Aku memandang gaun pengantin yang tersarung cantik ditubuhku ini. Cantik. Diserikan lagi dengan solekkan yang menampakkan mukanya yang natural beauty sungguh membuatkan aku bertambah cantik.
Dalam kesibukkan aku bekerja 24jam tanpa henti, tak sangka pula aku bakal berkahwin dengan calon ommaku secepat ini. Diriku juga tidak menjangka semua ini bakal berlaku. Tidak sangka dia yang tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta langsung hendak berkahwin selepas ini. Dirinya bagaikan masih di alam mimpi. Namun dirinya berharap kehidupannya bakal bahagia sebentar nanti.
"Hey princess. Berangan apa tu hah? Tersenyum - senyum je dari tadi oppa tengok." Teguran Minho Oppa membuatkan aku tersedar daripada mimpi indah tadi. Aku nampak Oppa aku sirang ni tengah seronok ketawakan aku. Aku tersengih malu. Merah padam aku dibuatnya. Segera lengan Minho Oppa ku pukulku.
"Ahhh... aduh sakitlah..." adu Minho. Aku menjelingnya. Siapa suruh kacau mimpi indah Hana huh?
"Tulah siapa suruh tak kahwin. Harap je muka handsome tapi sampai sekarang tak ada yeochin. Lepas tu ganggu kebahagiaan orang huh." Aku mula menyuarakan ketidakpuasan aku. Biar dia tahu dia tu dah tua tak laku.
"Eleh... tapi Hana jangan lupakan oppa tau lepas ni. Jaga diri. Sayang suami Hana lepas ni. Video call dengan oppa selalu." Aku tersenyum kelat. Hakikatnya aku bakal berkahwin dalam beberapa minit sahaja lagi. Dan mungkin aku akan berpisah dengan oppa yang paling rapat denganku. Mungkin juga lepas ni aku harus fokuskan kehidupanku sepenuhnya pada suamiku.
Aku agak sedih sebenarnya.
~~~
Segala tulang serta sendiku dibetulkan kembali. Lenguh bukan kepalang aku dibuatnya melayan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan kami tadi. Hampir seluruh sanak saudara serta sahabat andai semuanya dijemput. Syukur semuanya berjalan lancar. Sedar tak sedar aku sudahpun bergelar seorang isteri.
Punggungku mula mencium perut katil. Terasa mahu sahaja tercabut tulang belakang hinggakan tulang punggungku dibuatnya. Jariku mula menguis - guis kelopak bunga mawar yang ditaburkan di atas katil kami.
Nervous pula aku mahu berdua - duaan di dalam bilik ini buat pertama kali kami berjumpa. Mungkin salah kami juga terlampau sibuk dengan hal masing - masing sampaikan tidak pernah berjumpa.
Tapi yang pasti hati aku mulai terpaut dengannya buat kali pertama ketika kami berciuman tadi. Entah kenapa aku tak pasti.
Kakiku dihayunkan sekali - sekala. Jariku mula bermain sesama mereka. Gemuruh pula aku.
Tiba - tiba pintu bilikku dikuak dari luar membuatkan aku sedikit mendongak melihat gerangan yang membuka pintu tersebut.
Lelaki yang lengkap berpakaian tuxedo hitam mula melangkah masuk ke dalam bilikku sebelum tersenyum manis kepadaku. Tempat kosong disebelahku diambil olehnya.
Aku memandangnya. Dia juga. Kami saling membalas senyuman. Masing - masing masih kekok.
Memang tak dapat dinafikan pilihan mama sememangnya terbaik. Tak sangka suamiku seorang yang amat handsome dsn comel juga orangnya.
"Ini kali pertama pertemuan kita kan? I mean kali kedua?" Aku mengangguk. Dia tersenyum.
"Saya Park Jimin. Suami awak." Dia memperkenalkan dirinya kepadaku.
"Saya Choi Hana. Isteri awak." Kali ni aku pula. Kami mulai tersenyum.
"Terima kasih sebab terima sudi menerima saya dalam hidup awak." Ujarnya lalu mula mencapai kedua - dua belah tanganku dan diusapnya lembut. Pipiku mula membahang.
"You too..." dia tersenyum.
"Can you call me like... Sayang?" Katanya dengan nada yang sedikit menggoda. Tangannya kini bermain rambutku. Matanya tepat memandang anak mataku dengan sebuah seyuman yang tidak lekang di bibirnya.
"Sure sayang..." kataku cuba mencabar diri namun aku pula yang makin membahang sampai ke tahap yang lebih teruk. Dia tergelak kecil. Seronok tengok aku malu macam ni.
Seketika kami hanya memandang sesama sendiri.
"Awak tak nak masuk bersihkan badan dulu?" Tanya dia. Aku hanya menggeleng. Namun apabila dia bangun, aku juga turut bangkit dari katil.
Mana tah silapnya aku, aku boleh pulak tersandung kain gaun pengantin aku menyebabkan aku mahu sahaja mencium lantai jubin bilikku ini.
Namun tidak kesampaian apabila Jimin menarik tanganku daripada terjatuh dan disebabkan tindak balas graviti, kami berdua pun jatuh tersembam ke dalam perut katil. Mata kami bertembung kembali.
Tersedar ke alam nyata, aku segera bangun sebelum diriku mula berlari anak masuk ke dalam bilik air lalu menguncinya dari dalam. Mukaku mula membahang. Merah. Malu.
Ah sudah jantungku tak henti - henti berdegup laju.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...