"Arrhhh!!!" Aku terjerit apabila bahuku dipegang seseorang dari belakang. Mataku dipejam rapat sebelum suara yang aku amat kenali mengetuk gegendang telingaku. Aku membuka mata sebelum wajah yang amat ku kenali menerpa di dalam pandanganku.
"Taehyung! Kau ni buat aku terkejutlah." Marahku lantas memukul lengan Taehyung dengan geram. Macam mana tak geramnya mati - mati aku fikir ada penjahat nak apa - apakan aku tadi.
"Sorrylah buat kau terkejut. Tak ada lah, aku panggil kau lama tadi kau bukannya nak dengar sebab tu aku datang." Jelasnya. Dia mengambil tempat duduk disebelahku sebelum memandangku kembali.
"Ouh ye eh? Sorry aku tak perasan. Aku tadi... aku..." kataku dengan teragak - agak. Aku tak pasti sama ada mahu beritahunya pasal tadi namun perkara tadi sungguh mengganggu fikiranku.
"Kau okay? Kau... ada apa - apa nak bagitahu aku ke?" Tanya dia dengan nada yang risau. Matanya memandang tepat ke arahku menunggu jawapan daripadaku. Aku hanya menggelang.
"Tak. Tak ada apa - apa. Aku okay." Jawabku cuba menafikan yang apa yang sebenarnya yang ku rasa. Dia memandang aku dengan riak tidak percaya.
"Tak. Kau tak okay. Kenapa ni? Kenapa kau sorang - sorang dekat sini?" Tanya dia lagi. Belum lagi aku mahu berkata apa - apa Taehyung sudahpun memintas kata - kataku.
"Mana suami kau, Hana? Kenapa dia tinggalkan kau dekat sini seorang diri?" Tanya Taehyung dengan nada risau.
"Tak. Tadi dia... ada hal..." kataku dengan teragak - agak. Takkan nak kata Jimin sakit perut pergi tandas kot nampak tak beradab sangat. Tapi dah aku duduk depan tandas ni sudah tentulah aku sedang menunggu Jimin ke tandas.
"Kalau orang tangkap kau ke, buat apa - apa dekat kau macam mana? Kan bahaya." Katanya prihatin. Aku hanya tersenyum tak tahu nak kata apa.
"Aku okay je. Jangan risau." Balasku cuba menyakinkan dia bahawa aku sememangnya okay disini.
"Aku teman kau. Ke... kita jalan - jalan?" Cadang Taehyung namun mendapat gelengan daripadaku.
"Tak apalah. Aku tak nak susahkan kau. Lagipun... aku tengah tunggu Jimin keluar. Dia suruh aku tunggu." Kataku menolak permintaannya dengan penuh berhemah. Dia menggeleng. Tanganku dicapainya sebelum diusap lembut olehnya membuatkan aku sedikit terkejut dengan tindakannya itu.
"Kau betul - betul sayangkan dia ke Hana? Kau cintakan dia?" Tanya Taehyung tiba - tiba. Aku terkedu. Tak menyangka pula dia akan bertanyakan soalan begini kepadaku.
"Kenapa kau tanya macam tu, Taehyung?" Soalannya dibalas pertanyaan daripadaku kembali.
"Jawab soalan aku, Hana." Katanya dengan nada yang sedikit tegas. Wajahnya tampak agak serius daripada biasa.
"Aku... aku tak pasti, Taehyung. Tapi mungkin aku aku sudah jatuh cinta dengan dia." Kataku jujur. Jujur aku juga tidak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya pada dia. Namun apa yang aku tahu, makin hari hatiku makin terpaut dengannya.
"Tapi dia? Dia cintakan kau? Kau juga tak pasti kan?" Tanya dia lagi. Aku terdiam. Ya, sejak aku kahwin dengan Jimin jujur aku tidak pernah dengar ungkapan cinta daripadanya. Hanya pujian mahupun panggilan manja sahaja yang selalu meniti di bibirnya.
"Mungkin dia baru mahu saling mengenali antara satu sama lain jadi... yeah dia mungkin perlukan masa untuk semua itu." Balasku cuba memberikan alasan yang agak kukuh kepadanya. Sebab aku juga merasakan perkara yang sama. Tak semudah itu kau dapat selesa dengan persekitaran yang baru, apatah lagi teman hidup kau yang kau tidak pernah kenal selama ini.
"Then kau juga kan? Aku kenal kau lama, Hana. Kau bukan senang nak terima orang baru dalam hidup kau." Katanya lagi. Kali ini dengan alasan yang agak kukuh. Namun aku tetap pada pendirian aku. Pendirian aku masih kukuh sejak aku memutuskannya lagi.
"Tapi dia suami aku, Taehyung. Dan dia papa kepada anak dalam kandungan aku sekarang ni. Walau apa sekalipun aku akan cintakan dia. Itu keputusan aku." Kataku pula. Dia terdiam buat seketika. Namun beberapa saat selepas itu dia memandangku semula.
"Bukankah lebih baik kalau kau pilih orang yang sudah lama kau kenal..." katanya dengan nada yang perlahan, namun cukup buat aku dengar dengan jelas.
"Kenapa kau tanya macam ni? Kau tak pasti Jimin dapat bahagiakan aku?" Tanyaku dengan nada sedikit kecewa. Kecewa kerana dia bagaikan tidak menyokong diri mahu mengecapi kebahagiaan bersama Jimin. Dia memandang ke arah lain sebelum mrnjawab lagi.
"Sebab aku tak pasti dia akan cintakan kau macam aku cintakan kau selama ni. Aku tak pasti dia dapat jaga kau macam aku jaga kau selama ni." Aku memandangnya dengan riak tidak sangka. Tidak sangka itu yang terkeluar daripada mulutnya. Aku sungguh tidak menyangka bahawa persahabatan kami selama dianggap istimewa baginya.
"Kau sukakan aku?" Tanyaku dengan berhati - hati. Dia hanya terdiam. Beberapa saat kemudian dia mengangguk lemah. Namun aku dengar ada keluhan perlahan daripadanya.
"Tu pun kalau kau tunaikan hasrat aku." Katanya dengan nada kecewa. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Hakikatnya aku juga tak mampu menunaikan hasratnya itu.
"Aku dah kahwin, Taehyung. Kau faham kan apa yang aku rasa..." kataku kepadanya dengan nada yang serba salah. Serba salah aku untuk memberitahunya yang persahabatan yang terjalin antara aku dan dia hanyalah sekadar abang dan adik.
"Habis tu kau pernah faham apa yang aku rasa?" Tanya dia dengan sedikit emosi. Aku memandang ke hadapan. Tak sanggup untuk aku bertentang mata dengannya.
"Taehyung... aku..." aku mahu katakan perkara yang sebenar, namun ianya tersekat - sekat dan teragak - agak menyebabkan dia lebih pantas memotong kata - kataku.
"Aku boleh jaga kau, Hana. Anak kau pon. Aku lebih faham kau. Dan kau pon sudah tahu, bukan? Aku lebih kenal kau. Aku boleh bahagiakan kau lebih daripada dia lakukan." Kata Tehyung cuba menyakinkanku lagi. Aku hanya diam. Ya, memang aku tahu dia memahami segalanya tentangku, namun perasaan aku tak pernah ada untuk dia. Hati aku, sudah jatuh pada Jimin.
"Kau pasti?"
Ianya Jimin, memandang dingin kepadaku.
A/N: Taehyung sukakan Hana ataupun mempunyai agenda yang tertentu.
Siapakah yang mengikuti Hana?
Stay vote and comment :>
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Gizem / Gerilim"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...