Pertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka.
❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
。゚•┈୨ 9 votes + 5 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Seoyun masih berdiri di tepi kawasan liar sekolah untuk menunggu bodyguardhandsome datang menjemputnya. Sebelum dia pulang semalam, Taehyung ada berpesan pada Seoyun dan dua orang bodyguardnya itu untuk mengambil Seoyun dan menghantar semula gadis itu pulang.
Seoyun memastikan kereta eommanya betul-betul sudah pergi jauh dari sekolah tersebut. Kalau tak, kantoi lah nanti. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya membuatkan Seoyun terjerit kecil.
Dia memusing ke belakang dan terlihat Hoseok tersenyum manis. Seoyun mengurut dadanya perlahan.
"Awak ni kenapa? Nak saya mati awal ke?"
Hoseok yang berada di sebelah dijeling tajam. Lelaki itu hanya tersengih. Sesekali Hoseok membetulkan rambutnya.
"Sorry. Kenapa awak tak masuk lagi?" soal Hoseok. Matanya memandang ke arah pintu pagar yang diawasi oleh dua pengawas lelaki.
"Saya tak ada kat sini selama seminggu." beritahu Seoyun.
Hoseok mengerutkan keningnya. Wajah selamba Seoyun dipandang tak berkelip.
"W-Wae? Awak nak pergi mana?"
Seoyun mengeluh perlahan. Dia berpeluk tubuh.
"Photographer biadap tu lah! Foodpoisoning sampai duduk seminggu dalam wad. Lepas tu, dia boleh pulak suruh saya jaga dia kat sana. Kalau tak dia report kat parents saya. Melebih je dia tu." ujar Seoyun. Bebola matanya digulingkan ke atas.
Setelah mendengar jawapan daripada Seoyun, Hoseok tergelak besar. Gadis itu memandang Hoseok bagaikan mahu menelan lelaki itu.
"Itu lah. Siapa suruh letak air paip and bagi kat dia? Saya cakap awak tak nak ikut. Tengok, siapa susah sekarang ni? Awak jugak tahu. Dah lah tak dapat belajar, kena pulak jaga dia."
Lagi terbakar Seoyun mendengar kata-kata Hoseok itu. Lelaki itu seolah-olah memenangkan Taehyung pula. Supportmember pun susah!
Tawa Hoseok mula reda kerana wajah Seoyun bertambah lagi masam mencuka. Tak sangka pula apa yang dia fikir kelmarin betul-betul terjadi.
"Hmm, tapi nanti bosan lah saya. Saya nak lepak dengan siapa?" nada suara Hoseok bertukar sayu.
Seoyun memandang wajah lelaki itu. Ayat yang dituturkan Hoseok sedikit meruntun sekeping hatinya. Di sini lelaki itu tidak punya kawan lain selain dirinya.
Macam mana lelaki itu pada waktu rehat nanti? Alaaa.
Sinar mata mendung Hoseok ditatap oleh Seoyun. Tangan gadis itu memegang kedua-dua belah pipi Hoseok. Seoyun membuat mimik muka comel.