bab 21

93 9 0
                                    

Dear Hana,

Mungkin waktu Hana baca ni oppa mungkin berada di alam yang jauh daripada Hana, daripada semua orang.

Oppa nak minta maaf atas apa yang berlaku. Ya, ini semua salah oppa. Kalau tak disebabkan oppa semua ini takkan terjadi sampai begini. Oppa minta maaf sangat sebab telah mengecewakan Hana, adik yang selama ini oppa sayang sangat. Oppa minta maaf sangat sebab tak pernah ambil kesah terhadap perasaan Hana. Maafkan oppa kerana tidak dapat menjaga mama dengan baik.

Memang, sejujurnya oppa agak terkilan dengan mama. Oppa terkilan mama cuba menyindir oppa. Namun tak pernah walaupun sedetik oppa pernah terdetik untuk nak apa - apakan mama apatah lagi membunuhnya. Memang oppa mahukan jawatan papa, namun takkan tergamak oppa mahu lakukan semua itu. Lagipun oppa percayakan Hana. Hana boleh lakukan lebih baik daripada oppa.

Hana nak tahu tak apa yang berlaku pada malam itu? Malam tu oppa bangun sebab lapar. Oppa tak jamah sedikit pun makanan pada makan malam. Apa salah oppa bangun tengah - tengah malam makan ramyeon? Ya, salah sebab oppa tak pernah bagitahu Hana. Salah oppa sebab membuatkan Hana salah faham. Malam tu disebabkan oppa bangun untuk makan, oppa ternampak pintu sliding terbuka. Niat oppa mahu menutup sahaja namun oppa jumpa mama, tidak sedarkan diri. Oppa terkaku. Terkilan sebab oppa tak dapat berbaik dengan mama, bercakap mahupun minta maaf dengan mama buat kali terakhir. Malah oppa marah mama sebab cuba sindir oppa pada malam itu. Oppa terkilan. Oppa nak jelaskan semua ini, namun mungkin terlambat.

Oppa cuma terkilan kenapa tiada siapa sayangkan oppa lagi, percayakan oppa lagi seperti dahulu. Hana pon sekarang dah bencikan oppa. Oppa cuma sedih. Sedih sebab oppa terpaksa luangkan masa yang mungkin masa terakhir oppa bersama dengan Hana dengan cara tidak baik. Oppa tak pernah salahkan sesiapa. Oppa yang salah sebab selama ni tak pernah buat Hana bahagia. Oppa minta maaf.

Oppa minta maaf atas segalanya. Terima kasih atas segalanya selama ini. Oppa sayangkan kita semua. Mama, papa dan Hana. Oppa sangat sayang. Oppa hanya ada keluarga kita untuk oppa percayai walaupun sekarang oppa sudah hilang kepercayaan itu. Namun oppa harap bila oppa tiada nanti, Hana jaga diri baik - baik.

Air mataku mengalir lebat. Tidak ada apa - apa lagi yang mampu ku ucapkan untuk menggambarkan diriku kini. Hatiku bagaikan dicarik - carik. Terlampau jahatkah diriku ini?

Aku mengambil helaian yang terakhir sebelum ku sambung baca lagi. Air mataku diseka daripada terus mengaburi pandanganku.

Ada satu perkara yang Hana perlu tahu. Kematian keluarga kita sebenarnya dirancang, Hana. Ya, oppa baru tahu semua itu. Kematian misteri papa dan mama ada kena mengena. Tapi oppa tak tahu siapa dalangnya. Oppa minta maaf. Tu yang sebenarnya oppa nak sampaikan sejak dahulu lagi. Tapi tak kesampaian.

Satu sahaja oppa nak pesan. Tak semua orang yang kita boleh percayai, ingat tu. Hana jaga diri. Hati - hati di sana. Jangan risau oppa ada di sini setia menemani papa dan mama. Oppa minta maaf sebab tak dapat temankan Hana di sana. Jaga diri baik - baik. Jangan sedih - sedih. Hana kuat. Oppa sayang Hana. Maafkan oppa. Oppa terpaksa pergi.

By, your oppa.

Helaian yang terakhirnya itu membuatkan hatiku sakit teramat bagaikan ditikam berkali - kali. Pedih dan sakitnya aku untuk menerima hakikatnya bahawa oppa ku sudah tiada. Yang ada kini hanyalah surat - suratnya. Yang meninggalkan kesan yang mendalam buatku. Namun disebalik kesedihanku, aku merasakan sesuatu sepertia ada perkara buruk yang akan berlaku. Hatiku kurang senang.

Papa dan mama dibunuh? Oppa? Dan aku?

Aku melangkah masuk ke dalam bilikku dengan perlahan tanpa mahu mengeluarkan sebarang bunyi langsung. Aku tidak mahu mengejutkan Jimin daripada tidurnya yang tampak nyenyak sekali. Punggungku mahu didaratkan di atas tilam terhenti apabila telefon milik Jimin tiba - tiba berbunyi. Secara spontan aku terkerling ke arah telefon milik Jimin yang diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil.

Klien psj is calling...

"Klien ni lagi? Dia buat apa call Jimin tengah - tengah malam macam ni? Apa dia nak?" Bisikku tetapi hanya di dalam hati. Aku pelik. Dah beberapa kali aku melihat orang yang sama menelefon Jimin pada waktu yang tak kena.

Baru sahaja aku mahu berspekulasi lebih, Jimin yang tadi tidur nyenyak terus bangun dek bunyi telefonnya itu. Dia mencapai telefonnya lantas merengus marah dengan perlahan. Telefonnya pantas sahaja disenyapkan sebelum meletakkan balik ke tempatnya. Aku memandangnya pelik sebelum dia juga terpandang ke arahku.

"Kenapa tak angkat?" Tanyaku kepadanya. Dia hanya diam. Tidak menjawab soalanku terus malah dia terus memusingkan badannya membelakangiku. Badannya dibalut dengan selimut semula.

"Tak penting." Balasnya pendek dengan nada yang agak malas.

Aku pandang ke arah telefonnya yang telah gelap itu semula. Pelik.

Siapa psj?

A/N: again, who is psj?

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now