Selesai sahaja kami memasak, kami mula menghidangkan makanan di atas meja makan. Di rumah kami saja tidak mahu letakkan maid untuk memasak. Hanya ada maid disebelah siang untuk mengemas rumah sahaja. Jadi mama lah yang selalu menjadi chef.
Makanan sudah tersedia, tinggal dua orang lelaki kesayangan sahaja tidak lagi tersedia. Aku memandang sekeliling mencari Jimin. Masih tidak turun. Sama juga dengan oppa. Mungkin mereka ada hal yang perlu diselesaikan di atas.
Aku memandang kerusi yang selalu di duduki oleh papa. Kalau lah papa masih ada, sudah tentu papalah orang pertama yang akan turun ke bawah untuk menjamu selera sebaik sahaja makanan sudah tersedia. Dan dia jugalah akan memanggil aku untuk turun makan malam bersama apabila aku sibuk menyiapkan kerja.
Namun papa sudah tiada, aku kena terima realitinya itu.
Jimin menarik kerusi disebelah ku lalu duduk. Aku memandangnya yang baru turun tadi. Dia hanya diam. Mukanya seakan menahan serabut memikirkan sesuatu.
"Sorry saya lambat sikit, jawab panggilan tadi." Kata Jimin dengan nada yang agak rendah. Cukup kami berdua sahaja yang dengar. Aku pelik, kalau ada orang telefon saja mesti selepas tu dia tampak serabut. Dia ada masalah ke?
"Awak okay?" Tanyaku kepada Jimin dengan menggunakan nada yang dia gunakan tadi. Dia memandangku kembali sebelum tersenyum. Cuba meyakinkan aku yang dia ok.
"Baguslah sekarang Hana dah ambil alih syarikat tu, bertambah majulah syarikat tu lepas ni." Puji mama tiba - tiba ketika kami sedang asyik menjamu selera. Aku pandang kemudian pandang oppa dekat sebelah mama, muka dia nampak terus tidak berselera apabila mama bula membuka topik tadi.
"Tak lah mama, Hana bukanlah pandai sangat nak uruskan syarikat papa tu. Tapi Hana akan berusaha untuk lakukan terbaik." Kataku kepada mama. Mama menggeleng.
"Kamu tu rajin bekerja, selalu tolong papa uruskan syarikat. Lagipun kamu tu dah lama kerja dengan papa, sejak dulu lagi. Bukannya bekerja dengan orang lain." Kata mama yang cuba menyindir oppa. Aku cuba pandang oppa walaupun sekilas. Aku nampak oppa sudahpun terhenti daripada terus menjamy selera. Aku tahu sejak oppa gradute universiti, oppa tak pernah bekerja dengan papa. Namun tak perlulah menyingkirkan oppa macam tu je, tak perlulah menyindir oppa. Aku rasa dia lebih layak untuk semua ni.
"Mama..."
"Huh kalau mama harapkan abang kamu tu je tak adanya nak jadi apa - apa syarikat papa kamu tu, takut bankrap je lah." Kata mama cuba menyindir lagi. Kali ni aku lihat oppa cuba mengawal kemarahannya daripada mula meletus. Aku berharap sangat mama berhenti menyindir oppa.
"Hana makan banyak - banyak eh Hana perlukan tenaga yang cukup untuk bekerja esok." Ucap mama lagi. Kali ini mama mengambil pinggan berisi lauk kegemaran oppa lalu meletakkannya dihadapanku.
"Habiskan semuanya, esok kamu ada mesyuarat kan?" Kata mama. Aku mengangguk. Namun mataku masih memandang ke arah oppa sebelum dia mula menghempaskan chopsticknya dia atas meja. Amarahnya sudah tidak terkawal lagi.
"Mama, boleh tak kalau jangan bawa masukkan hal kerja di rumah? Kita tengah makan kan?" Kata oppa dengab nada yang agak meninggi. Dia memandang makanan dihadapannya dengan tidak berselera. Aku mengeluh perlahan. Aku faham perasaan oppa.
"Tak yang kamu nak sibuk hal omma ni kenapa? Kamu cemburu?" Kata mama cuba menghangatkan lagi bicara. Aku memandang mama dan oppa silih berganti.
"Mama, apa bendanya yang Minho nak cemburu. Yelah memang Hana pon yang lebih layak nak buat macam mana? Tapi yang mama tak habis - habis nak menyindir Minho ni kenapa?" Balas oppa, memandang mama dengab kecewa disudut pandangannya.
"Kamu terasa ke? Opss... memang patut kot mama rasa. Lagipun kamu tu pemalas, bukannya macam Hana." Kata mama dengan sinis cuba membalas. Minho memandang ke arah lain cuba menenangkan dirinya daripada terus bergaduh dengan mamanya itu.
"Mama... apa mama sakit hati sangat dengan Minho? Selama ni mama suruh Minho ambil bidang Minho tak suka, Minho ikut saja. Apa lagi mama tak suka?" Tanya oppa dengan nada yang kesal. Nadanya sedikit merendah berbanding yang tadi.
"Mama tak suka kamu makin melawan." Balas mama dengan nada tegang. Bunyi tolakkan kerusi membuatkan semua mata beralih ke arah Jimin disebelahku pula. Masing - masing terdiam apabila mendengar tolakkan kerusi yang agak kuat bergesel dengan jubin lantai rumah tersebut.
"Saya dah kenyang, saya naik ke atas dulu." Kata Jimin sebelum menunduk hormat melangkah pergi dari ruangan tersebut. Hanya mataku yang menghantar dirinya yang semakin menghilang daripada pandanganku.
"Minho malas nak bergaduh, mama. Kalau itulah yang terbaik buat mama, mama buatlah. Minho dah penat." Kata oppa sebelum dirinya pula menghilang. Aku mengeluh berat.
~~~
Jimin masuk ke dalam bilik sebelum menutup rapat pintu biliknya itu. Fikirannya runsing, serabut.
Beg kecil miliknya diambil dan diseluk ke dalam. Satu pek ubat di ambil olehku sebelum ditelan menggunakan air yang tersedia di atas meja kopi di dalam bilik itu. Badannya direhatkan di atas katil. Kepalanya yang berdenyut - denyut dipicit perlahan. Nampaknya dia perlukan rehat.
~~~
Kakinya melangkah ke bawah mahu mengambil ubat sakit sendinya terhenti apabila dia terdengar seseorang berbual.
Dia menolak pintu sliding yang sudah rengang sedikit. Suara seseorang berbual makin jelas dipendengarannya.
Rahangnya terbuka luas.
A/N: hohoho mangsa seterusnya? Hehe. Guess siapa yg bercakap tu?
Btw don't forget to vote and comment okay ♡
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...