bab 1

380 28 0
                                    

Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam melalui sebuah lorong dibelakang deretan kedai lama. Dirinya mengukirkan senyuman kecil sendiri. Dia berasa puas apabila tugasannya dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat dengan cemerlang sekali. Sudah tentu pelanggannya berpuas hati dengannya.

Motornya yang disimpan disalah satu kedai lama disitu dihidupkan sebelum mula memecut laju membelah jalan raya.

Bagi dirinya dia sudah biasa dengan pekerjaannya itu sejak kematian ommanya lagi. Sehinggakan dia sudah mahir. Menjadikan hatinya sudah mati dengan belas kasihan.

~~~

Pelanggan vvip yang duduk dihadapanku mula mengeluarkan sebuah sampul berwarna coklat miliknya sebelum diletakkan betul - betul dihadapanku. Aku tersenyum.

"Di dalam sampul ini terdapat beberapa maklumat penting tentang beberapa manusia yang kau perlu selesaikan. Biar pupus seluruh keturunan yang telah menghancurkan kebahagiaan aku. Tapi ingat, aku tak mahukan kepantasan, tapi yang terbaik." Kata pelanggan vvip ku itu. Aku tersenyum lalu mengangguk memberi kepastian. Pelangganku itu tersenyum puas. Mungkin puas melihat aku yakin dengan tugasan aku kali ini dan mungkin juga puas hasratnya nanti bakal tercapai.

Aku mengambil sampul itu lalu melihat sedikit ini didalamnya. Aku tersenyum.

"Saya akan lakukan yang terbaik. Jangan risau." Kataku dengan yakin sebelum berjabat tangan dengannya. Pelanggan aku itu tersenyum gembira.

"Bagus. Tapi ingat, tugas kau mungkin mencabar kali ni. Sebab tu aku ada sediakan hadiah untuk kau." Katanya sebelum memanggil pembantunya yang mula datang mendekati meja makan kami dengan sebuah bagasi berwarna hitam lantas diletakkan disebelahku.

Aku memandang bagasi itu dengan sebelah mata melalui cermin mata hitamku. Bibirku mengukir sebaris senyuman.

"70% daripada ialah pendahuluan selebihnya bonus. Bakinya selepas kau selesaikan semuanya. Macam mana?" Ujar pelangganku lagi. Aku tersenyum. Nampak gayanya makan besar aku dibuatnya. Aku mengangguk setuju.

"Saya setuju." Dia ketawa kegembiraan. Begitu juga aku.

"Saya minta diri dulu." Kataku sebelum mengambil sampul yang diberinya kemudiannya memasukkannya ke dalam jaket kulitku. Bagasi yang dihadiahnya itu ke sorong pergi dari situ.

Nampak gayanya ada satu tugasan penting aku perlu selesaikan. Yang mungkin berat bagiku. Tapi aku pasti dapat lakukan yang terbaik. Bukan sehari dua aku sudah buat pekerjaan ni.

Kaki ku mula melangkah keluar daripada hotel mewah tadi sebelum menghempas diriku di atas seat ferariku. Badanku terasa penat. Lesu. Banyak kerja aku lakukan harini. Badanku direhatkan seketika di atas seat pemandu dambil mata tertutup.

Namun baru beberapa minit aku mahu merehatkan badanku, satu mesej masuk ke dalam telefonku membuatkan aku membuka mata kembali. Aku melihat pesanan rungkas tersebut sebelum menutup telefonku dengan keadaan pasrah.

Segera ku tekan pedal minyak dan memecut laju keluar daripada situ. Perutku juga perlu diisi sesuatu. Dan menjadi kebiasaanku tidak akan makan bersama klienku mahupun pelangganku.

Flashback

Seorang budak lelaki berusia 9 tahun terjaga daripada tidurnya apabila terdengar guruh yang kuat berdentum diluar rumahnya. Dia memegang selimut yang menyelimuti tubuh badannya dengan erat. Takut menyelubunginya. Hujan yang lebat membasahi bumi diselang - selikan dengan bunyi dentuman guruh sungguh membuatkan dia makin dalam ketakutan. Biasanya pada waktu ini ada ommanya yang setia memeluknya menenangkannya. Memberikan pelukan hangat kepadanya. Tapi jasad orang yang paling disayanginya tiada disisi.

Dengan perlahan - lahan dan berhati - hati dia turun dari katil ommanya menuju ke pintu bilik yang dibiarkan renggang sedikit.

"Abang mengaku je lah yang abang ada perempuan simpanan kan?" Aku terkedu. Appa ada perempuan simpanan?

"Kalau aku ada perempuan simpanan pon apa masalah dengan kau hah?!"

Aku nampak appa mula memukul omma sebelum omma mula terbaring kaku disebuah sudut dengan darah yang mengalir pekat. Aku mula ke belakang. Takut.

Aku mahu sahaja lari masuk ke dalam selimut semula namun mataku ternampak sesuatu yang berkilat.

"Appa buat apa dengan omma?" Tanyaku dingin. Appa mula panik.

"Appa cuma... appa... arhhhh!!!!" Terbaring kaku appa disitu. Air mataku mulai mengalir.

"Omma..."

"Dua orang ditemui maut dalam kejadian rompakan itu. Walau bagaimanapun polis masih tidak dapat mengenal pasti identiti perompak berkenaan..."

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now