CHAPTER 16 🌺

1.5K 230 76
                                    

hikshiks tae ni kiyott laaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hikshiks tae ni kiyott laaa. i kenot :( ❤ cowwy my kook ehe❤ kamuu lagi comel!

[ 17 votes + 16 comments ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Seoyun menutup pintu loker setelah barangnya telah diletakkan di dalam. Saat pintu loker sudah rapat tertutup, hampir saja gugur jantung Seoyun apabila melihat Taehyung bersandar tenang sambil memandangnya.

Namun, Seoyun tidak melayan jejaka tersebut. Kakinya terus melangkah dengan sedikit laju.

"Seoyun!"

Panggilan daripada Taehyung langsung tidak diendahkan.

"Yah! Seoyun-ah!"

Taehyung pantas mengejar. Jejaka itu menarik lengan milik Seoyun sehinggakan tubuh gadis itu terus berpusing menghadapnya.

"Apa dia?!"

Seoyun mengalihkan tangan Taehyung yang memegang lengannya dengan kasar. Wajah jejaka itu dijeling tajam.

"Bagi lah aku explain dulu." kata Taehyung yang sedang cuba mengatur nafasnya.

"Explain apa pulak ni?"

"Aku tak ada hubungan langsung dengan Hyera tu." katanya sambil memandang ke dalam anak mata Seoyun.

"So?" Seoyun menjongketkan keningnya.

"So....why kau jauhkan diri kau daripada aku?" soalnya.

Seoyun mengeluh perlahan. Rambutnya yang mengurai diselitkan di tepi telinga.

"Sejak bila pulak saya jauhkan diri daripada awak ni? Jangan perasan boleh tak?"

Gadis itu kini berpeluk tubuh sambil berdiri memandang Taehyung di hadapan.

"Habis tu, tadi kenapa lari?"

"Sebab saya tahu, nanti bila dengar awak membebel macam mak nenek, ambil masa sejam tau. Tu yang saya lari tu." jawab Seoyun dengan mimik muka selamba.

"Eh kau! Mana tau...kau cemburu ke bila ingat aku couple dengan Hyera kan?" usik Taehyung.

Seoyun menjulingkan kedua bola matanya ke atas sambil mulutnya dicebikkan.

"Cemburu? Never! Saya cuma tak nak dituduh sebagai perampas, pengacau hubungan cinta orang lain. Tu je." jelas Seoyun.

Taehyung berdiri sambil memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluarnya.

"Actually, Hyera tu sebenarnya ex aku." kata Taehyung.

"Jadi?"

"Heh, aku saja je nak bagitahu kau."

"Oh, okay. Saya pergi dulu." pinta Seoyun.

Tubuhnya dipusingkan ke belakang. Dia ingin berjalan tapi Taehyung dengan degilnya memegang tangan Seoyun.

"Apa lagi, Taehyung? Tak habis-habis lagi ke? Ya, saya tahu awak dengan Hyera tak ada apa-apa."

Dah agak apa yang Taehyung ingin katakan. Baik Seoyun cakap dulu.

"Bukan tu. Well, aku saja nak wish goodluck kat kau untuk exam akhir tahun ni sebab nanti aku busy dengan study. Mana tahu tak sempat jumpa kau. Anyway, goodluck! Aku tahu kau boleh berjaya! Ingat macam mana aku ajar tau?"

Taehyung mengenyitkan matanya berserta box smile yang ditayangkan di hadapan Seoyun.

Si alien ni macam Nescafè tau! 2 in 1. He's handsome, but in the same time he can being the cutest creature in the whole world.

"Oh. Awak pun goodluck jugak. Semoga dapat result yang bagus." itu saja yang mampu dibalas oleh Seoyun.

Taehyung ketawa. Tapi tawanya itu kedengaran seperti mengejek.

"Result yang bagus? Heh, tak payah cakap pun memang aku dah tahu. Well, takkan lah kau tak kenal aku kan?" kata Taehyung.

Sebelum jejaka itu beredar, dia sempat lagi mencuit lembut hidung mancung Seoyun dan tersenyum manis lalu dia berjalan pergi dari kawasan tersebut.

Seoyun memegang hidungnya yang dicuit Taehyung tadi. Satu senyuman terukir di bibir merah bak delima milik Seoyun.

Kenapa,

Aku rasa....gembira macam ni?

Gadis itu mula beredar dari situ dengan satu senyuman yang manis. Tanpa dia sedari, ada seorang manusia yang melihat segalanya dengan penuh rasa dendam dan benci.

Hyera menjerit perlahan. Pintu loker itu ditumbuk. Seketika kemudian, dia meniup-niup tangannya kerana sakit.

Sejak dari tadi, dia sudah lama memerhatikan Taehyung dan Seoyun di situ pada satu loker yang berada tidak jauh dari mereka berdua tadi.

Mujur dua manusia itu tidak perasan kerana Hyera melindungi wajahnya dengan pintu loker tersebut.

"Budak perempuan tu liat betul! Macam mana aku nak jauhkan Tae daripada dia eh?" katanya perlahan.

Hyera mula mencari jalan lain untuk jauhkan lelaki yang dicintainya daripada junior perempuan tersebut.

Rahangnya diketap kuat dan dia mula meninggalkan kawasan tersebut dengan penuh rasa marah buat Seoyun.

-----
TBC

621 words for this chapter❤

ingatkan nak update, tapi idea tak wujud pulak. chapter kali ni pendek je sebab idea limited laaa :)

takmampu dah nak korek idea dalam-dalam. so, hambar ke? kalau hambar put menang dah tau 😂 maaf tau 🙏

pada yang baca, thanks sudi vote and comment. terhibur baca setiap komen anda. takpe maki laa tae banyak-banyak. asalkan bukan Kook HHAHAHAHA😂❤

okay guys, selamat membaca!💜

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now