Badanku terasa agak lemah. Kepalaku kembali berdenyut - denyut. Pening, sakit. Penglihatanku yang mulai kabur ku gosokkan mataku berkali - kali. Cuba digagahkan juga memandu sampai ke rumah. Aku melihat Hana disebelah, masih termenung. Aku pandang ke hadapan kembali. Pedal minyak ku tekan sedikit demi sedikit memecut laju membelah lebuh raya dihadapan.
"Awak lapar? Kita boleh singgah kedai makan." Kata Hana setelah lama dia mendiamkan dirinya.
"Tak. Awak lapar ke?" Tanyaku kembali. Mataku masih difokuskan ke hadapan. Bukannya aku tidak mahu memandang ke arahnya, cuma kepalaku sekarang terasa amat berat sekali untuk ku alihkan.
"Taklah sangat. Tak apa nanti saya boleh pesan delivery datang rumah. Awak pon boleh rehat." Aku hanya terdiam. Tak mampu nak bersuara mahupun membantah dalam keadaan sebegini.
"Awak okay?" Tanya Hana setelah beberapa minit hanya berdiam sepi. Dia memegang bahuku namun ku tepis tangannya dengan lembut daripada bahuku.
"Sakit kepala sikit." Jawabku ringkas.
"Kalau macam tu jom kita pergi klinik. Saya drive." Cadangnya namun aku menggeleng.
"I just need some rest." Balasku dengan nada yang rendah. Kepalaku makin lama makin mencengkam. Stereng kereta ku pegang sekuat - kuatnya menahan ianya terus mencengkam kepalaku.
~~~
Turun sahaja dari kereta, Jimin terus melulu naik ke bilik. Mungkin dia mahukan rehat. Lagipun dia kelihatan tidak sihat.
Rumah ini ku pandang sekilas. Kosong. Terasa asing sangat bagiku apabila kedua - dua insan yang menyerikan rumah ini sudah tiada.
Kelibat Minho oppa ku cari namun gagal. Mungkin dia masih belum pulang. Lagipun kasutnya juga tidak ada.
Jariku lincah menaip sesuatu di skrin telefonku sebelum aku masukkan ke dalam beg tanganku semula. Kakiku mula melangkah naik ke bilik.
Aku menolak sedikit pintu bilikku sebelum kakiku mula melangkah masuk ke dalam. Terpapar tubuh Jimin yang sudah berbalut selimut di atas tilam.
Aku mula mendekatinya sebelum duduk disebelahnya yang membelakangiku. Belum sempat aku mahu meletakkan tapak tanganku di atas dahinya berniat ingin merasa suhu tubuh badannya tangannya sudah menahan tanganku daripada menyentuh dahinya.
"Saya okay, cuma tak sihat sikit. Don't worry, okay." Katanya sebelum melepaskan tanganku dan menyelimuti tubuh badannya semula. Peluh tampak jelas di dahinya walaupun aircorn sudah dipasang di dalam bilik itu.
"Awak dah bersihkan diri kan?" Tanyaku hanya untuk memastikannya apabila melihat bajunya sudah berganti dengan yang tadi. Dia mengangguk perlahan dalam keadaanya yang masih membelakangiku.
"Nanti saya bawakan makanan dengan ubat dekat awak ya. Saya baru pesan makanan delivery tadi." Kataku kepadanya. Tiada sahutan daripadanya. Aku menenungnya lama sebelum bangun lalu ke bilik air ingin membersihkan diri.
~~~
Aku tidak dapat tidur. Kepalaku yang masih berdenyut kuat memaksaku terus berjaga walaupun diriku beberapa kali memaksa mata dipejam buat seketika. Aku dengar bunyi pancuran di dalam bilik air sudah berhenti.
Hana keluar daripada bilik air dengan hanya memakai bathrobe sebelum mula mencari baju untuk dipakai. Dikeluarkan bajunya satu persatu. Lama sehinggakan aku boleh memerhatikan dia tanpa dia sedar. Mungkin dia fikir aku sudahpun lena.
Dia memakai baju t-shirt belang hitam putih miliknya sebelum aku dengar pintu bilik dibuka dan ditutupnya perlahan.
Huh, dah kenapa dengan aku ni? Aku mesti lupakan semua itu!
Mahu sahaja mataku tertutup rapat tetapi terbantut apabila pintu bilik mula kedengaran dibuka dari luar. Derapan tapak kaki semakin dekat kedengaran menghampiriku sebelum bahuku disentuh oleh manusia tersebut.
"Awak, bagunlah saya ada bawakkan makanan dan ubat untuk awak. Awak bangun, makan nanti kita boleh makan ubat. Nanti awak sihat. Bangunlah." Kata Hana cuba mengejutkan aku yang dari tadi sudah lama terjaga. Aku mengalihkan badanku mengadapnya.
"Awak tinggalkan lah makanan tu dekat sini dengan ubat sekali. Nanti saya makan." Kataku. Dia hanya tersenyum, setuju dengan cadanganku sebelum dia meletakkan satu dulang yang berisi makanan serta segelas air kosong dan ubat di atas meja sebelah katilku.
"Lagi satu, saya nak keluar boleh? Dengan Taehyung kawan saya tu. Sekejap sahaja, nanti saya balik." Pintanya. Aku memandangnya lama. Lama bagi aku untuk menghadam segala permintaannya itu.
"Aku lebih tahu segalanya tentang kau berbanding orang lain, sebab selama ni kau dengan aku, dan bukannya suami kau. Kau pon tahu kan?" Kata - kata itu sekali lagi berlegar - legar difikiranku. Kata - kata itu bagaikan menyedarkan aku ke alam realiti. Aku tahu aku bukannya sesiapa baginya sebelum ini. Dan aku bukannya yang selama ini mengetahui segalanya tentangnya. Mungkin aku perlu berikan peluang kepadanya. Bersama dengan orang yang lebih mengenalinya dan bersamanya sejak dahulu.
Sebab aku tahu, jikalau aku terus begini aku takut kami mula mencintai. Dan aku paling takut, dia akan dilukai dikemudian hari.
"Tapi kalau awak tak izinkan... saya tak kis-"
"Saya izinkan. Pergilah. Mungkin dialah terbaik untuk lebih memahami awak." Potongku dengan nada yang direndahkan pada ayat yang terakhir. Hana tersenyum sebelum mengusap bahuku lembut.
"Makan lepas tu jangan lupa makan ubat. Saya pergi dulu." Katanya sebelum mula bangun dan menyarungkan pada badannya.
Pintu bilik ditutup perlahan oleh Hana. Kepalaku mula memainkan kejadian terakhir sebelum ommaku menghembuskan nafasnya buat kali terakhir apabila teringat akan mama Hana.
Rambutku dikusutkan dan diserabaikan. Jantungku mula berdegup laju. Badanku mulai berasa seram sejuk berpeluh tanpa punca. Hatiku rasa gelisah tak tentu pasal. Memori itu bersesak - sesak kembali menyerbu otakku. Tanganku mencapai beg kecilku dan dikeluarkan satu botol kecil berisi ubat daripadanya. Ditelan beberapa biji ubat itu menggunakan air yang Hana sediakan tadi sebelum penutup botol ubat tadi ditutup dan diletakkan di atas meja.
Aku terduduk sambil memeluk lututku. Badanku yang terasa sejuk ku peluk sekali.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...