CHAPTER 7 🌺

1.8K 281 66
                                    

。゚•┈୨ 10 votes + 10 comments ୧┈•゚。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

。゚•┈୨ 10 votes + 10 comments ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Setelah beberapa hari Seoyun menjaga 'baby tua' itu di hospital, kini sudah tiba hari terakhirnya di sini. Esok, dia bakal bertemu semula dengan hidupnya seperti biasa.

Mereka keluar daripada kiosk hospital tersebut. Seoyun rasa nak sepak je lelaki yang sedang jalan dengan rasa tak bersalah di hadapannya itu kerana membiarkan Seoyun membawa semua plastik yang berisi makanan ringan serta air pelbagai jenis yang dibeli Taehyung seorang diri di belakang.

Suka lah dia tu, buat aku ni macam kuli, bibik dia kat hospital ni. Gedik melampau!

Haih, sabar Choi Seoyun.

"Taehyung, awak nak pergi mana?" tanya Seoyun dari belakang.

Taehyung hanya mendiamkan diri.

"Taehyung! Awak ni pekak ke apa?!" Seoyun menjerit memanggil lelaki itu kerana pertanyaannya tidak diendahkan.

Mujur orang sekeliling tak sibuk pandang Seoyun.

Taehyung masih lagi sama, bisu seribu bahasa. Seoyun rasa nak baling pasu bunga yang ada di sepanjang kaki lima tu kat kepala Taehyung.

"Eh, awak ingat saya ni bibik awak ke hah?! Berat tau bawak air yang awak beli ni! Nak beli botol besar je! Lepas tu, yang bawaknya saya, bukan awak!" Seoyun sudah mula membebel.

Bengkak hatinya melihat reaksi tunggul Taehyung itu. Dari hari pertama sampailah ke hari terakhir, lelaki itu tak pernah gagal dalam mencabar kesabaran seketul Seoyun.

Tak pernah lagi Seoyun jumpa lelaki gila macam tu!

Dari nak membebel lebih lagi terus tak jadi sebab reaksi Taehyung masih sama. Seoyun mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan hanya mengikuti Taehyung kemana dia pergi.

Lelaki itu membawanya ke sebuah taman yang ada di hospital tersebut. Ada beberapa kanak-kanak yang memakai uniform pesakit hospital sedang riang bermain bersama ibu bapa mereka di situ.

Mereka duduk di salah satu kerusi yang berada di sebelah pokok bunga mawar yang tumbuh mekar di situ.

"Aku nak air." minta Taehyung.

Tangannya dihulurkan tanpa memandang Seoyun yang berada di sebelah.

"Ambik lah sendiri. Ada je kat sebelah awak tu hah." kata Seoyun.

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now