bab 25

92 9 0
                                    

Segala yang ada di dalam perutku dikeluarkan berkali - kali dengan paksa sehingga yang tinggal hanyalah cecair putih ubat serta air kosong. Kakiku melangkah berat sebelum badanku yang kepenatan dan kelesuan dilemparkan di atas sofa. Kepalaku yang sedikit berpijar ku picit perlahan - lahan. Pagi ini sahaja hampir lima kali aku berulang - alik ke tandas memuntahkan segalanya. Aku penat.

Tapak kaki kedengaran menapak masuk ke ruang tamu tersebut membuatkan badan segera menegak namun agak lemah sedikit. Mungkin badanku terasa agak lesu yang bukan boleh dibawa berlakon lagi.

"Sayang okay? Nak saya bawakkan awak ke klinik?" Tanya Jimin dengan nada risau sambil melihat segenap tubuhku yang masih terdampar lesu. Aku menggeleng perlahan.

"Saya okay. Awak pergi lah kerja nanti lewat pula lagipun harini ada mesyuarat dengan klien kan?" Kata cuba memujuknya. Dia mengangguk namun wajahnya masih memaparkan perasaan risau.

"Awak betul - betul okay ni hmm? Dah berapa kali dah saya nampak awak masuk tandas. Kalau awak tak okay, saya boleh bawakkan awak pergi klinik." Kata Jimin lagi namun aku masih menggelang. Dia mengeluh perlahan.

"Tak. Tak apa awak pergilah kerja. Saya okay. Cuma pening sikit saja ni. Nanti saya makan ubat okay lah, jangan risau." Kataku cuba menyakinkannya. Dia tersenyum kelat sebelum mengangguk. Kakinya melangkah perlahan menuju ke pintu diikuti aku.

"Tapi ingat, kalau ada apa - apa call. Jangan angkat berat - berat kesian dekat baby. Kalau sakit bagitahu cepat - cepat tau." Pesannya. Aku hanya mengangguk. Cuba tersenyum walaupun tekakku terasa mual kembali.

Pintu ditutup rapat sebelum dikunci rapi olehku. Niatku ingin berehat sebentar menonton televisyen tergendala apabila tekakku meminta mengeluarkan sesuatu dalam kadar yang segera. Pantas kakiku melangkah menuju ke tandas dengan penuh berhati - hati sebelum kembali mengeluarkan segalanya.

Mukaku dibasuh sebelum menutup pili paip sinki tersebut. Pantulan wajahku dalam cermin ditenung lama. Pucat.

Kakiku melangkah perlahan menuju ke ruang tamu semula terhenti ambila aku terlihat sesuatu di atas meja makan.

"Ni bukannya kunci rumah Jimin punya ke?" Kata aku sendirian sambil memegang kunci milik Jimin tadi. Mungkin dia tertinggal sewaktu hendak keluar tadi. Aku mencapai kunci tadi sebelum melangkah ke sofa ruang tamu untuk duduk berehat semula. Namun baru beberapa saat aku melangkah, loceng rumah berbunyi beberapa kali memaksa aku bangun semula.

"Jimin patah balik nak ambil kunci kot." Fikirku sebelum mula mencapai kunci tadi dan berlari anak menuju ke pintu. Aku mendekati pintu pagar automatik yang sudah dibuka luas olehku tadi sebelum pandanganku difokuskan kepada seseorang. Dia tersenyum manis melihat aku mula menghampirinya.

"Taehyung... awak buat apa dekat sini?" Tanyaku dengan nada datar. Sedikit dingin sejak kejadian haritu berlaku. Dan sejak daripada itu jugalah, hubungan kami berdua terasa asing. Kekok. Dia hanya tersenyum sebelum mendekatiku.

"Awak okay? Kenapa tak pergi kerja?" Tanya Taehyung. Aku mengangguk.

"Saya okay. Awak tu buat apa dekat sini? Dah lewat dah ni." Kataku kepadanya dengan nada yang serius. Yelah dah lewat dah ni nak masuk pejabat apa pulak dia buat dekat sini?

"Saya dapat tahu yang awak tak masuk pejabat harini, sebab tulah saya singgah tengok awak. Awak tak sihat ke?" Tanya dia dengan agak prihatin. Namun tidak lagi bagi aku. Ianya terasa kekok, tidak seperti dahulu lagi. Ianya lain.

"Saya okay. Awak tak perlu risau. Yang awak patut risaukan sekarang awak dah lambat, Taehyung." Kataku lagi cuba memanis kata menyuruhnya pergi daripada kediamanku ini. Takut - takutkan Jimin berpatah balik dan tersalah anggap tentang kami lagi.

"Alah... kan boss saya dekat depan mata sekarang ni apa yang perlu saya risaukan." Katanya dengan selamba membuatkan aku agak geram. Dia tidak sepatutnya boleh mengambil ringan tentang displin kerja.

"Taehyung, tak bolehlah macam ni..." Kataku kepadanya. Dia tergelak melihat aku serius mungkin.

"Hana, saya cuma risaukan awak. Awak nampak tak sihat. Pucat je. Saya bawakkan awak pergi klinik eh?" Ajak dia. Aku menggeleng. Segera diriku di undurkan ke belakang. Aku memeluk tubuh memandangnya dingin.

"Saya dah ada suami, Taehyung. Awak kena faham semua tu. Dan saya okay. Awak tak perlu risau tentang saya." Kataku. Dia memandangku lama sebelum menggeleng tidak puas hati. Dirinya kembali mendekatiku.

"Heh suami kau pun tak ambil kisah tentang kau. Dia tak cintakan kau pon, Hana. Entah - entah dia tinggalkan kau nanti." Katanya sinis. Aku memandang tajam ke arahnya. Kepalaku yang sakit kini tidak lagi sakit namun kini tinggal kepala yang membahang menahan geram. Tak. Dia bukannya Taehyung yang selama ini aku kenal, dia orang lain. Taehyung tidak pernah bersikap begini.

"Taehyung... saya rasa baik awak pergi kerja sekarang." Kataku dengan nada yang tegas. Dia mengangkat kening.

"Awak halau saya?" Tanya Taehyung sinis.

"Tak cuma aku rasa baik kau yang tinggalkan dia." Tiba - tiba suara Jimin muncul dari arah belakang Taehyung membuatkan aku sedikit terkejut. Agak terkejut. Paling mengejutkan, dia menyambung perbualan kami tiba - tiba.

"Taehyung, baik kau balik. Please..." kataku kepada Taehyung sebelum dia tersenyum sinis kepada kami berdua. Dia mula melangkah masuk ke dalam keretanya. Memecut laju meninggalkan kami.

Kini tinggal aku dan Jimin sahaja yang tinggal. Aku pandang Jimin kembali. Jimin memandang aku dengan pandangan dingin. Aku mulai gugup.

"I can explain."

A/N: bab semakin panas? Hehe. Stay tune. Saya akan habiskan dalam masa pkp ni jugak okay :^)

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now