis sambil memeluk Seokjin.
"Ah, hyung! Kenapa Tae ni suka sangat buat drama air mata? Kesian Seoyun."
Air matanya sengaja dikesatkan pada pakaian Seokjin yang sudah mula mengalirkan air matanya, sama seperti Jungkook.
"YAH! JANGANLAH LAP HINGUS KAU SEKALI KAT BAJU PINK HYUNG NI!"
Mereka berdua tertawa di dalam tangisan.
"Aku pergi dulu. Jaga diri." kata Taehyung.
Tak mahu menyakiti hati gadis itu, dia terpaksa berkata begitu demi menenangkan hati si gadis.
Sebelum pergi, Taehyung sempat menghadiahkan Seoyun sebuah senyuman manis miliknya lalu mengikuti ibu saudaranya yang sudah menunggu di hadapan.
"Bye, Tae!"
"Ah, bye hyung! Take care kat Australia!"
Kelima-lima jejaka itu melambaikan tangannya kepada Taehyung. Lelaki itu membalas balik lambaian kawan-kawannya.
"Taehyung-ah!" panggil Seoyun.
Taehyung berpaling semula ke belakang.
Bibir merah Seoyun tersungging senyuman manis.
"Saya tunggu awak balik, Tae." katanya dengan ditemani air mata yang setia mengalir.
Taehyung mengangguk kecil lalu berjalan semula tanpa sekalipun dia berpaling ke belakang.
Seoyun terus terduduk sambil menangis dengan penuh syahdu. Ibu bapa Taehyung, Tuan dan Puan Choi serta lima sunbae tersebut pantas menghampiri Seoyun.
Jungkook membantu Seoyun untuk berdiri.
"Yun, jangan macam ni sayang. Aunty faham perasaan kamu. Ingat ni, kalau Yun yakin Tae milik Yun, percayalah. Satu hari nanti pasti dia akan kembali pada Yun." ujar Puan Kim demi mengembalikan semangat Seoyun yang terbang pergi bersama Taehyung.
Semua di situ mengangguk kerana setuju dengan nasihat yang diberikan oleh Puan Kim.
Puan Choi mendapati anak gadisnya lalu memeluk tubuh itu dengan seerat yang mungkin.
"Jom, balik. Yun rest ya?"
Gadis itu hanya menurut dan berjalan keluar dari airport tersebut sambil memimpin tangan si ibu.
Semoga satu hari nanti saya dapat berjumpa semula dengan awak, Tae.
-----
TBC646 words for this chapter!❤
huhuuu kenapaaaa laaa senang sangattt aku ni nangis woi! 😭 nyampah laaaa.
gais, kalau chap ni scene sedih tu tak sampai, maafin put yaa😭 guwe tauu guwe nggak bisa lakuin scene sedih kayak gini. cuma guwe aja yang nangis di sini.
selamat membaca!💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
Fiksi PenggemarPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...