CHAPTER 43 🌺

1.2K 169 13
                                    

eh Tae bagi love tu, taknak ambik ke? put nak ambik tapi put dah ada dua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

eh Tae bagi love tu, taknak ambik ke? put nak ambik tapi put dah ada dua. satu kook punya satu joon punya eheheh😂

anyone yang nak? sila lah ambil!

[ 23 votes + 22 comments ]

Tuan Kim menghirup air kopi yang disediakan Puan Kim tadi. Setelah itu, cawan yang dipegangnya diletakkan di atas meja kaca.

Puan Kim mengambil tempat lalu duduk di sebelah suaminya yang sedang leka menonton TV.

"Awak tak ngantuk lagi ke?"

Tuan Kim menggeleng perlahan.

Puan Kim hanya meng-oh-kan saja. Malas mahu banyak cakap. Tuan Kim meminta isterinya memberikan remote yang ada di atas meja.

Puan Kim mengambil objek tersebut lalu menyerahkannya pada Tuan Kim. Lelaki itu memperlahankan suara daripada TV.

"Awak tahu kan Somi tukar kerja?" tanya Tuan Kim.

Puan Kim mengangguk. Matanya memandang wajah Tuan Kim yang hendak memulakan perbualan itu.

Somi, adik kepada Tuan Kim yang baru berusia dalam lingkungan 30-an dan wanita itu bekerja sebagai pengurus syarikat.

"Dia dapat kerja kat Australia. Katanya sunyi tak ada sesiapa teman. Dia ajak keluarga kita sekali duduk dengan dia tapi awak tahu lah kan kerja saya macam mana? Susah nak pindah-pindah cawangan ni." keluh Tuan Kim.

Isterinya mengangguk lagi. Ada benar juga apa yang suaminya katakan itu.

Nak pindah pun kena banyak prosedur kena buat.

"Tak nak ajak Tae?" cadang Puan Kim.

Tuan Kim terdiam seketika. Kemudian kepalanya digeleng perlahan.

"Kalau kita ajak, dia nak ke? Lagipun Somi suruh duduk sana terus."

"Alaa, mana tahu ka--"

"Tae nak pergi."

Tuan dan Puan Kim terus terdiam sebaik saja Taehyung menuruni tangga dan menghampiri mereka berdua.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Tae nak pergi juga. Tae nak duduk dengan Aunty Somi."

Nada suara Taehyung kedengaran serius. Anak bujang mereka ternyata tidak bergurau. Taehyung memandang wajah ibu bapanya silih berganti.

"Tapi Tae belum--"

"Tae tak kisah. Tae nak pergi juga. Tae nak pergi jauh dari sini, hidup Tae serabut." bantah Taehyung.

Puan Kim terdiam lagi. Dalam beberapa saat dia mengeluarkan keluhan lembut.

"Tae pasti nak pergi? Mama tak nak Aunty Somi susah kalau Tae sakit kat sana?"

Puan Kim meragui dengan keputusan yang dibuat Taehyung sebentar tadi. Bimbang ianya menyusahkan pihak sebelah sana.

"Betul. Tae dah besar, mama. Nanti kalau sakit, pandai lah Tae cari klinik."

Senang je kau cakap, wahai anak. Bagi kau, memanglah dah besar dan boleh buat semuanya sendiri. Tapi seorang ibu mesti akan risau jika anaknya sedang sakit.

Puan Kim tidak boleh membantah lagi keputusan anak bujangnya itu. Mereka bersetuju untuk lepaskan anak mereka di bawah jagaan adik perempuan Tuan Kim.

"Biar je lah Tae pergi. Nanti kalau free, mama dengan papa datang sana."

Taehyung tersenyum dengan kata-kata Puan Kim.

"Ye lah, kalau Tae dah nak, mama dengan papa takkan halang. Nanti tiap-tiap bulan papa bank-in duit pada Tae." ujar Tuan Kim pula.

"Nanti papa call and bagitahu Aunty Somi. Kamu berdua berangkat ke Australia mungkin lusa atau tulat. Papa masuk tidur dulu."

Tuan Kim mula berdiri dan berjalan naik ke tangga meninggalkan ruang tamu lalu masuk ke dalam biliknya.

Puan Kim mendekati anaknya yang masih berdiri di hujung sofa yang didudukinya tadi.

"Tae tak nak duduk sini ke?"

"Tae rimas dengan semua orang termasuk Seoyun tu. Dia asyik-asyik cakap rindu kat Tae. Kalau Tae pergi Australia nanti tak ada lah Tae rimas dengan dia lagi."

Bibir Puan Kim terukir senyuman nipis. Dia menyuruh anaknya naik ke atas untuk tidur. Taehyung hanya menuruti arahan si ibu.

Haih, kalau Tae tahu Seoyun dah tempuhi banyak cabaran, mesti Tae terharu dengan kekuatan dia. Kesian kamu, Yun. Maafkan aunty, sayang.

-----
TBC

597 words for this chapter!❤

Bila put baca balik rasa macam nak tampor je si Taehyung ni HAGGAHAHAHA. geram angat 😂

hehe okay tak? huhu kalau hambar maafkan put. maaf sangat sangat 😔

okay, selamat membaca!💜

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now