CHAPTER 12 🌺

1.7K 251 82
                                    

。゚•┈୨ 16 votes + 15 comments ୧┈•゚。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

。゚•┈୨ 16 votes + 15 comments ୧┈•゚。

。゚•┈୨ -tepi pagar sekolah- ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Seoyun mengerling jam yang terlilit di pergelangan tangan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul dua setengah petang. Namun, kelibat kereta Puan Choi masih tidak kelihatan.

Biasanya, waktu begini dia sudah berehat di dalam biliknya. Sesekali anak mata Seoyun memandang kiri dan kanan untuk melihat jika kereta Puan Choi tiba.

Hoseok pula, sudah lama balik sejak pukul satu tadi. Kini, hanya ada beberapa pelajar nerd yang sedang duduk berhampiran dengannya sambil tekun membaca buku.

Bahu Seoyun sedikit terhinjut tatkala ada satu tangan menyentuh bahunya. Dia segera berpaling ke belakang.

Taehyung tersenyum manis lalu memgambil tempat dan duduk di sebelah Seoyun. Airpod yang ada di telinganya ditanggalkan.

"Lambatnya kau balik? Biasanya waktu macam ni kau dah tak ada kat sini. Aku dah biasa balik lambat. So, tak pernah pulak nampak kau terpacak kat sini." ujar Taehyung. Dia memandang wajah seoyun sekilas.

Seoyun hanya mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa dengan kata-kata Taehyung.

Sedar bahawa tiada sebarang respon daripada Seoyun, Taehyung mengambil keputusan untuk memasang kembali airpod pada telinganya.

Tak lama kemudian, sebuah kereta jenama Honda Camry berwarna grey berhenti di hadapan mereka berdua. Taehyung bangun dan bergerak menuju ke arah kereta tersebut.

Jejaka itu masuk ke dalam perut kereta tetapi dia keluar semula dan menghampiri Seoyun yang sudah resah gelisah.

"Kau okay tak ni? Eomma kau tak ambil ke?" soal Taehyung dengan menjongketkan kening belah kanannya.

Seoyun mengangkat bahu.

"Kau nak stay sini?"

Seoyun diam.

"Kalau kau nak tahu, kat sini kan...ramai peragut, penculik, perogol dan macam-macam tau. Kau berani ke?"

Taehyung bertindak untuk sengaja menakut-nakutkan Seoyun yang sudah mula panik.

"Kalau tak, ikut aku hantar kau balik. Kalau kau okay nak stay sini, aku tak kisah. Tapi, if ada apa-apa jadi kat kau, jangan salahkan aku sebab aku dah inform awal-awal."

I Snap You! | TaehyungWhere stories live. Discover now