CHAPTER 39 🌺

1.2K 170 40
                                    

even hari ni bukan birthday put, i dunno laa kenapa put rasa excited angat ❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

even hari ni bukan birthday put, i dunno laa kenapa put rasa excited angat ❤

[ 23 votes + 20 comments ]

"Kau pasti tugas kau tiada siapa yang perasan? Kalau kau kantoi, kau tahu nasib kau." ugut perempuan itu dengan keras.

Jari telunjuknya dituding di betul-betul hadapan dengan biji mata Do Yun. Lelaki itu teragak-agak menganggukkan kepalanya.

"T-Tapi Cik Muda, s-saya takut." kata Do Yun dengan tergagap.

Dia tak berani untuk memandang tepat ke arah wajah anak majikannya. Jadi, hanya dia menunduk saja menekur lantai.

"Tak perlu takut. Sampai bila kau nak jadi penakut? Kau kena berani, Do Yun." katanya dengan tegas.

Do Yun hanya mengangguk.

Kalau berani sepatutnya kau kena buat tugas ni dengan diri kau sendiri! Kau suruh aku berani sedangkan kau pun gunakan khidmat aku. Pengecut!

Do Yun menyumpah seranah perempuan yang berdiri angkuh di hadapannya kini hanya dalam hati.

Jikalau pangkatnya lebih tinggi dari perempuan tersebut, mahu saja dimaki perempuan yang dahagakan kasih sayang itu.

"Baik, Cik Muda. Saya pergi dulu."

Do Yun meminta diri untuk pergi dari situ. Menyampah bila lihat perempuan yang tak sudah-sudah memaksanya melakukan apa yang dia mahukan.

"Yuhuu, goodluck! Ingat, kalau kau berjaya, kekayaan menanti kau!"

Gembira saja suara perempuan tersebut. Dia melambai-lambai Do Yun yang sudah berjalan semakin jauh daripadanya.

Senyuman sinis tersungging di bibirnya.

"Soon, you will be mine my baby."

••••

"Tae, kau on the way ke?" tanya Hoseok perlahan melalui panggilan telefon.

"Ya. Wae?"

"Tak ada lah. Aku tanya je. Cepat sikit, sebab aku nampak dia dah mula bosan. Idea aku dah kering ni nak buat dia leka. Dah lah lawak aku hambar." kata Hoseok.

Matanya memerhatikan Seoyun yang sedang leka melihat pemandangan di sebelah kiri dan kanannya.

"Alaa kau buat je. Hambar tak hambar tu lain cerita. Kau cari lah topik untuk bersembang. Nanti dia leka lah tu. Dalam lima minit aku sampai."

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now