kook jangan risau, put tak curang pun eheh. just suka je tengok muka si alien ni.
[ 23 votes + 21 comments ]
[ 2 bulan kemudian ]
⏭
<CHOI SEOYUN'S POV>
Sudah dua bulan berlalu, namun tiada perubahan atau tanda-tanda Taehyung akan sedar daripada koma.
Sejak itu juga, saban hari aku melawat dirinya di hospital. Sekolah? Memang lah, tapi hidup aku nampak lebih berserabut lepas apa yang jadi pada hidup aku.
Aku menjadi Choi Seoyun yang dulu, pendiam, tiada kawan, bersendirian.
Hoseok?
Dia ada.
Dia tunggu aku dekat atas sana.
Kadangkala, aku rasa bersalah kerana Hoseok pergi meninggalkan dunia ini hanya untuk selamatkan aku yang bersikap cuai.
Kalau aku pandang kiri kanan waktu melintas semasa Taehyung kemalangan dulu, pasti Hoseok masih ada untuk aku luahkan semua kesedihan yang aku tanggung sekarang ini.
Kini, aku tiada teman lagi. Semuanya bersendirian. Cuma, Sunbae Jungkook dan Sunbae Seokjin saja yang sentiasa menyapaku memandangkan mereka kawan rapat Taehyung.
Aku rindu dengan diriku yang sebelum ini.
Aku rindu dengan Hoseok.
Aku rindu dengan Taehyung.
Setiap hari apabila aku datang melawatnya, tiada ayat lain yang keluar dari bibirku selain menyuruhnya segera bangun dan mengatakan bahawa aku amat merinduinya.
Aku tak pernah jemu. Langsung tak pernah.
Aku tahu walaupun matanya masih tertutup, tapi telinganya mampu mendengar setiap bait kata-kataku.
Aku tak pernah bosan untuk mengelus tangan dan wajahnya dengan penuh lembut.
Bahuku disentuh dari belakang kemudian wajah Puan Kim yang tersenyum nipis itu aku pandang.
"Tabahnya kamu, sayang. Teruskan tersenyum kerana senyuman kamu membawa semangat buat Tae." ucap Puan Kim lalu mengucup kejap dahi anak terunanya.
Wanita itu, sikit pun tidak menyalahkan aku tentang apa yang telah terjadi. Malah dia turut sama memberi sokongan untukku agar aku kuat menempuhi semuanya.
Aku merasakan bahawa jari Taehyung yang aku genggam erat bergerak sedikit. Aku melihat lagi untuk memastikan ianya betul.
Ya, jari jejaka itu bergerak.
Aku tersenyum gembira.
"Aunty, Tae dah sedar!"
Puan Kim mengucapkan kata syukur buat Tuhan kerana memgembalikan semula anaknya yang sudah lama dalam lena.
Puan Kim memanggil doktor untuk memeriksa keadaan anaknya. Kuasa Tuhan, Taehyung sudah sedar daripada koma.
Dua bulan aku tunggu dengan penuh sabar. Kini hasilnya amat berbaloi.
"Puan, Cik, Taehyung sudah sedar sepenuhnya. Dia perlukan rehat dan jangan beri dia bergerak dengan terlalu banyak." kata doktor itu.
"Baik, doktor." jawabku dan Puan Kim serentak.
Doktor itu meminta diri dan keluar dari wad tersebut meninggalkan mereka bertiga di situ.
Puan Kim mendekati anaknya. Pipi Taehyung dicium berkali-kali.
"Mama...Tae r-rindu mama."
Itu ayat pertama yang dituturkan Taehyung setelah sudah dua bulan dia mendiamkan diri.
"Mama pun rindukan Tae, sayang."
Aku tersenyum melihat adegan ibu dan anak di hadapan ku ini. Besar betul pengorbanan seorang ibu kan?
Mata Taehyung mula beralih ke arah ku. Tapi pandangannya berbeza daripada pandangan yang selalu diberikan padaku dua bulan yang lalu.
Pandangannya kini agak tajam dan membuatkan aku takut untuk membalas renungan matanya.
"Tae, dah lama Seoyun tunggu Tae. Setiap hari dia datang teman Tae kat sini." beritahu Puan Kim.
Wanita itu menjadi saksi aku tersenyum dan menangis akibat merindui lelaki itu setiap hari.
Kening Taehyung berkerut.
"Seoyun?"
Ah, sudah.
"Y-Ya. Takkan Tae tak kenal? Jangan bergurau, sayang."
Aku dapat melihat sekilas lalu wajah Puan Kim mula dilanda rasa gusar saat wajah blur Taehyung memandang aku.
"Tae tak bergurau. Siapa Seoyun?"
Hati yang sentiasa berharap agar dia memelukku lalu membalas semua kata rindu yang aku tuturkan kini jatuh berkecai.
Aku tidak mampu menahan air mataku yang jatuh bagaikan empangan pecah sebelum berlari keluar daripada wad.
Aku sakit, Taehyung.
Kenapa?
Kenapa kau tak ingat aku?
-----
TBC586 words for this chapter!❤
hambar ke gais? maafkan put 😔
tak sangka en esok dah 2020. kejap je.
hm asal put nangis ni baca chapter ni? sendiri yang tulis sendiri yang nangis 😂
okaylah, selamat membaca!💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...