CHAPTER 21 🌺

1.4K 209 41
                                    

ini? HAAAA iniiii crush, boyfie, chuben, worldwide friend and semua lah :)) paling sayang after my lovely abah ❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ini? HAAAA iniiii crush, boyfie, chuben, worldwide friend and semua lah :)) paling sayang after my lovely abah ❤

[ 19 votes + 19 comments ]

[ Mirae's Boutique ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Puan Choi menilik gaun-gaun yang tersarung pada tubuh sebuah patung yang ada di dalam butik tersebut.

Kalau gaun dah macam nak pergi istana, confirm lah mahal kan harganya? Mustahil gaun secantik ini harganya murah.

"Yun nak warna apa?" tanya Tuan Choi yang berdiri di sebelah anak perempuannya.

Bahu Seoyun turut dipeluk.

"Yun tak tahu lah, appa. Semuanya cantik. Tapi, Yun tak nak." jawab Seoyun.

Tangannya menyentuh lembut kain gaun yang dipenuhi dengan manik berwarna putih itu.

"Cantik tapi tak nak. Macam mana tu?"

"Ye lah, mesti dress ni mahal. Yun tak nak susahkan appa."

Tuan Choi mengeluh perlahan. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

"Untuk anak appa semuanya boleh. Tapi, kita tempah hari ni, lusa nanti appa bayar sebab waktu tu appa dah dapat gaji." kata Tuan Choi.

Tangannya mengusap rambut Seoyun yang panjang mengurai dengan lembut. Demi anaknya, sanggup diberikan apa saja asalkan anak gadisnya itu gembira.

"Okay, thanks appa."

Seoyun menghadiahkan kucupan pada pipi Tuan Choi. Tiada apa yang dapat membalas semua jasa appa selain menyayangi lelaki itu dengan sepenuh hati.

Puan Choi membantu Seoyun memilih drees yang cantik untuk dipakai pada majlis penting itu nanti.

Setelah setengah jam memilih bagi menepati citarasa, akhirnya Seoyun jumpa dress yang memikat hatinya.

Tuan Choi menguruskan pembayaran yang akan dibayar lusa nanti di kaunter. Selepas selesai, mereka sekeluarga keluar dari butik tersebut.

Sebaik saja keluarga Choi keluar, seorang lelaki memakai t-shirt lengan panjang berwarna hijau masuk ke dalam butik.

Lelaki itu terus berjalan menuju ke kaunter.

"Saya nak buat payment untuk suit semalam." ujarnya.

Cashier itu mengangguk kecil lalu mengeluarkan resit bukunya dari dalam laci.

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now