Gelak ketawa serta gurauan manja mereka berdua tidak pernah lekang daripada terus menjadi peneman mereka sepanjang perjalanan mereka pulang dari Pulau Jeju ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi rasa cinta serta sayang mendalam di dalam hati masing - masing.
"Oppa ni sudah lah buat saya ketawa. Senak perut saya ketawa. Kesian baby dalam perut ni." Adu perempuan dengan nada manja sebelum tangannya mulai mengusap perutnya yang makin membesar. Sempat lagi singgah pukulan lembut dibahu lelaki itu. Namun lelaki itu hanya tersenyum. Gembira baginya dapat bergurau senda dengan kekasih yang dicintai setulus hatinya itu.
"Yelah nanti yang lawak ni lah awak rindu..." usik lelaki itu. Lantas bahunya dipukul lembut perempuan itu sekali lagi. Bibirnya tersenyum. Walaupun matanya tetap fokus ke arah jalan raya yang agak bengkang - bengkok dihadapan, tapi diaudut pandangannya dia nampak yang buah hatinya tersenyum malu. Comel.
Tapi seketika kemudian kereta mereka mulai menjadi sunyi. Tiada suara mahupun gelak ketawa daripada tempat duduk sebelahnya itu lagi. Lelaki itu memandang ke arah teman wanitanya yang mendiam sedang menunduk.
"Chagiya, are you okay?" Tanya lelaki itu dengan nada yang agak risau. Risau juga jikalau teman wanita itu sakit mahu bersalin ke apa. Namun pertanyaannya disambut dengan gelengan daripada wanita yang dicintainya itu. Hanya senyuman yang diberikan.
"Oppa... kalau saya tiada nanti oppa jangan sedih eh. Janji yang oppa akan selalu buat lawak dan ketawa macam sekarang." Kata perempuan itu tiba - tiba. Lelaki itu terkaku seketika. Pandangannya dialihkan melihat teman wanitanya itu seketika. Baginya dia masih tidak menghadam mahupun menerima apa yang didengarnya tadi. Hatinya pedih, sedih.
"Chagi, kenapa cakap benda bukan - bukan ni hmm? Jangan cakap macam tu." Katanya dengan nada yang agak bergetar. Entah kenapa hatinya disimbah dengan rasa sedih serta - merta. Tambah lagi melibatkan soal kematian.
"Oppa, jebal janji dengan saya." Dia mengeluh perlahan. Rayuan itu sumpah menyentuh hatinya. Sedaya upaya dia cuba menepis segala rasa yang mula bercampur dalam fikirannya. Gila kalau dia mahu katakan yang dia mahu berpisah perempuan yang amat dicintainya. Dia mahu hidup dengan perempuan yang dicintanya sepanjang hayat.
"Oppa janji, Lia" tangan mereka berpegangan erat.
"Jangan fikir sangatlah, chagi. Yang penting oppa dan chagi serta anak kita akan hidup hidup bersama selamanya." Lelaki itu memberikan semangat kepada Lia yang berada disebelahnya. Sesekali wajah Lia ditatapnya sekilas sebelum memandang ke hadapan semula. Lia tersenyum. Namun senyumannya tak lama. Kendur kembali.
Entah kenapa dirinya rasa bagaikan akan ke tempat yang jauh selepas ini, berjauhan dengan kekasih hatinya disebelah ini.
"Hujung minggu ni kita dah boleh tahu jantina baby kan? Oppa temankan chagi okay?" Kata lelaki itu dengan nada separuh gembira. Lagipun dia mahu menukar angin di dalam kereta tadi menjadi lebih menggembirakan. Lagipun tak sabar baginya mahu mengetahui jantina anaknya. Mahu membeli barangan kepada anaknya nanti. Sungguh dia tak sabar.
Lia tersenyum sebelum mengangguk. Mahu sahaja lelaki itu melompat kegembiraan.
"Oppa janji lepas sahaja chagi bersalin, kita kahwin. Kita hidup sama - sama dengan anak kita." Kata lelaki itu dengan teruja. Genggaman tangannya dieratkan. Mahu sahaja tidak mahu dilepaskan. Mereka berdua tersenyum.
Bahagia sangat.
Namun disudut hati Lia merasakan sesuatu.
Maafkan, Lia.
Dan mungkin kita hanya mampu merancang...
Pooonnn....
Mereka berdua berpandangan ke hadapan sebelum mendapati sebuah kereta datang dari arah bertentangan sebelum merempuh kenderaan mereka.
"Lia! Bangun Lia!" Hanya itu yang aku dapat dengar sebelum mataku mula dipejam rapat selamanya.
×××
Hey guys! Welcome back!
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Misteri / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...