hai, kisah Tae dengan Seoyun dah sampai ke penghujungnya! doakan Tae bahagia dengan Seoyun!❤
[ 24 votes + 23 comments ]
[ 1 tahun 5 bulan kemudian ]
⏭
<CHOI SEOYUN'S POV>
Bunyi gelak tawa baby silih berganti dan suara Taehyung serta kawan-kawannya menjengah di telingaku.
Sudah hampir dua tahun aku melayari alam rumah tangga bersama photographer sekolah yang biadap dulu.
Kalau dah nama rumah tangga, mustahil lah tiada ombak yang membadai kan? Tak semua apa yang berlaku dalam alam ini indah belaka.
Kadangkala ianya pedih bagaikan terpijak ranau yang penuh dengan duri.
Tapi semua perkara itu mematangkan setiap pasangan yang melayari mahligai cinta.
Sunbae Seokjin, sudah pun memiliki tiga orang anak. Anak-anak lelaki itu semua menawan. Maklumlah, bapanya handsome kan?
Sunbae Yoongi masih lagi single. Siapa mahu interview diri segera! Kalau sunbae tu jumpa budak-budak, terus sifat swag dia tenggelam ditelan bumi.
Sunbae Namjoon, akan berkahwin tak lama lagi. Lima bulan sebelum perkahwinannya dia sudah memberi kad jemputan buat aku dan Taehyung. Nampak tak excitednya sunbae nak kahwin?
Sunbae Jimin, sedang dalam relationship dengan seorang gadis misteri. Tiada siapa pun yang tahu dengan siapa jejaka pendek itu bercinta.
Sunbae Jungkook dan isterinya, Putri, baru saja mendapat seorang bayi lelaki yang comel setelah hampir setahun mereka hidup bersama.
Lagipun, Taehyung bagitahu, Sunbae Jungkook juga ada menjalankan bisnes menjual susu pisang yang paling laris jualannya di Korea ini. Siap ada kilang lagi tau!
Cuma, Hoseok je tiada. Andai dia masih bernyawa sekarang ni, pasti anak dia dan anak aku membesar bersama.
Klik!
Klik!
"Tae! Sudah-sudah lah tu ambil gambar Hyunseo! Kesian dia."
Dari tadi, Taehyung tak habis-habis mengambil gambar anak mereka. Anak-anak Seokjin juga masih leka bermain dengan Hyunseo, anak perempuan aku dan Taehyung.
Taehyung dengan kamera berpisah tiada. Semoga anak kami nanti tidaklah kemaruk dengan kamera seperti papanya.
"Biarlah! Sibuklah sayang ni. Tahulah saya tak ambil gambar awak. Bluekk!"
Hmm, perangai masa sebelum kahwin dan selepas kahwin sama je. Tak pernahnya nak berubah. Asyik dia je yang nak menang!
Lantak awak lah, Taehyung.
"Sayang, comel kan anak Jungkook?"
Taehyung menuding jari telunjuknya ke arah bayi lelaki yang sedang lena tidur di pangkuan isteri Jungkook.
"Comel macam kita kan, chagiya?"
Jungkook mengenyitkan mata kepada Putri yang sudah tersenyum malu dengan usikan Jungkook tadi.
"Hah, nak membodek lah tu."
Bila dengar Taehyung puji baby, dah tahu apa yang lelaki itu mahukan.
"Kita tak nak buatkan Hyunseo adik ke? Nanti dia sunyi tak ada kawan." pujuk Taehyung agar aku membenarkan Hyunseo memiliki adik.
Bukan aku tak izinkan tapi...
"Yah! Awak ingat saya ni mesin ke apa? Hyunseo baru je enam bulan tau! Tunggulah dia dua tahun lagi."
Mengada betul suami aku seorang ni.
Taehyung mula merengek bagaikan anak kecil. Sengaja bibir merahnya dicebik bagi meraih perhatian aku.
"Lama lagi dua tahun tu, sayang. Tak boleh cepatkan sikit ke?"
Aku menggeleng kepalaku dengan laju. Sama sekali aku tidak membenarkan. Kesan sakit sewaktu melahirkan Hyunseo masih terasa lagi.
"Ah! Awak beranak sendiri!"
"Alaaa!"
"HAHAHAHA kesian hyung! Tengok Kook, boleh minta je." kata Jungkook dengan penuh bangga.
Tangan Putri pantas mencubit pinggang suaminya membuatkan wajah Jungkook berkerut menahan sakit akibat terkena cubitan yang berbisa itu.
"You jangan mengada eh! Kalau nak anak banyak-banyak tapi you tak nak jaga, siap you! I boikot bisnes susu pisang you!" ugut Putri lalu menjeling Jungkook dengan tajam.
"HUAAA! Okay okay! Jangan begitu, sayang!"
Aku gembira melihat suasana gembira ini.
Betul lah apa yang mama Tae cakap, kalau aku yakin Tae milik aku, pasti Tae akan kembali semula.
Kini, dia kembali ke dalam hidupku. Kehadirannya serta Kim Hyunseo, bidadari kami berdua menghiasi setiap hari yang aku dan Taehyung akan lalui.
Aku bahagia, terima kasih Tuhan!
📷 ❤ 📷
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
Fiksi PenggemarPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...