Kereta ku dipandu masuk ke dalam sebuah petak parking. Kelam kabut aku keluar daripada kereta untuk mendapatkan Hana dilobi yang dari tadi menungguku.
Aku berlari anak memasuki lobi syarikat tersebut. Dari sudut pertama lobi yang aku jumpa sampailah keseluruhan lobi aku cari namun hampa. Batang hidung Hana pun aku tak jumpa.
Mungkin dia masih berada dia atas kot..." fikirku sebelum mula melangkah ke lif untuk ke biliknya namun dua susuk manusia membuatkan langkahku mula terhenti. Badanku terdorong ke belakang menyorokkan diriku di sebalik dinding berdekatan pintu lif.
Aku mengecilkan mataku.
Ianya Hana dan seorang lelaki. Lelaki yang aku nampak semasa majlis pengkebumian papa Hana haritu. Yang... boleh simpulkan kelihatan agak rapat dengan Hana sekarang ini.
"Kawan dia ke? Ke... teman lelaki dia?" Gumamku keseorangan. Mataku masih menatap mereka berdua dari jauh. Sedang bergelak ketawa serta tersenyum - senyum.
Segalanya mula bermain difikiranku. Dia buat apa dekat situ? Lelaki tu siapa yang rapat sangat dengan Hana? Kenapa lelaki tu dekat situ? Apa yang mereka berdua borakkan bersama? Rapat sangat ke mereka?
Kalau boleh aku mahu sahaja terjah mereka berdua yang sedang bermesra - mesra disitu tanpa segan silu namun ku tahan. Entah hati aku, berasa agak tak suka melihat Hana berduaan dengan lelaki itu. Hatiku terasa bagaikan panas. Mahu sahaja ku bunuh lelaki yang senang - senang sahaja mengorat Hana sesuka hati. Kalau nak, langkah mayat aku dahulu!
Eh, aku ni dah kenapa?
Rasa tak puas hatiku makin membara apabila melihatnya dengan Hana. Siapakah dia? Penting sangat ke dia dalam hidup Hana?
Jap, jangan kata aku ni cemburu. Tak, aku cuma tak suka. Salah ke kalau aku tak suka? Tak kan?
Aku mulai menghampiri mereka berdua yang sedang tersengih - sengih bersama. Didehemkan sedikit supaya mereka berdua sedar akan kehadiranku. Mereka berdua mula memandang ke arahku.
"Eh awak bila sampai? Tak nampak pun tadi." Tanya Hana. Aku memandang ke arah lain sebelum memutarkan bebola mataku tanda menyampah.
"Dah kau sembang rancak dengan mamat taguna tu memanglah tak nampak aku." Kataku tapi hanya di dalam hati lah. Nanti dia fikir aku cemburu susah pulak. Aku cuma benci dia dengan lelaki tu je.
"Tak lah lama sangat." Kataku dengan nada malas. Aku hanya memandang ke arah Hana yang berada dihadapanku. Baut apa nak pandang mamat tu kalau aku lagi kacak?
"Oh lupa nak kenalkan, awak ni kawan baik saya, Taehyung." Kata Hana cuba memperkenalkan kawannya itu. Aku memandang 'kawan baiknya' itu sebelum memaparkan senyuman plastik paling murah kepadanya. Yelah kang dia kata aku ni sombong pulak lepas tu pergi hasut Hana bukan - bukan.
Taehyung menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dan menyambutnya.
"Taehyung, Kim Taehyung."
"Park Jimin, suami Hana." Balasku dengan senyuman sinis. Saja aku kenalkan diri aku dengan title 'suami Hana'. Baru dia tahu aku siapa.
"Jom kita pergi makan." Ajak Hana kepadaku. Aku tersenyum kepadanya sebelum memegang tangan Hana mengajak Hana pergi dari situ dengan cepat. Hana hanya tersenyum gembira sebelum melangkah mengikutiku. Sempat lagi aku memberikan senyuman sinis kepada lelaki yang bernama apa tadi, Teh? Teh hyung?
"Siapa si Taehyung tu?" Tanyaku dengan nada dingin. Makanan yang dipesanku dibiarkan tidak terusik. Aku hanya menanti jawapan daripada Hana. Hana mengangkat mukanya memandangku. Tangannya yang sudah bersedia memegang chopstick diletakkan kembali.
"Ouh. Dia kawan saya. Anak kawan papa." Jelas Hana. Patutlah boleh mengada sangat, anak kawan papa rupanya. Ceh!
"Hana rapat sangat ke dengan dia?" Tanyaku dengan nada sinis pula kali ini. Menyampah pula bila teringatkan si Teh tu bermesra - mesraan dengan Hana tadi.
"Ermm... rapat jugaklah. Kawan baik kan. Sejak kecil lagi kami berkawan. Jadi memang rapat jugak lah. Kenapa?" Jawabnya dengan senang, mudah dan lancar sahaja baginya. Geram pula aku dibuatnya. Siap boleh soal lagi aku kenapa. Tentulah aku tak suka.
"Tak adalah... saja tanya." Tapi yang ni yang meluncur keluar daripada mulutku. Dia kembali menyambung hasrat menjamu seleranya yang tergendala tadi. What? Bukan nak pujuk aku ke apa?!
"Awak sembang apa dengan dia? Rancak nampak. Siap gelak ketawa lagi..." kataku dengan nada tidak puas hati. Dia yang tengah makan memandang ke arahku sambil mengunyah makanan yang disumbatkan ke dalam mulutnya itu.
"Tanya khabar macam tu je. Lepas tu dia ucapkan takziah. Eh jap, macam mana awak tahu? Awak dah lama ke dekat situ? Kenapa awak tak datang je terus dekat saya?" Tanya dia yang mula meletakkan chopsticknya di atas mangkuk nasinya dan mengfokuskan pandangannya kepadaku. Nadanya sedikit berbaur tidak puas hati. Aku mengangkat kedua - dua bahuku.
"Bolehlah lama jugak. Saja tak nak ganggu awak bersembang dengan 'kawan' awak tu. Lagipun tak salahkan saya bagi peluang? Ke dia lebih istimewa daripada yang saya tahu?" Balasku sinis cuma menekankan perkataan 'kawan' dia tu. Sempat lagi aku cuba memancingnya. Dia mengecilkan matanya sebelum tersengih kepadaku.
"Ehh... awak... cemburu eh?" Tembaknya. Cih lain yang dipancing aku pula dipancing.
"Mana ada lah! Merepek!" Nafiku. Betul lah, aku cuma tak suka je. Apa masalah dia nak tuduh aku?
"Yeke?" Tanya dia masih tidak percayakanku. Aku membuat muka menyampah.
"Kalau awak lambat saya tinggalkan awak dekat sini sorang - sorang." Ugutku dengan nada yang tegas sebelum dia mula cepat - cepat menghabiskan makanan dia. Tahu takut. Tuduh lagi aku bukan - bukan.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Misteri / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...