this angel want to stole my hearteu, but Kook already take and share it with Joon. sorry babe!
[ 21 votes + 21 comments ]
[ Incheon Airport ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Puan Choi mengiringi anak gadisnya ke lapangan terbang sebelum dia terbang ke dunia Paris selama lima hari.
Tuan Choi dan Tuan Kim leka berbual sejak mereka berjumpa tadi. Dari dalam kereta sehingga tiba di airport, tidak berhenti berbual.
Masa berbaki lagi beberapa minit sebelum Taehyung dan Seoyun berlepas.
Semalam, keluarganya menghabiskan masa dengan membeli peralatan travel yang hendak digunakan Seoyun nanti.
Maklumlah, apabila sudah lama tidak bersiar di negara orang, barang pun entah ke mana.
Kali terakhir ke luar negara pun sewaktu usia Seoyun baru dua tahun.
Puan Choi lantas merangkul erat tubuh anak gadisnya. Lepas lima hari baru mereka akan bertemu semula.
Ibu mana yang tak sebak apabila meninggalkan anaknya jauh dari dirinya sendiri?
Seoyun turut mengalirkan air mata kerana selama 15 tahun dia hidup, tidak pernah lagi berjauhan dengan eommanya.
"Jaga diri ya, Yun. Nanti apa-apa terus call eomma atau appa. Jangan diam je." pesan tulus daripada seorang ibu buat anaknya.
Seoyun mengangguk lemah. Berat rasa hati mahu tinggalkan eomma di sini.
"Eomma pun, jaga diri baik-baik. Nanti Yun call eomma hari-hari eh?"
Seoyun cuba memujuk wanita yang sudah mengalir air matanya itu, namun dia juga turut menangis.
Puan Choi tergelak kecil lalu mengesat air mata Seoyun menggunakan ibu jarinya.
"Aigoo, janganlah nangis. Buruk dah."
Hmm, dah biasa HAHAHAHA.
Dia pandai cakap orang jangan nangis, diri sendiri pun dah berlinang air mata.
"Tae, jaga Yun tau."
Taehyung memandang Puan Choi sambil tersenyum. Jejaka itu menganggukkan kepalanya.
Pemberitahuan tentang penerbangan ke Paris sudah diumumkan. Suara itu diulangi sebanyak tiga kali bagi mengingatkan penumpang agar segera menuju ke pesawat.
Masa untuk mereka berpisah sementara telah tiba. Puan Choi memeluk Seoyun dengan lebih erat lagi. Begitu juga dengan Tuan Choi.
"Take care, sayang appa." ucap Tuan Choi dengan perlahan.
Dapat dilihat ada sedikit takungan air pada tubir mata lelaki itu. Sebak agaknya.
Seoyun sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi selain terus memeluk Tuan Choi dengan erat. Air matanya semakin laju mengalir.
Taehyung sudah menunggu Seoyun di hadapan.
"Dah, pergi. Tae dah tunggu tu." kata Tuan Choi.
Seoyun melepaskan pelukannya. Tangan eomma dan appanya dikucup sebelum berjalan menjauhi mereka di belakang.
Taehyung hanya senyum dan menghulurkan tangannya. Gadis itu mula memandangnya tajam.
"Kau tak payah nak pandang macam tu. Nanti kau sesat, susah pulak aku nak cari. Pegang je lah." ujar jejaka itu.
Suka betul ugut-ugut orang! Memaksa betul mamat ni!
Seoyun meletakkan tangannya di atas telapak tangan Taehyung dengan kasar. Taehyung mula menggenggam tangannya dan melambai ke belakang.
Mereka berdua terus berjalan mengikuti penumpang lain yang ingin bergerak ke destinasi yang sama.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
[ dalam pesawat ]
"Ermm, Tae?" panggil Seoyun perlahan. Bahu jejaka itu ditepuk.
Taehyung yang duduk di sebelahnya hanya memandang gadis itu. Seoyun duduk di tepi tingkap dan Taehyung pula duduk di sebelahnya.
"Saya lapar. Ada makanan tak?"
Taehyung membuka headphone yang dipasangkan di kepalanya lalu meletakkan benda tersebut di atas riba.
"Lapar?" tanya Taehyung.
Seoyun mengangguk laju.
"Kau kena tunggu dulu. Nanti ada pramugari hantar makanan. Boleh tunggu tak?" soal Taehyung lagi.
Bibir gadis itu sedikit muncung. Dia akhirnya menganggukkan kepala. Matanya mula digosok berkali-kali.
Seoyun cuba melentokkan kepalanya di tepi. Akhirnya, gadis itu terlelap jua. Seoyun tidak sedar yang sekarang ini dia sedang meletakkan kepalanya pada bahu Taehyung.
Jejaka yang leka mendengar lagu kini tersedar saat ada sesuatu yang menindih bahunya.
Rupanya, Seoyun sudah lena dibuai mimpi. Tadi baru kata nak makan. Belum makan dah tidur.
Dia tak mahu mengalihkan bahunya dari kepala gadis itu. Biarlah dia tidur dengan lena.
"Haih, dia ni. Kata nak tunggu, tapi dah membuta." kata Taehyung perlahan.
Taehyung tertawa halus sebelum dia melelapkan matanya sambil berpeluk tubuh.
-----
TBC622 words for this chapter!❤
aih, lambat nauu put nak update 😂 ni semua sebab Jungkook aaa. dia buat put broken, fangirling kat sini sebab tengok dia dengan budak perempuan tu.
aigooo dia comellaaa. dia terlalu comell. 😪❤
haa, okay ke idok? HAHA maaflah kalau bosan. pergi serang kook sebab semua ni salah kook HAGAGAGAG.
okaylah, selamat membaca!💜
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanfictionPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...