Seorang lelaki sedang turun daripada katilnya dengan perlahan - lahan dan penuh berhati - hati agar tidak mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak dibuai mimpi disebelahnya. Tekaknya terasa amat haus sekali pada malam itu. Mungkin effect minum kopi sebelum tidur mungkin. Dan mungkin disebabkan itu juga dia tidak dapat tidur dengan nyenyak pada malam itu.
Kakinya mula melangkah perlahan sehingga ke pintu biliknya. Dipulas dengan penuh berhati - hati sebelum menapaknya dengan perlahan ke bawah untuk mendapatkan segelas air kosong.
Tangannya dihulurkan untuk mengambil mug kesayangannya yang tergantung elok di atas counter dapur terhenti apabila dia terdengar sesuatu.
Seperti seseorang dibelakangnya.
Dialihkan pandangannya ke belakang namun hampa. Mungkin fikirannya sahaja fikirnya. Mungkin dia perlukan rehat.
Air kosong sejuk di dalam peti sejuk di ambilnya sebelum ditutup kembali peti sejuk itu rapat. Membuatkan ruangan itu kembali gelap - gelita tanpa sebarang cahaya. Sewaktu itulah dia perasan sesuatu. Sekali lagi.
"Ss...si...appa kau?" Tanya lelaki itu dengan nada terketar - ketar. Namun manusia yang lengkap berpakaian serba hitam itu hanya mendiamkan diri. Rumahnya yang gelap gelita itu membuatkan dirinya makin susah untuk mengecam manusia tersebut.
"Apa kau nak?" Namun dia hanya dibalas dengan sebuah senyuman sinis disebalik kegelapan malam itu.
"Nyawa kau?" Manusia itu bersuara. Menjawab persoalan lelaki tersebut. Lelaki itu mulai takut.
"Please jangan apa - apakan aku. Kalau kau nak duit, emas aku boleh bagi. Banyak mana pon. Tapi please jangan apa - apakan aku, keluarga aku. Aku merayu." Rayuan lelaki itu dibalas dengan gelakkan sinis daripada manusia dihadapannya.
"Aku dah diberikan lebih daripada itu. Aku cuma datang sini mahu menyelesaikan kerja aku, Encik Choi." Kata manusia itu lagi sebelum mula menghampiri lelaki itu lagi. Sesuatu yang berkilat digenggam erat dalam genggamannya.
"Macam mana kau tahu nama aku? Apa salah aku pada kau?" Tanya lelaki itu bertalu - talu. Dia gagahkan dirinya juga untuk berani bersuara. Badannya cuba ke belakang lagi namun gagal. Badannya sudah mencium kabinet dibelakangnya.
"Entahlah. Tapi apa yang aku tahu kau dah musnahkan kebahagiaan orang lain. Kau kan kenal Park Seojun beberapa belas tahun yang lepas?" Balasnya. Kening kanannya dijongket. Lelaki itu berfikir sejenak sebelum dirinya menggeleng beberapa kali.
"Tapi... itu hanya kemalangan. Aku tak sengaja." Manusia itu mengeluh malas. Mungkin penat dengan lelaki dihadapannya menunggu ajal.
"Apa kata macam ni lah. Kau mudahkan kerja aku dan aku akan mudahkan kerja kau dengan tenangnya ke alam maut. Macam mana?" Kata manusia yang lengkap berpakaian hitam itu sebelum mula rapatkan tubuhnya ke arah lelaki tersebut.
Sehinggalah baru dia perasan yang...
Mug yang erat di dalam pegangannya terlucut mula menyembah lantai.
"K..kau?" Pisau ditangannya mula diangkat tinggi.
"Say bye..."
~~~
Ketukan pintu bertubi - tubi membingitkan gegendang telingaku lantas membuatkan aku terjaga daripada terus dibuai mimpi.
"Hana. Jimin. Bangun!"
Mataku digosok berkali - kali. Kedengaran suara Minho Oppa masih terjerit - jerit memanggil kami di dalam ini berkali - kali. Jam digital di atas meja ku pandang sekilas.
Baru pukul 5.30 pagi. Dah kenapa dia ni terjerit - jerit pagi - pagi ni? Hari minggu ni.
"Hana. Jimin. Bangun cepat!" Jeritannya berbunyi lagi. Tak lupa pintu bilik kami juga diketuk olehnya macam nak roboh.
Aku memutarkan bebola mataku.
"Ye ye Hana dah bangun!" Jeritku kepadanya. Selang beberapa saat kemudian ketukannya mulai hilang. Aku menghembus nafas lega.
"Kenapa tu, Hana?" Tanya Jimin disebelah yang sudahpun terjaga daripada tidurnya sambil menggosok matanya. Aku geleng perlahan. Aku juga tak tahu.
"Turun cepat!" Jerit Minho Oppa diluar lagi sebelum aku dengar derapan tapak kakinya mula menghilang.
"Jomlah kita turun." Ajak Jimin sebelum mula melangkah membuka pintu bilik. Sempat lagi dia menguap. Mungkin masih mengantuk.
Kami menuruni tangga bersama - sama. Malas pulak nak tekan punat lif jadi apa salahnya. Turun sahaja dibawah kami disambut dengan tangisan mama yang datang dari arah dapur. Segera kakiku dilangkah pantas menuju ke arah dapur.
Mata aku membuntang. Papa.
"Papa! Mama kenapa dengan papa?" Jimin yang berada disebelahku kini sudahpun berada disebelah mama. Jelas pada wajahnya riak terkejut dan tidak sangka. Manakala aku masih disini. Terkaku.
"Mama tak tahu, Jimin. Tadi mama terjaga tengok papa kamu dah tak ada disebelah. Mama turunlah bawah fikirkan papa dah turun. Tapi bila mama turun... mama jumpa papa, dah tak bernyawa." Jelas mama dengan nada sedih. Wajah papa dipandangnya sekali lagi. Sekali lagi aku dengar esakkan daripada mama.
Aku mula menghampiri papa sebelum memeluk erat papa. Tak mungkin. Tak mungkin semua ini berlaku!
"Papa. Papa jangan macam ni papa. Papa jangan bergurau dengan Hana. Papa bangunlah papa. Papa dah kalah." Kataku dengan nada memujuk. Aku masih tak percaya. Aku tak percaya semua ini kenyataan!
"Papa... bangunlah papa. Jangan macam ni..." kataku lagi. Air mataku mula mengalir apabila papa terus mengkaku. Papa sudah tidak bernyawa lagi. Minho Oppa memegang lenganku lembut cuba menarik aku ke arahnya namun gagal.
"Hana... janganlah macam ni..." pujuk Minho Oppa. Dirinya masih menarik aku jauh daripada papa namun gagal. Kepalaku digelengkan berkali - kali.
Masih teriang - iang lagi wajah serta pesanan papa semalam. Masih terasa pelukkan hangatnya memeluk diriku. Masih terbayang senyuman manisnya menguatkan semangat aku selalu. Namun kini dan selepas ini tak lagi. Aku tak sangka. Sungguh aku tak sangka dia akan pergi buat selama - lamanya pagi ini.
"Hana... dah dah janganlah macam ni sayang hmm..." lenganku ditarik lembut oleh Jimin membuatkan aku terdorong ke arahnya lantas memelukku erat.
"Shuutt... dah dah. Saya ada. Jangan nangis macam ni..." pujuk Jimin lagi dengan nada perlahan. Cukup bagi aku untuk mendengarnya. Kepalaku diusap lembut bagi menenangkanku. Tak lupa juga belakang badanku diusap dari terus teresak - esak.
Lama. Sehinggakan esakkanku mula reda. Aku masih di dalam pelukkannya.
Tak lama selepas itu siren ambulans mula kedengaran.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Misteri / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...