bab 26

95 10 0
                                    

Aku kerling mataku ke arah jam dinding yang tergantung elok di dinding bilik pejabatku. Lunch hour. Aku tersenyum.

"Jom sayang kita pergi makan dengan papa eh." Kataku keseorangan dengan gembira. Perutku yang mula membentuk ku usap lembut disebalik dress longgar milikku. Pantas sahaja aku mencapai beg tangan dan jaket milikku mahu keluar namun langkahku terhenti apabila telefon ditanganku bergetar. Aku membawa telefonku mengadap wajahku. Senyuman tadi mulai kendur apabila aku membaca mesej tadi.

Husband
Awak lunch seorang je, saya busy.

Busy? Keningku dijongketkan. Nafasku dihembus perlahan. Nampaknya aku keseorangan macam dulu kembali hari ini.

"Sayang, kita makan berdua je eh. Papa busy sikit." Perutku diusap sebelum melangkah keluar dari pejabat tersebut. Senyuman cuba aku ukir di bibirku daripada terus kelat. Kakiku terus terhenti apabila pandanganku terfokus kepada seseorang.

"Kau free?" Tanya Taemin yang sudahpun berada dihadapanku terpacak di hadapan pejabatku. Aku mengangguk perlahan.

"So... kau sihat, Hana? Aku dengar kau tak sihat sejak kemenjak ni." Tanya Taemin prihatin. Air yang dipesannya sudah sampai diletakkan di atas meja oleh pelayan restoran tersebut sebelum dihirupnya perlahan. Pandangannya kembali ke arahku.

"Aku okay dah. Sikit je. Pening alah sikit. Sekarang dah okay dah biasalah mengandung macam ni banyak sikit kerenah dia." Kataku jujur. Jujur sekarang ni aku agak lega sedikit kerana alahan yang aku kena sejak kemenjak ni berkurang pula harini sebab tu dapat pergi kerja ni. Kalau tak mahu dikurung di dalam rumah sahaja tak boleh keluar.

"Hmm bagus lah. Kalau tidak tak dapatlah aku jumpa kau ni." Katanya sebelum aku tergelak kecil. Ya betul juga.

"Kau dah lama ke dekat depan pejabat aku tu?" Tanya aku pula. Dia menghirup airnya lagi sebelum menggeleng. Hampir suku sudah air yang diteguknya walaupun makanannya belum sampai.

"Tak ada lah. Aku baru saja sampai. Tak sangka pulak kebetulan kau baru nak keluar." Jawabnya. Aku hanya tersengih.

"Haa lupa aku nak tanya kau, ni suami kau tahu tak yang kau lunch dengan aku ni? Kang kejap nanti tak pasal - pasal aku kena tumbuk dengan suami kau pulak." Tanya Taemin sambil menoleh memerhati sekeliling. Mungkin mencari kot kot suami aku berada berdekatan. Aku tergelak melihatnya.

"Tak adalah. Dia busy sikit harini sebab tu kami tak lunch sekali. Lagipun jangan risaulah aku dah bagitahu dia dah yang aku keluar lunch dengan kau." Jelasku. Dia terus terduduk senang apabila mendengar penjelasan aku tadi. Huh takut kena tumbuk ke? Hahaha.

"Huh nasib baiklah. Aku lupa pula nak tanya kau tadi. Kang tak pasal - pasal aku kena tuduh nak rampas isteri orang pulak nanti." Kata dia denga nada lega. Aku hanya tergelak melihatnya.

"Jangan risaulah. Ni rajin sampai datang ke pejabat aku lagi nak sembang apa dengan aku?" Tanya aku kepadanya. Dia tampak agak santai tadi terus sahaja membetulkan tempak duduknya duduk tegak memandangku. Huh, macam serius je.

"Sebenarnya ianya lebih kepada pembincangan dan soal siasat." Kata dia persis penyiasat dengan nada rendah. Aku memandang mukanya yang sudah berubah serius itu lama.

"Pembincangan? Soal siasat?" Tanyaku hairan.

"Kau tahu kan aku dah buka balik kertas siasatan kematian terutamanya kes mama kau? Jadi aku ada benda nak bincang dengan kau pasal tu harini. Kau tak sibuk kan?" Aku menggeleng. Lepas lunch hour ni aku langsung tak ada sebarang temu janji, jadi aku agak free.

"Tak. Aku free je harini." Balasku ringkas. Dia tersenyum senang.

"Bagus. Boleh kan kalau aku ambil masa lapang kau ni untuk bincang benda ni?" Aku mengangguk.

"Macam serius saja. Ada apa?" Tanyaku hairan. Dia meletakkan satu fail coklat di atas meja di hadapan kami.

"Dalam tu kami ada menjumpai beberapa bahan bukti di tubuh badan mama kau semasa ahli forensik buat bedah siasat. Kau tengoklah dulu." Katanya sebelum aku mencapai fail tadi sebelum dibuka dan diselakku. Satu per satu gambar ditenungku lama.

Ada gambar dibahagian luka besar dibahagian, serta beberapa kesan yang pelik aku lihat. Bagaikan kesan lebam.

Pelayan restoran menghampiri meja kami sebelum meletakkan beberapa hidangan di atas meja kepada kami. Aku nampak Taemin senyum kepada pelayan tadi sebelum pelayan tadi menunduk hormat dan berlalu pergi meninggalkan kami di sini.

"Kau tahu kan yang ahli forensik sendiri tak dapat cari apa punca kematian mama kau dan akhirnya membuat keputusan untuk mengatakan ianya kematian mengejut. Tapi kau tak pelik ke mana datang kesan - kesan tu?" Tanya Taemin. Aku merenung gambar tadi. Ya, pelik!

"Aku tak rasa mama kau mati mengejut. Lagipun Minho juga kata benda yang sama kan?" Aku mengangguk. Ya memang benar Minho oppa juga menganggapnya begitu. Malah appa juga dikatakan sama.

"Jadi... kau nak kata mama aku mati dibunuh? Macam tu?" Tembakku. Dia mengangguk laju.

"Kau ada syak siapa - siapa?" Tanya Taemin. Aku menggeleng. Aku buntu dan aku tak tahu lagi siapa yang mahu aku jadikan suspek. Mama dan papa aku tak pernah ada musuh, sama juga Minho oppa.

"Gaya kematian papa kau, kesan kematian mama kau, serta kesan torehan tayar dekat kereta oppa, aku rasa semuanya berkait, Hana. Macam Minho bagitahu dekat kau." Kata Taemin dengan penuh bukti. Aku berfikir sejenak.

Kematian papa dalam keadaan terkejut, kesan pada tubuh mama serta sabotaj kereta oppa.

"Kau tak pelik ke papa kau meninggal macam tu, macam terkejut sesuatu. Aku rasa itulah juga menyebabkan papa kau terkena serangan jantung." Kata Taemin lagi penuh fakta. Aku terdiam.

"Tak pelik ke... waktu oppa datang tu mata dan mulut papa macam terkejut nampak sesuatu. Hana tak rasa ke... macam... pelik?"

Aku teringat akan apa yang oppa mahu katakan dahulu. Oppa bagaikan mahu memberitahuku sesuatu yang kami semua tidak tahu.

"Oppa pernah cakap dekat aku benda yang sama. Tapi... dia tak bagitahu sampai habis." Kataku. Taemin memeluk tubuhnya. Makanan dihadapan kami hanya dibiarkan menyejuk sendiri. Dia juga bagaikan memikirkan sesuatu. Selera ku pun sudah lari memikirkan perkara yang baru sahaja dibongkar sedikit demi sedikit olehnya.

"Aku rasa betul kata Minho, ini semua dirancang." Katanya lagi. Aku hanya terdiam. Tak sangka isi surat Minho oppa yang aku kongsikan pada Taemin hampir serupa dengan bukti yang kami jumpa. Ke selama ni Minho oppa sudah mengetahuinya?

"Kau rasa dia tahu semua ni tapi tak sempat nak bagitahu kita." Dia mengangguk. Dia juga turut bersetuju.

"Siapa lagi yang kau kenal selain keluarga kau?" Soal Taemin.

"Kawan - kawan aku, staff syarikat papa, klien, business partner syarikat papa aku, keluarga suami aku dan suami aku je. Yapi aku rasa diorang semua mana pernah ada masalah dengan kami." Kataku. Jika difikirkan balik, aku hanya mengenali sekelompok manusia yang sikit. Kawan - kawan pon kurang ada.

Dia terdiam. Lama juga dia berfikir sebelum mencapai chopstick untuk makan. Mungkin otak dia perlukan tenaga untuk berfikir. Setelah beberapa saat, dia kembali memandangku.

"Aku nak tanya, apa nama penuh suami kau?"

A/N: hehe makin memuncak.

Makin banyak misteri yang ditinggalkan mangsa.

Kenapa Taemin tanya begitu? Adakah dia tahu sesuatu?

Nantikan...

Stay vote and comment okay. Bab dah semakin penghujung dah ni :)

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now