sekali pandang, memang boyfie material ni :( ❤
[ 20 votes + 20 comments ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
<CHOI SEOYUN'S POV >
Macam tak percaya je semalam yang aku banyak bergembira, tertawa dengan Taehyung.
Bagi aku, majlis prom night tahun ini amatlah bermakna kerana aku sudah tidak kesepian lagi.
Berterima kasih juga pada Kim Namjoon yang dengan bijaknya mengubah peraturan. Kalau tak, mesti aku sendu lagi sampai sekarang.
Sedar tak sedar, dah hampir lima bulan aku kenal Taehyung sejak jejaka itu memaki diriku dan Hoseok sewaktu dia mengambil gambar lima bulan lepas.
Rupanya, Taehyung tidak sekejam yang aku sangkakan.
Teddy bear yang terletak di tepi katil aku capai. Objek gebu dan lembut itu aku peluk sementara.
Tiba-tiba, hidungku menangkap satu bau yang paling aku gemari.
Yes, bau orang sedang membaking.
Teddy bear itu aku letakkan semula di tempatnya. Remote aircond dicapai lalu mematikannya agar tiada pembaziran berlaku. Selepas itu aku terus keluar turun ke bawah.
Eomma, tunggu Seoyun serbu dapur eomma!
Aku berjalan dengan penuh riang kerana nanti aku bakal mendapat habuan yang sedap untuk mengisi perut.
Kejap--
Aku ada dengar something. Let me guess.
Hurmm.
Aku bersembunyi di tepi dinding dapur. Mataku mengintai siapakah yang berada di dapur kini.
"Oh, Tae pun suka makan kek! Sedap!"
OH MAN HOLY S**T!
Bila masa pula mamat ni wujud kat rumah ni and lagi tepat, kat dapur eomma aku ni?!
"Hah, Yun! Tak payah nak menyorok sangat lah. Macam lah eomma tak tahu yang kamu mesti turun punya bila dah bau ni kan?"
Tekaan seorang ibu takkan pernah salah. Ye lah, anaknya sudah hidup selama 9 bulan di dalam rahimnya. Mustahil lah ibu tak tahu apa yang anaknya sukakan?
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanficPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...