omaigod! aqoee tak kuwatttt :((
[ 22 votes + 20 comments ]
[ DAY 1 ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Taehyung dan Seoyun berjalan di kaki lima hadapan beberapa buah kedai yang berderet di situ.
Mereka berdua ingin mencari tempat untuk bersarapan. Maklumlah, kali terakhir makan waktu di flight. Lepas tu, terus tak makan sampai sekarang.
Taehyung melihat kedai-kedai di situ.
Nasib hotel yang ditempahnya semalam berdekatan dengan kedai-kedai. Jadi, tiada masalah baginya untuk pening mencari kedai yang dimahukan.
Matanya terpandang satu papan tanda yang tergantung pada salah satu kedai tersebut.
Blé Sucre
Taehyung mengajak Seoyun untuk masuk ke dalam kedai tersebut. Rupanya kedai itu menjual pelbagai roti. Terutamanya croissant.
"Kita makan roti je?"
Taehyung meletakkan kameranya di atas meja yang sudah diduduki oleh mereka.
"Habis tu? Ini bukan Korea, bangun pagi makan nasi goreng kimchi." bidas Taehyung lalu bergerak untuk mengambil beberapa croissant yang dilambakkan pada tempat khasnya.
"Eee, menyampah betul!" marah Seoyun perlahan. Tak mahu Taehyung mendengari caci makinya buat jejaka itu.
Taehyung yang berdiri membelakangkan dirinya dijeling sebelum berjalan untuk mengambil croissant di situ.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Perjalanan mereka ke tempat yang ingin dilawati oleh Taehyung mengambil masa selama 6 minit daripada kafe tersebut.
Mereka menggunakan perkhidmatan teksi kerana lebih cepat masanya berbanding dengan berjalan kaki.
Cuaca agak mendung dan tenang pada hari itu. Sesekali angin meniup lembut membuatkan rambut panjang Seoyun beralun ditiup angin.
"Hah, kau tahu ni tempat apa?" tanya Taehyung sebaik saja mereka berdiri di hadapan sebuah pintu gerbang yang cukup besar.
Di sekelilingnya terdapat ukiran yang terlalu cantik.
Seoyun kagum melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya dengan wajah yang teruja.
YOU ARE READING
I Snap You! | Taehyung
FanficPertemuan secara tidak sengaja antara Choi Seoyun dengan seorang photographer sekolah yang hot meletup kebabooom, Kim Taehyung pada mulanya menyulam rasa benci dan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam diri mereka. ❁ཻུ۪۪⸙· Choi Seoyun ft. Kim Taehyun...