"Setelah apa yang berlaku, saya cuma mahu awak selamat. Biarlah saya tak selamat asalkan awak bawa anak kita jauh dari sini. Saya sayangkan awak, Hana." Kata Jimin dengan nada yang sayu setelah menceritakan apa yang berlaku kepada dua orang manusia dihadapannya, Hana dan Taemin. Taemin hanya tenang sahaja mendengar namun tak bagi Hana. Hatinya masih tidak dapat menerima semua ini.
"Siapa nak percaya cakap awak, pembunuh?!" Kata Hana dengan suara yang lantang. Hampir terkejut Taemin disebelah dibuatnya. Tetapi Jimin hanya diam sahaja, dia sudah mengagak situasi begini. Dia cuma kesal dengan dirinya.
"Hana... please kali ni saja percayakan saya, kita pergi jauh dari sini. Dekat sini dah tak selamat bagi kita." Pujuk Jimin lagi namun hanya diendahkan oleh Hana sekian kalinya. Hanya Taemin yang fokus dengan apa yang Jimin cuba sampaikan tadi.
"Maksud kau, Park Seojun tu akan datang cari kita?" Tanya Taemin yang hanya mendiam sejak dari tadi lagi. Jimin mengangguk perlahan. Hatinya teruk dicuit rasa risau. Dia tahu yang kliennya itu akan membawa konco - konconya membunuh orang yang disayanginya dan itulah yang dirinya risau.
"Taemin, kau pon percayakan apa dia katakan?!" Marah Hana kepada Taemin apabila mendengar Taemin merespon dengan apa yang Jimin katakan. Taemin memandang Hana sebelum mengangkat kedua - dua bahunya.
"Hana, nak tak nak kau memang dalam bahaya! Anak kau tu, kau nak ke dia dibunuh?! Tak nak kan!" Kata Taemin dengan nada yang tegas namun masih dalam nada yang dikawal.
"Biarlah! Biar dia mati sekali dengan aku. Biar dia boleh berjumpa dengan atuk dengan nenek dia. Tak payah jumpa orang tak guna macam dia ni!" Sembur Hana begitu saja. Jimin menggeleng laju. Sungguh dia tidak mahukan perempuan dihadapannya meninggalkannya.
"Hana... jangan macam ni please... biar dia habis jelaskan semua ni please..." Taemin cuba memujuk.
"Hana, mereka semua tu dah bunuh Minho hyung tau. Dan lepas ni saya yakin awak pula jadi sasarannya. Please Hana dengar cakap saya, kita lari dari sini. Kita bina hidup baru." Kata Jimin lagi. Kali ini lebih tegas daripada yang tadi.
"Hidup baru? Dengan kau? Jimin kau berangan sajalah!" Hana makin melenting. Dia memeluk tubuhnya memandang ke arah lain mengelak daripada terus memandang ke arah Jimin. Hatinya tidak boleh, tudak boleh menerima meskipun dia tahu ada kejujuran serta ketulusan kata - kata Jimin tersebut.
"Hana, dah lah tak baik tau cakap dengan suami kau macam tu." Kata Taemin cuab memujuk Hana daripada terus begini.
"Habis selama ni dia baik sangat ke dengan aku? Tak kan." Balas Hana. Taemin hanya memandangnya tajam. Namun tidak bagi Jimin, suasana di ruang makan itu terasa ada sesuatu yang asing baginya. Seperti ada seseorang memerhatikan mereka.
Prangg...
"Jap... korang ada dengar sesuatu tak?" Segalanya menjadi senyap sepi apabila Jimin bertanyakan soalan tadi. Mereka masing - masing mencari apa yang Jimin katakan tadi. Taemin menggeleng.
Jimin terus bangun dari tempat duduknya tadi menuju ke arah bunyi yang didengarinya tadi.
"Hyung jagakan Hana sekejap, Jimin pergi tengok siapa tu eh." Pesan Jimin sebelum terus bangun menghampiri pintu sliding tadi.
"Huh ada apa Jimin?" Tanya Taemin yang masih lagi duduk di ruang makan. Jimin tidak mengendagkan kata - kata Taemin itu sebaliknya membuka pintu sliding tadi perlahan - lahan. Dijenguknya untuk melihat gerangan siapakah tadi.
Namun apa yang dia dapat hanyalah pasu yang sudah pecah disitu serta sebuah swimming pool di sana.
"Woi! Kau siapa hah? Keluarlah!" Kata Jimin dengan lantang. Matanya masih tercari - cari kot kot orang dirasakannya tadi masih berada di situ namun hampa.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...