mana nak dapat lelaki hensem cenggini eh? eh baru sedar diri sendiri tak lawa macam kentang HAGAHAHAHA hiks.
[ 23 votes + 24 comments ]
[ 8 tahun kemudian ]
⏭
<CHOI SEOYUN'S POV>
Klik!
Bibirku terukir senyuman kecil saat melihat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang makan aiskrim.
Pipi tembamnya sudah comot terkena aiskrim yang berperisa coklat itu.
Fotografi, bidang yang paling diminatinya sekarang.
Bila hatiku dipagut merindui dia di sana, aku mesti luahkan segala kerinduan aku dengan bergambar.
Pergilah ke kawasan yang tenang, pasti semua gambar akan ku abadikan di dalam kamera yang penuh dengan kenangan.
Titik pertemuan aku dengan Taehyung juga berpunca daripada bergambar.
Sweet kan? Hehe.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun. Akhirnya, sudah lapan tahun aku tidak berjumpa dengan Taehyung.
Jejaka itu sudah menukar nombor telefonnya. Jadi, kalau rindu aku akan bergambar dan melihat kembali semua koleksi gambarnya yang telah aku cuci lalu aku sematkan di dalam album istimewa.
Sekarang usia aku sudah menginjak 24 tahun. Taehyung pula sudah 25 tahun.
Rasa sekejap sangat masa berlalu. Hoseok pula sudah lama meninggalkan aku.
Jarak waktu Hoseok dan Taehyung pergi tinggalkan aku sendirian adalah sama. Selama lapan tahun aku kehilangan dua orang lelaki yang aku sayang.
Kalau Hoseok ada, pasti kami banyak menghabiskan masa sekarang ini.
Hyera?
Lepas dua tahun Taehyung pindah ke Australia dan aku pun sudah tamatkan pelajaran di Seoul Claster Highschool, aku mendapat berita bahawa Hyera meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Aku tak sangka, punca Taehyung kemalangan itu disebabkan Hyera juga. Mendiang mengupah pekerja keluarganya untuk memotong wayar brek kereta Taehyung.
Kalau tak disebabkan Hyera, mesti aku dah hidup bahagia dengan Taehyung.
Angin petang yang bertiup lembut membelai wajah serta rambut panjangku.
Pantai ini sering dikunjungi oleh aku tapi tempat yang biasa aku lepak agak jauh dari tumpuan orang ramai.
Batu-batu besar yang dipukul ombak itu menjadi tempat aku berdiri memandang laut yang terbentang luas.
"KIM TAEHYUNG! BILA AWAK NAK BALIK? SAYA RINDUKAN AWAK!"
Macam ni lah jadinya bila aku terlalu rindu pada Taehyung. Aku tahu rindu ni takkan terbalas, tapi tak salah kalau aku lepaskannya.
Menjerit? Jangan risau kerana tiada siapa yang perasan.
Jadi, aku buat tempat ni seperti ianya milik aku. Aku boleh lakukan segalanya sesuka hati aku.
"Aku Kim Taehyung. Kau siapa?"
••••
<KIM TAEHYUNG'S POV>
Setelah lapan tahun aku menetap di bumi Australia, kini aku kembali semula di mana tempat aku lahir.
Entah kenapa aku rindu sangat untuk ke pantai di Korea ini. Semuanya tak pernah berubah. Masih sama seperti kali terakhir aku pergi bersama mama dan papa.
Tapi disebabkan terlalu ramai orang di sini, aku berjalan mencari tempat yang terlindung dan sunyi tanpa ada orang.
Oh Tuhan, nikmatnya angin.
Namun, sepasang mataku terlihat seseorang yang sedang berdiri tidak jauh daripadaku sambil memandang laut di hadpannya.
Rambut gadis yang panjang itu berterbangan ditiup angin. Cantik sekali rupanya.
"KIM TAEHYUNG! BILA AWAK NAK BALIK? SAYA RINDUKAN AWAK!"
Aku terus memandang gadis tersebut.
Dia memanggil namaku.
Kaki terus melangkah mendekati gadis yang memakai baju kemeja berwarna merah tersebut.
"Aku Kim Taehyung. Kau siapa?" soalku sebelum gadis itu berpusing ke belakang.
------
TBC505 words for this chapter!❤
dah nak habis gaisss👏❤❤❤
uwuuwuw maaf kalau chapter ni tak best 🙁 put tengah sturggle nak complete kan ff ni taw 😭
harap uolls sukakannya!
selamat membaca!💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...